Alahai cantiknya Bella! Baru-baru ini, penampilan Bella Astillah yang manis bertudung dan berbaju kurung meraih perhatian ramai. Sopan dan sejuk mata memandang. Malah, ramai yang mendoakan agar Bella istiqamah dengan imej menutup aurat.
Bella kini muncul sebagai duta sebuah jenama pakaian terkenal iaitu HijabistaHub sempena kempen Hari Raya 2024. Ternyata, rezeki Bella sekarang kian mencurah-curah.
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah atau mesra disapa sebagai Bella kini berusia 30 tahun. Bella aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.
Turut kelihatan ialah dua anak kesayangannya Ayden Adrean (6) dan Ara Adreanna (4). Comel sangat ibu dan anak ni! Macam kakak dengan adik pun ada, kan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut Bella tersentuh dan sebak, malah mereka turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Bella.
Ads
“Sedihnya melihat kesedihan dan air mata seorg isteri yang dikhianati. Seorang isteri masih terlihat sedih dengan air mata mengenangkan hari raya tanpa suami dan anak-anak beraya tanpa ayah”
“Yang belakang camera cane ek, tak sedih ke? Kalau aku dah banjir “
“Untung Bella ada anak lelaki yang sentiasa akan jaga ibu dan adik dia bila besar nanti in syaa Allah. Moga dipermudahkan urusan dunia akhirat buat mu anak-anak jaga mommy baik-baik okeyyy”
Ads
RAHSIA CANTIK & LANGSING
Rupa-rupanya ini rahsia kekal langsing dan cantik Bella selama ini: –
“Alhamdulillah saya anggap kelebihan itu sebagai satu compliment. Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stress. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama.
Semenjak PKP dikuatkuasakan, banyak kafe dan restoran tidak menerima tempahan makanan sepanjang tempoh PKP. Jadi, kebanyakkan orang berani mencuba pelbagai resepi sendiri di rumah. Itulah hikmah ‘lockdown’ sebenarnya.
Tak perlu risau,sis. Anda juga boleh mencuba minuman moden di rumah dengan mengikuti resipi di bawah. Ia sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya mudah didapati. Cubalah, jom!
Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling agung. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata buat penyeri rumah tangga. Kalau boleh mahu lihat dia membesar cukup sempurna dengan penuh kasih sayang. Tetapi bagaimana pula yang hanya diberi tempoh singkat untuk bergelar ibu. Bagi Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32 tahun hanya berpeluang menjadi ibu selama 15 hari sebelum bayi ketiganya yang diberi nama Aisya Hanani Mohd Hannan meninggal dunia.
Malah dia turut berpengalaman melihat detik terakhir nyawa anaknya sebelum menarik keluar tiub pernafasan. Walaupun kejadian ini berlaku sekitar Jun lalu, tetapi kita sebagai wanita yang bergelar ibu dapat merasai kesedihan atas kehilangan anak tersayang.
Ikuti perkongsiannya yang menurut laporan di Harian Metro, anaknya itu dilahirkan lebih awal pada usia kandungan 26 bulan dengan berat hanya 880gm. Namun setelah 12 hari dilahirkan, Aisya mengalami gangguan pernafasan sehingga terpaksa dimasukkan tiub pernafasan sehinggalah nafas terakhir.
Wanita ini cukup redha dengan pemergian anaknya itu walaupun belum puas untuk membelainya. Dan dia juga sempat merasai pengalaman memberi susu ibu selama 7 hari yang diminum melalui tiub.
Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32, berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram.
Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…
“Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan “Kangaroo mother care” sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal.
“Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya.
Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa semuanya akan kembali pulih.
“Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah.
“Saya hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub,” katanya.
Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu. Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan anaknya berada dalam keadaan tenat.
Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk segera datang ke hospital.
“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya.
“Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar.
“Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” katanya.
Memahami keadaan murid sekolah yang kurang bernasib baik untuk mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian membuatkan Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini bertekad untuk membantu meringankan beban dengan menghadiahkan tablet pintar buat mereka.
Menerusi laman Facebooknya, Bellaz memohon agar semua mendoakan urusannya dipermudahkan di samping berharap ada pengedar barang elektronik yang dapat menjual kepadanya dengan harga yang berpatutan.
Doakan saya dipermudahkan… insyaallah
Saya tengah mencari Tab² untuk anak² keluarga yang tidak berkemampuan membeli tab² ni..sebab sekarang belajar memang melalui online sgt² perlukan tab² ini ..insyallah ..
Sedikit sebanyak dapat memberi sinar ceria dan semangat untk anak-anak dan ibu bapa yang memerlukan….
Siapa supplier yang ada stok banyak dan menjual dengan kadar harga diskaun sikit boleh message ye… sebab insyaallah saya dan suami ingin membeli dengan jumlah yang banyak… niat kerana Allah taala… rezeki dari Allah semuanya kita wajib berkongsi…tanpa mengira bangsa dan agama…
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan Bellaz ini dipermudahkan selain berharap agar ada rezeki terpijak buat mereka untuk memilikinya.
InsyaAllah, moga niat baik Bellaz ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.