Janna Tampak ‘Stunning Giler’ Waktu Nikah, rupanya MUA khas dari Thailand dan dia merupakan artis Malaysia pertama yang menggunakan MUA istimewa dari Thailand.
Patutlah muka Janna nampak berbeza terutama bahagian kening kan? Penampilan solek ini sangat semula jadi dan segar.
Aktiviti memasak memang sangat menyeronokkan namun babak yang kurang best mungkin di saat tangan rasa berpijar sewaktu memotong cili. Agak seksa juga apabila anggota badan kita rasa berpijar.
Ada yang kata perlu rendam tangan dalam air sejuk namun ia seperti tidak berhasil juga. Jikan cara-cara lain juga tidak menjadi, apa kata anda cuba pula cara yang dicadangkan oleh wanita ini.
Menurut Rosie Zam, cara yang mudah adalah dengan menyapu minyak masak sebelum memotong cili.
Aduh pijarnya tangan. Itu yang selalu kita alami bila potong cili padi atau cili kering kan. Hari ni saya nak kongsikan tips untuk elakkan tangan menjadi pijar.
Caranya mudah sangat sapukan tangan dengan sedikit minyak masak sebelum melakukan kerja memotong cili.
Dengan cara ni dapat elakkan panas cili tu meresap ke dalam tapak tangan. Mudah kan.
Cuba tau.
Haaa, mudahkan? Jadi tiada alasan lagi tau untuk anda mengelat dari memotong cili. Hihi, selamat mencuba!
Menonton wayang pastinya menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Waktu lapang ataupun waktu sedang bosan memang seronok diisi dengan menonton filem terbaru di panggung wayang bagi menghilangkan stress. Sebenarnya ada banyak jenis panggung wayang di negara ini dengan pelbagai harga yang berbeza.
Seperti yang telah dikongsi oleh Astiey Nurasiah di Facebook yang telah mendapat lebih 17k shares di Facebook. Dia telah berkongsi pengalamannya mencuba pelbagai jenis panggung wayang daripada yang murah hinggalah yang mahal.
Kak as bukan kaki wayang. Tapi ada waktu2 teringin nak relaks kak as akan tengok wayang. Kak as dah cuba hampir semua seat yang ada.
Kalau u olls nak baca review setiap seat wayang ni boleh baca di setiap gambar. Kak as letak harga sekali. Kot2 ada nak relaks2 kat wayang.
Tapi jgn jadi macam laki kak as. Masuk seat macam ni order makan macam2 , last kenyang terus tidur. Nyampah!
Dalam ni seat tak banyak. Dalam untuk 30 seat je tak silap.
Harga Rm70/seat
2. Ni Platinum seat. Ni ada di mmcineplexes. Ni hanya ada di E Curve sahaja tak silap
Ni harga Rm40/seat
Kak as lagi suka seat ni dari Gold Class. Sebab lagi besar dan bukan leather seat mcm gold class. Empuk je rasa time baring. Kaki pun boleh laras dan naikkan
Tapi spoil. Kak as order minuman panas then kak as tertumpahkan. Lencun habis seatNi bantal dan selimut kena bayar. 1 set tu Rm5 jea. Kak as bayar sebab dalam tu bukan main sejuk. Kena tinggal. Jangan bawak balik pulak 3. Ni MX4D. Ibu mengandung atau ada penyakit jantung DILARANG masuk sama sekali
Sebab kerusi dia akan bergerak ikut movie. Bergegar. Masa tengok ni kami tonton citer predator. Boleh tahan lah
Siap ada air kena muka. Ada masa keluar bauan. Ikut movie. Bila kat movie ada helikopter mendarat rasa berangin je kat muka
Enjoylah jugak. Tapi kalau nak relaks, seat ni tak berapa sesuai. Mana nak relaks kalau asyik bergegar2
Kat Malaysia ni ada 2 jea MX4D under MBO ni
Kat The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City Mall
Kak as opkos tgk kat Starling Mall. Harga masa kak as booking online Rm30/seat
4. Ni Bennie seat. Yang ni kak as pergi sekali je. Hahaha. Tobat tak mau dah. Tenggelam terus. Kalau kat rumah tak pe. Kalau kat sini nak tergolek-golek macam tak cukup sopan. Hahaha Bennie seat ni under TGV. Ada di 1ST AVENUE 1 UTAMA SUNWAY PYRAMID SETIAWALK TEBRAU BUKIT INDAH TAIPING GURNEY PARAGON MALL SUNWAY PUTRA SURIA KLCC VIVACITY MEGAMALL KLEBANG
Kak as tgk di sunway pyramid. Takde selimut bantal semua. Harga Rm52/seat
5. Ni SEAT paling kak as suka. INDULGE SEAT
Ni under TGV. Ada di 2 tempat je. Sunway Velocity dan One Utama.
Dah banyak kali ambik seat ni. Tak tahu kenapa. Seat dia paling kak as suka. kaki boleh laras dan naikkan dengan sgt selesa
Makanan kat sini pun sedap2. Tapi bayar asing lah. Tak termasuk tiket
Tekan button nanti waiter dia datang.
Ni Rm80/seat tak silap. Siap selimut dan bantal.
Selepas ini, sesiapa yang mahukan pengalaman menonton wayang yang baru bolehlah cuba pergi ke panggung wayang eksklusif ini. Walaupun harganya lebih mahal daripada biasa namun sekali sekala apa salahnya kan?
Sedikit tips daripada Hijabista, jangan lupa tutup tukarkan mood telefon ke mood senyap sewaktu menonton wayang dan jangan terlalu galak menonton hingga mengganggu orang lain pula. Pastikan kebersihan juga terjaga tau dengan membuang sisa makanan ke tempat sepatutnya. Selamat menonton!
Meski sudah bertahun-tahun berlalu, drama Diari Ramadan Rafique masih melekat di ingatan orang ramai. Bila tibanya bulan Ramadan, sudah tentu kenangan dan nostalgia kita bersama keluarga dan rakan-rakan tergamit.
Walau apa pun yang berlaku, kisah drama dan lakonan pelakon tetap diingati. Beberapa orang yang menonton Diari Ramadan Rafique sudah tentu menyukai lagu yang OST drama tersebut.
Ramai orang tidak sangka, ternyata penyanyi yang menyanyikan OST drama itu ialah Bella Astillah. Menerusi perkongsian video Bella menyanyi lagu OST itu adalah memenuhi permintaan peminat drama tersebut.
Bella Astillah turut memenuhi permintaan tersebut dengan membuat perkongsian video nyanyiannya selama 2 minit di TikTok.
“Ramai betul permintaan lagu ni ya, Okay saya tunaikan. Tapi ni suara dah besar dah,” tulis Bella Astillah.
Komen-komen netizen membanjiri video Bella. Ramai yang tidak menyangka Bella merupakan penyanyi OST drama popular tersebut.
Sekadar info, pada tahun 2006, siri televisyen Malaysia Diari Ramadhan Rafique telah dicipta untuk menceritakan kisah orang ramai pada bulan Ramadan. Drama ini disiarkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan dengan tayangan perdana bermula pada 9 Oktober 2006 hingga 11 Oktober 2007.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.