Semalam telah tular mengenai video seorang influencer yang juga seorang usahawan, Carl Samsudin yang dikatakan meninggi suara dan bersikap biadap bersama seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan.
Situasi itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia kerana ia disifatkan suatu perbuatan yang tidak beradab dan memalukan warga emas tersebut.
Selepas berdiam diri, Carl akhirnya telah tampil memohon maaf di laman instagramnya dan mendakwa niatnya hanyalah mahu memberi motivasi kepada seluruh individu di situ.
Ads
Dia juga turut meminta maaf di atas kesilapannya tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam dan sudah pun dikenakan kompaun daripada pihak polis.
Bukan itu sahaja, arwah Adam yang dikenali sebagai seorang bapa saudara yang penyayang (Mamajee) kepada Mukhtar, Fatimah dan Ali yang popular menerusi akaun instagram @thefamily.uk pasti dirindui oleh semua kerana sebelum ini beliau sering tampil buat kejutan untuk anak-anak saudaranya itu. Al-fatihah untuknya.
Makanan Jepun bukan lagi satu perkara asing di Malaysia, dek kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri di kalangan warga tempatan. Kini, terdapat pelbagai kedai yang mengajikan makanan jepun kepada masyarakat di negara ini seperti, Sushi King, Family Mart, Ichiban Boshi, Sukiya dan banyak lagi.
Kalau anda penggemar tegar makanan Jepun, mesti familiar dengan hidangan ‘ebi fry’ yang lazimnya didapati di kedai yang menyediakan hidangan Jepun.
Sehubungan itu, di Syawal yang keempat ini mesti ada dikalangan kita yang dah jemu dengan juadah Raya kan? Jom buat ebi fry ni di rumah untuk santapan minum petang hari ni! Di sini Hijabista berkongsikan resipi dan cara menyediakanya.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Bahan-Bahan Salutan Kering: Campurkan dan gaul sebati
Bahan-Bahan Salutan Basah: Campurkan dan gaul sebati
1. Kupas kulit udang, buang kepala dan tinggalkan seinci bahagian ekor. Buat beberapa kelahan pada bagian perut udang untuk tujuan meluruskan udang. Tekan dan urut udang sehingga lurus dan tidak melengkung.
2. Tabur secubit garam di atas udang, diamkan sebentar.
3. Ambil seekor udang. Lumur dengan bahan-bahan salutan kering, kemudian celupkan ke dalam salutan basah. Setelah itu, gulingkan udang ke dalam panko (Serbuk Roti) dan tekan-tekan agar panko melekat sekata. Lakukan proses serupa sehingga udang habis dan bersalut sempurna.
4. Panaskan minyak untuk tujuan Deep Fry menggunakan kuali, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng udang sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana dan balik-balik kan udang secara berkala supaya masak sekata dan tidak hangus.
5. Setelah udang masak, angkat dan toskan minyak seketika. Kemudian boleh dihidang di dalam pinggan bersama mayonis dan sos serta di makan panas-panas ketika menikmati minum petang bersama keluarga. Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!
Walaupun bukan bergelar selebriti, tetapi aura Personaliti Media Sosial, Farah Lee memang cukup kuat. Malah followernya juga sentiasa mengikuti perkembangan dirinya di media sosial kerana dia rajin muat turun perkembangan dirinya dan anak tunggal Maream Esaabel. Dan walaupun bergelar ibu tunggal dalam usia muda, namun Farah Lee tidak pernah membataskan dirinya untuk kembali bergelar seorang pelajar. Terbaru dia dikatakan mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun sudah menggenggam ijazah dalam bidang kejuruteraan dari sebuah universiti di Korea.
Dalam satu posting di laman instagramnya, Farah Lee yang juga seorang blogger dan usahawan berkongsi detik meninggalkan negara ini bagi menyambung pelajaran peringkat Master dalam ‘Childhood Studies’ di Universty of Leeds, United Kingdom.
Pemergian Farah tidak keseorangan tetapi membawa anaknya Maream yang baru berusia 4 tahun. Nampaknya kedua-dua ibu dan anak ini tidak sanggup berpisah jauh dan saling melengkapi satu sama lain.
Ternyata penghijrahan Farah Lee untuk melanjutkan pelajaran ini turut mendapat sokongan teman-temannya.
Masing-masing mengucapkan tahniah dan berdia semoga segala urusan pemilik nama Nurfarahin Romli ini akan dipermudahkan sepanjang menuntut ilmu di sana.
masnita_pu3nurfashaalisha Risau pun ada…tpt org..nnt pergi kelas ank mcm mn…xde family kat sn…better tinggalkn dgn daddy dulu..dh cpi cita2 ambil lar ank semula…just pandangan sy.
momy_ya moga dipermudahkan urusan omma n maream… berbhagialah di sana. Allah sentiasa ade bersama kalian
allynatashawu All the best in your future. Glad that Maream can be with you. Pray that both of you will be doing great over there. Take care!!
truecapture_official FL ni muda, tp jiwa kental dan sngt2 kagum dgn veliau… Independent habis, susaj nk jumpa org2 muda jiwa hebat mcm dia dan anaknya, semoga dipermudahkan tinggal di sana dan dilindungi oleh Allah swt, love u all…
reynie87 all the best in ur study omma! U’re truly an inspiration to me. And maream is such a cutie pie!
iamnadeera moga farah dan maream baik2 kat sana moga terus dilindungi dan cpt2 abih master! salute kt farah sebab kuat harungi sensorang
dhyiahidayah Alhamdulillah….fighting new journey n wish all the best for u omma&maream
laneharashid Wahh. Tanpa awak sedar, awak jadi idola, inspirasi raaamai wanita di luar sana. Org peghok cakap sky is the limit semoga pengajian dipermudahkan. Urusan kehidupan di sana berjalan lancar. All the best and good luck. Kamisemua berdoa yg baik2 utk awak @farahlee_
afiqahrafidi May Allah ease everything for Omma and Maream..! You are one of the proof that the knowledge will never has an end. Keep learning and keep inspiring..! And indeed, I’m a proud childhood education’s student Omma.
imazukashitoru Good luck..may ur journey inspires other single moms out there..
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.