Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Ramai yang terpegun melihat keayuan Dayang Anisha Rosnah Adam, bakal isteri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah yang tampil berbaju kurung lengkap bertudung rona putih ketika majlis khatam Al-Quran baru-baru ini.
Difahamkan, majlis khatam al-Quran tersebut diadakan pada 3 Januari lalu.
Terserlah kecantikan asli dimiliki Dayang Anisha yang turut popular dengan panggilan Anisha Isa Kalebic. Untuk info, nama Isa-Kalebic adalah gabungan nama keluarga sebelah ibu dan bapa Dayang Anisha.
PILIH PEREKA FESYEN MALAYSIA
Memilih pereka fesyen tersohor kelahiran Kedah, Teh Firdaus atau nama penuhnya Muhammad Firdaus Awang Teh, kurung yang disarungkan Dayang Anisha sangat eksklusif kerana ia dihasilkan daripada fabrik tenunan tradisi Brunei.
Kurung polos itu diserikan dengan perincian sulaman ringkas pada bahagian lengan dan hujung baju. Memang cantik dan nampak terletak dengan Dayang Anisha yang tinggi dan langsing.
Menerusi hantaran di Instagram, Teh Firdaus telah berkongsi beberapa koleksi gambar Dayang Anisha yang manis berbaju kurung ketika majlis khatam Al-Quran.
Penampilan usahawan jelita berusia 31 tahun ini meraih pujian warga maya. Rata-rata memuji kecantikan Dayang Anisha yang sopan dan manis apabila bertudung penuh.
“She looks beautiful. Love the design. Very elegant and simple.”
“Less is more!”
ISTIADAT PERKAHWINAN SELAMA 10 HARI
Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini berlangsung selama 10 hari bermula dengan Istiadat Bersuruh Diraja.
Manakala acara puncak bagi istiadat perkahwinan ini ialah Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang bakal berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari 2024.
Putera Mateen dan Dayang Anisha kemudiannya akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada 15 Januari 2024. Majlis berakhir dengan Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Sementara Dayang Anisha ialah cucu kepada Pehin Datuk Isa yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan perkahwinan diraja ini pertama pada tahun ini. Semoga dimudahkan perjalanan istiadat penuh gemilang ini berjalan lancar dan dirahmati Allah SWT.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum, sebelum melangkah ke fasa alam rumah tangga, selalunya akan diadakan satu majlis merisik dan betunang.
Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk berkenalan antara satu sama lain sekaligus berbincang soal persiapan majlis perkahwinan seperti tarikh majlis akad nikah, majlis resepsi, nilai belanja hantaran dan majlis bertandang sebelah mempelai lelaki.
Kebanyakkan wanita zaman ini mendambakan majlis pertunangan yang gilang gemilang dan gah dengan pelamin untuk menyarung cincin dengan berbusana mewah serta solekan yang selayaknya untuk meraikan hari bahagia itu, namun tidak bagi hijabi yang seorang ini.
My small & intimate hari bertunang attended by our immediate family (& my aunt & her husband to moderate the tunang thingy) @ Serai KL East Mall, 12/6/2022.
Baru-baru ini tular kisah pertunangan seorang hijabi yang dilakukan dengan begitu ‘sempoi’ dan bersederhana di sebuah restoran, hingga berjaya membuka mata ramai pihak.
Lebih menarik lagi, majlis pertunangan hijabi ini hanya dihadiri oleh dua buah keluarga dan seorang pakcik dan makcik belah perempuan sebagai pelengkap majlis pertunangan itu.
“Majlis bertunang yang dihadiri oleh keluarga saya dan keluarga suami je. Suka gila hari tunang macam ni, rasa macam pergi shopping je.”
“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa.
“Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang, saya rekomen dapatkan private room di Restoran Serai KL East Mall, Kuala Lumpur ni,” jelas hijabi ini menerusi rantaian ciapan miliknya ketika berkongsikan pengalaman bertunang di restoran kepada umum.
Malah, majlis tunang yang serba sederhana ini hanya menelan belanja yang cukup berbaloi dan boleh dikategorikan sebagai murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan bagi melaksanakan majlis pertunangan di rumah dengan pelamin yang gah berserta dulang-dulang hantaran mewah.
“Kos perbelanjaan bagi majlis pertunangan saya amat berbaloi dengan makanan yang sedap dan mewah serta suasana yang mendamaikan!
“Ia hanya menelan kos sebanyak RM1282.40 sahaja untuk 12 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak,” dedahnya.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meluahkah rasa kagum terhadap cara wanita ini melaksanakan majlis pertunangan serba ringkas.
Selain ia dilihat amat bermanfaat kerana bakal menjimatkan kos dan wang yang lebih layak digunakan ketika majlis pernikahan dan persandingan kelak.
Untuk rekod, hijabi ini hanya menerima sebentuk cincin pada hari pertunangan tersebut yang menjadi tanda pengikat sebelum menuju ke fasa halal sebagai pasangan suami isteri.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.