Amalan-amalan sunnah Rasulullah disarankan untuk kita sebagai umat Islam untuk ikut dan praktikkan dalam cara kehidupan kita. Antaranya ialah mengenai hal tidur. Walaupun tidur adalah hal yang sangat mudah, tetapi sebenar banyak faktor dan aspek yang harus kita jaga supaya tidur kita dipelihara oleh Allah S.W.T. Berikut adalah amalan sunnah yang boleh kita lakukan sebelum tidur.
1. Berwudhu sebelum Tidur
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR Bukhari dan Muslim)
Mengambil wudhu sebelum tidur bukan sahaja memelihara tidur kita dari kejahatan syaitan malah ia juga memberi kesegaran kepada tubuh badan.
2. Tidur Dengan Posisi Ke Kanan
IKLAN
Mengenai masalah posisi tidur yang tepat Rasulullah menyampaikannya dalam beberapa riwayat hadist berikut. Contohnya,“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Selain dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, tidur ke arah kanan juga dikenali sebagai posisi tidur yang sihat menurut pakar kesihatan. Hal ini kerana ia membantu untuk proses detoks dan melancarkan pernafasan.
3. Meletakkan Tangan Kanan Di Pipi Kanan
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
IKLAN
4. Jangan Tidur dengan Posisi Meniarap
Rasulullah juga melarang untuk kita tidur posisi meniarap. Hal ini disampaikan dalam hadist,
IKLAN
“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Dawud)
5. Membersihkan tempat tidur.
“Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Sunnah Rasulullah ini menunjukkan bahawa sebelum tidur hendaklah kita menjaga kebersihan tempat tidur demi menjaga kesihatan dan dapat melenyapkan debu atau bakteria.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Didiagnos menghidap kanser ovari ketika berusia 18 tahun membuatkan Hafidzatul Hanis Abdul Razak,25, mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menangguhkan pengajiannya di universiti bersama teman-teman lain pada ketika itu.
Setelah tujuh tahun, Hanis kini sudah bebas kanser sepenuhnya dan telah pun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Haiqal Tajuddin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Esra Nafeesa,1.
Tidak pernah mempersoalkan takdir Tuhan, Hanis telah berkongsikan bersama Hijabista mengenai perjalanannya melawan penyakit ini.
MULANYA HANYA DISANGKA GASTRIK
Saya mula didiagnos penyakit kanser pada umur 18 tahun iaitu tahun 2013, dan menjalani pembedahan buang sebelah ovari (kiri) kemudian diteruskan dengan rawatan kemoterapi. Simptom sebelum disahkan menghidap kanser adalah perut kembung selama 2 minggu, dalam tempoh tersebut sudah ke hospital 2 kali namun didiagnos gastrik. Sampailah ke minggu kedua apabila perut sangat kembung dan penuh hingga menolak organ hati dan dan membuatkan rasa ketat semasa bernafas.
Saya terus dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama enam jam sebelum doktor mendapati ovari sebelah kiri saya terbelit dan mengandungi hampir 10 liter cecair. Cecair tersebut dibawa ke pemeriksaan biopsi dan disahkan ia adalah sel kanser.
Disebabkan semasa pembedahan ovari tersebut telah pecah, cecair tersebut telah mula merebak ke bahagian organ lain terutama sekali hati. Justeru, seminggu selepas pembedahan saya terus dijadualkan rawatan kemoterapi untuk menghalang sel kanser terus merebak.
Sekarang, alhamdulillah sudah hampir 8 tahun bebas kanser dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Ampang dua kali setahun untuk pemeriksaan darah tumor marker.
TAK TAHU BAGAIMANA NAK TERUSKAN HIDUP LEPAS DIDIAGNOS KANSER
Perasaan seorang gadis berumur 18 tahun mendapat tahu yang dia menghidap kanser dan perlu berhenti sekejap urusan pembelajaran di universiti untuk menjalani rawatan.
Saya sangat susah untuk mengeksperesikan tangisan di hadapan keluarga, di saat doktor memberitahu perkara tersebut di hospital saya masih menyimpan air mata dan hanya menangis secara senyap di tempat duduk belakang kereta semasa perjalanan pulang dari hospital ke rumah di Teluk Intan. Perkara pertama yang saya amat sedih ialah terpaksa menangguh pembelajaran di universiti dan apa nasib saya selepas itu, terlantar di katil? Atau meneruskan sisa hidup berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
LEBIH SELEKTIF MEMILIH DIET PEMAKANAN
Selepas rawatan kemoterapi selesai, Alhamdulillah tiada kehadiran sel kanser di dalam organ badan saya sehingga sekarang. Saya menjalani kehidupan seperti biasa namun lebih berhati-hati dalam pemilihan diet di samping sentiasa mengawasi apa sahaja simptom pada badan yang mungkin disebabkan berulangnya kanser.
Doktor ada memberitahu peluang untuk berulang lagi masih ada kerana organ ovari melalui penghasilan sel yang aktif setiap bulan, dan sebab ini jugalah saya mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia yang awal, untuk saya berjaya mempunyai anak sekurang-kurangnya satu kerana takut kanser berulang dan terpaksa membuang kedua-dua belah ovari.
KENA POSITIF SELALU!
Kanser mengajarkan saya pentingnya penjagaan emosi semasa menghadapi penyakit, terutama kanser. Kawan-kawan lain di wad yang sama dengan saya memberi pesan emosi yang kita lalui mempengaruhi rebakan kanser sel. Perlu sentiasa gembira dan positif semasa rawatan, in sha Allah ia dapat memudahkan proses rawatan kerana umum sudah tahu, rawatan kemoterapi memberi kesan yang agak menyakitkan pada badan tetapi perlu diteruskan untuk melawan kanser.
KONSISTEN MENJALANI RAWATAN, HANIS BERHARAP MEREKA DI LUAR SANA YANG MENGALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTINYA AGAR TIDAK MUDAH MENGALAH DAN SENTIASA BERUSAHA MENCARI IKHTIAR AGAR DAPAT PULIH SEPENUHNYA.
Saya agak kurang senang dengan pendapat yang mengatakan rawatan kemoterapi hanya menyakitkan lagi kondisi badan pesakit dan seterusnya dia perlu menjalani hidup yang selamanya melawan kanser.
Disebabkan pendapat seperti ini, ada pesakit yang tak mahu membuat rawatan kemoterapi/radioterapi dan sebagainya sebaliknya hanya terus menunggu perlahan-lahan sel kanser merebak dan meninggal. Walaupun ikhtiar rawatan kanser memberi kesan kepada badan, namun itu adalah cara yang boleh dijadikan ikhtiar kepada pesakit dan selepas itu baru lah boleh bertawakal dengan ketentuan-Nya.
Buat anda semua, teruskan rawatan dan jangan berputus asa. Tanamkan dalam minda walaupun sakit dan perlu menjalani rawatan, tetapi kita boleh menjalani rutin seperti biasa. Jika perlu rehat, teruskan rehat dan jika berkemampuan teruskan bergerak aktif dan tidak hanya memikirkan diri mempunyai penyakit. Yang paling penting adalah penjagaan emosi, bercakap dan berkongsi dengan keluarga dan rakan adalah sangat membantu proses penyembuhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Tidak kira soal susah, asalkan rezeki halal
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Banyak manfaatnya jika kita berusaha menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Jika tidak mampu hafal kesemuanya, paling tidak kita cuba untuk menghafaz lima surah ini yang boleh menjadi pelindung kita di dunia dan akhirat kelak.
Surah Al-Kahfi
2. Al-Mulk
3. Surah Ar-Rahman
4. Surah Al-Waqiah
5. Surah Yasin
Mula-mula memang nampak macam susah, namun jika anda komited berusaha untuk menghafalnya selepas solat fardhu maka nanti ia akan menjadi tabiat baik yang susah untuk anda tinggalkan kelak. Tak perlu gopoh, baca dan hafallah dengan dengan sebaiknya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Fasha, dia berbesar hati selain mengakui bahawa untuk menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan juga ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.