Selebriti terkenal Bollywod, Sana Khan nampak sudah melabuhkan tirainya di dalam industri hiburan kerana mahu lebih fokus kepada agama dan mencari kedamaian di dalam kehidupan.
Bekas peserta rancangan realiti Big Boss dan juga rakan lakonan Salman Khan di dalam filem Jai Ho ini mengambil keputusan tersebut setelah sedar yang kekayaan, kemasyhuran dan kejayaan bukanlah objektif utama bagi seseorang individu.
Ads
Memetik frasa aktres cantik ini dalam satu hantaran di Instagram, Sana berkata, “Saya telah mencari jawapan kepada dua persoalan ini untuk jangka masa yang lama, terutamanya soalan yang kedua. Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas kematian? Bila saya mencari jawapan untuk persoalan ini saya mendapati bahawa dunia ini adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian.”
Sumber gambar: Screenshoot via Instagram Sana Khan
Selain itu dalam hantaran itu lagi, Sana menjelaskan yang sebagai hamba-Nya adalah lebih baik kita mengikut apa yang disuruh oleh yang maha Esa dan mengelakkan kehidupan yang berdosa dan mengabdikan diri kepada kemanusiaan sekaligus mengikut jalan yang telah dibentangkan oleh Allah SWT.
Ads
Sepanjang bergelar seorang anak seni, pelakon ini pernah membintangi 14 buah filem dan muncul dalam 50 iklan komersil selain aktif sebagai penari.
Ads
***P/S- Kagum dengan keputusan yang diambil oleh Sana Khan. Dia nampaknya jelas dengan apa yang dimahukan. Bagi penulis, sebagai hamba-Nya tidak kiralah di dalam bidang apa pun pekerjaan kita, paling penting adalah mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kalau berada dalam industi hiburan sekalipun tiada masalah, asalkan tahu batas sebagai seorang hijabi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melabuhkan tirai Kuala Lumpur Fashion Week 2022 pada Ahad lalu, kemunculan semula pentas peragaan yang megah tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur, meraikan tahun ke-10 sebagai salah satu acara paling dinanti-nantikan di bandar ini. KLFW telah menampilkan lebih daripada 40 koleksi siap pakai pereka tempatan di pentas peragaan ini bermula 17 Ogos.
Menariknya lagi tetamu di kalangan pempengaruh mahu pun selebriti menjadi tumpuan dan bualan ramai. Pastinya apa yang ingin hijabista kongsikan gaya fesyen selebriti berhijab ketika menghadiri KLFW 2022. Jom lihat gaya yang mana terkesan di hati anda!
Sejak berhijrah selebriti ini, tetap menjaga pemakaian dan juga gaya hijab. Penampilannya di KLFW2022 pasti menarik tumpuan ramai, namun membuat ramai yang ternanti- nanti. Menggenakan busana Rizman Ruzaini serba hitam dengan suntikan warna merah jambu di lengan, Izara Berjaya membuat penonton terpesona.
Hadir menyaksikan koleksi Alia Bastaman, dia mengayakan sepasang baju dari pereka itu yang berwarna hijau zamrud, solekan yang menarik dan menyerlah, Izara tetap no 1 untuk gaya wanita muslimah.
Setiap pertunjukkan tidak pernah hadir seorang diri, dua adik-beradik ini cukup secucuk dalam berfesyen. Setiap padangan akan tertumpu pada Ummi Nazierah dan abangnya. Tampak bergaya dan stailo, Ummi tampil berani dengan setiap helaian rekaan tempatan. Gaya yang mana terkesan di hati anda?
Lain dari yang lain, ada yang kata gayanya sentiasa unik. Aina Abdul tarik perhatian dengan padanan gaya di pentas nyanyian malah seperti yang dijangka kehadirannya pasti yang pelik dan unik buat Aina Abdul.
Figura ini jika dikenali dengan lebih dekat, pakaian hariannya lebih ringkas dari pakaian yang menuntutnya berlebihan sedikit ketika berkerja. Ya! Ini pentas KLFW, gaya pastinya A++. Busana serba hitam yang unik dari pereka tempatan Kelwan atas jenama Behati, Aina curi tumpuan ramai apabila tiba di perkarangan Pavillion KL.
2022 tahun kembali, ibu kepada 4 anak ini tak lepaskan peluang bergaya sakan. Mungkin ramai tertanya-tanya di mana Vivy Yusof pada tahun sebelumnya. She back! Tampil memberi sokongan pada pereka-pereka tempatan, gayanya ringkas dan pastinya dia pandai berwarna dengan warna. Good job sis!
Gadis tinggi lampai ini, kelihatan ringkas dengan busana Rizman Ruzaini, pilihan warna kelabu dan hijab biru kusam cukup menyerlah dengan aksesori yang serba ringkas.
Walaupun sibuk dengan pengambaran drama bersiri, Nabila Razali tetap hadir memberi sokongan. Lain pula tahun ini, pilihan busana yang tidak berapa menyerlah tapi cukup untuk tarik perhatian ramai dengan padanan rona warna.
Baru sahaja pulang mengerjakan ibadah haji, Nellydiasenrose hadir ditemani suami bagi menyaksikan koleksi baharu Rizman Ruzaini diperagaankan di pentas KLFW. Hitam dan putih tampak molek dengannya, namun hadir malam terakhir untuk menyaksikan koleksi MIMPIKITA, Nelly tampak ayu dengan rona pastel.
Ramai juga tak sangka penyampai berita ini yang mirip muka Neelofa, tak kalah jika bergaya. Hawa Rizwana, si gadis genit ini ayu dengan pilihan sut rona putih.
Ahhhh tetap manis! Padanan yang bergaya, Hanis tidak perlu berlebihan. Ketinggiannya tiket persis model yang memperagakan koleksi-koleksi baharu pereka tempatan. Hanis hadir malam terakhir dengan mngayakan busana MIMPIKITA.
Terpaling unik! Kemunculan khas pengasas produk kecantikan tempatan, ukan untuk menyaksikan pentas peragaan malah kemunculannya tarik perhatian umum. Dato Sri Vida mengayakan busana unuik Behati di pentas peragaan ramai yang terpaku. Unik bukan!
Sejak penubuhan KLFW pada 2013, telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan untuk menyatukan, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka tempatan. Dibina berdasarkan konsep Malaysia untuk dunia, KLFW telah membantu ramai pereka muda Malaysia menceburi industri fesyen global sambil memupuk rangkaian individu yang maju dalam fesyen sepanjang tahun.
Sama ada ia sedia untuk dipakai, avant-garde, couture atau athleisure, KLFW telah memantapkan dirinya sebagai kemuncak fesyen di Malaysia dengan mempamerkan setiap gaya, trend dan persembahan keterlaluan di pentas peragaannya di Pavilion Kuala Lumpur, rakan usaha sama yang penting dalam industri fesyen.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika sebelum ini viral pemakaian klip rambut digayakan usahawan, Vivy Yusof sebagai tambahan aksesori dalam berhijab. Malah ramai mengandaikan ia bakal jadi trend sempena Syawal ini. Selain klip rambut, rupa-rupanya pemakaian rubber band atau getah rambut digayakan pelakon dan pengacara popular Neelofa juga turut jadi perhatian netzien.
Ratu Trend ini bukan sahaja bijak menggayakan fesyen dalam penampilan, tetapi juga seorang yang sangat kreatif.
Justeru sempena untuk merai sambutan Syawal, pelakon ini telah muat turut video tutorial hijab hanya dengan menggunakan getah rambut untuk melilit tudung secara lebih kreatif.
Bukan sahaja cantik, tetapi juga sangat kemas lilitannya. Tanpa menggunakan jarum peniti atau kerongsang, hanya dengan ikatan getah rambut membuatkan gaya berhijab sangat mengagumkan.
Menangis pun cantik! Menjadi viral minggu lepas ialah tutorial solekan tentang cara mencapai rupa seperti anda baru sahaja selesai menangis dan masih kelihatan cantik dan kemungkinan lebih cantik. Video juru solek Zoe Kim Kenealy telah mendapat lebih 3.5 juta tontonan dengan komen yang mereka yang menyukai idea itu dan yang tidak fikir ia adalah rupa yang patut dicuba.
Dalam video itu, dia bermula dengan mengatakan bahawa penampilan ini adalah untuk “perempuan yang tidak stabil”, yang membuatkan kebanyakan wanita “emo” ingin tahu tentang cara mencapai rupa menangis yang lebih canggih ini tanpa mata yang sembab.
Latar belakang videonya menyokong trend dengan foto selebriti dan model yang memakai kelopak mata yang berkilauan dan pipi yang merah padam. Menurut TikTokers ini, kelihatan seperti anda hampir menangis sebenarnya membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih baik dan anda tidak perlu beremosi untuk mencapai penampilan itu.
Dalam klip itu, langkah mudah untuk mendapatkan rias wajah ‘crying make up’, Kenealy mencipta kemerahan di sekeliling mata, hidung dan pipinya menggunakan bedak dan membuatkan matanya kelihatan sebak dengan pembayang mata bergemerlapan cecair.
Untuk menyelesaikannya, dia mengoleskan bibir dengan gabungan warna dan berkilat, kemudian menambah beberapa gel berkilauan pada wajahnya untuk meniru air mata. Ramai yang meninggalkan pandangan di ruang komen, turut akui ketika menangis pun anda perlu cantik.
“Saya pasti tidak kelihatan baik apabila, menangis anda semua bertuah,” tulis seseorang.
“Solekan tandatangan saya sejak 2012! Mahu kelihatan seperti saya menangis sepanjang masa,” kata pengguna lain sambil menambah.
“Berbanding dengan tangisan yang menyedihkan,” saya selalu melakukan lmao.
“Tidak, saya berasa sangat cantik selepas menangis teresak-esak dan batuk,” yang lain bersetuju.
Aliran tangisan telah bermula di TikTok, dengan 5.6 juta tontonan hashtag #CryingMakeup. Pencipta lain telah berkongsi cara mereka mencapai rupa, dengan ramai yang memilih untuk menconteng solekan di sekeliling mata dan menggunakan celak berkilauan pada garisan air mata bawah.
Kenealy memulakan tutorialnya dengan memfokuskan pada bibir yang kabur. “Kita nak bibir lembut gebu tu kan?” dia berkata. Menggunakan Soft Spoken Velvet Lip Creme daripada Em Cosmetics dalam rona manifest dan intuition, kemudian mengaburkan tepi dengan berus. Kemudian lukis garis bibir neutral di atas untuk mendapatkan kembali sedikit definisi. Tambahkan dengan minyak bibir, untuk penampilan yang sangat berkilat dan basah.
Seterusnya, dia masuk dengan pemerah pipi krim pada mata, bawah matanya, pipi dan hidung. Kenealy menggunakan Fenty Double Cheeked Up Freestyle Cream Blush Duo, boleh juga sebarang pemerah pipi krim akan berkesan selagi dua fungsi. “Ia benar-benar momen monokromatik,” katanya.
Untuk mencipta semula kilauan itu di mata, dengan sedikit oles kilauan cecair di bahagian bawah garis bulu mata,” katanya sebelum menepuk kilauan AMTS jenama K-beauty di bawah naungan 02. Terakhir sekali aplikasi pengilat mata, di kelopak mata, pipi dan haluan cupid untuk kesan berkilau. Kenealy menamatkan penampilannya dengan melentikkan bulu mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.