Mahu Nampak Tinggi Dari Anak, Gaya Sari Yanti ‘Jinjit’ Kaki Dalam Foto Raya Buat Netizen Terhibur

Share

Biarpun terpaksa meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah sahaja, namun situasi itu sama sekali tidak menghalang kita untuk bersiap berpakaian cantik dan sedondon untuk mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan di masa akan datang.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Haji ini turut dirasai oleh pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti serta lima orang cahaya matanya termasuklah anak bongsunya, Abu Bakr yang baharu sahaja lahir pada bulan Mei yang lalu.

Berkongsi foto keluarga mereka di laman instagram, rata-rata para peminatnya memberi ucapan selamat buatnya dan keluarga selain terhibur apabila melihat gaya pelakon Kisah Kaisara yang kecil molek itu yang terpaksa menjengkit kaki kerana tidak mahu kelihatan lebih rendah daripada anak sulungnya, Barr Al Aliy.

Maklumlah mama kecik terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak

😂😂.

Selamat hari raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga 💙 20/7/2021

 

Alahai, comelnya mama!

Sebagai info, Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al Haq hasil perkahwinannya yang terdahulu. Setelah berkahwin dengan Jep, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya iaitu Dariya Inara, Khidir dan Abu Bakr.

IKLAN