Tak disangka, rupa-rupanya pelakon popular, Zulin Aziz mempunyai bakat melukis yang hebat seperti seorang pelukis professional.
Berkongsi di laman instagramnya, Zulin telah mempamerkan bakatnya dengan melukis potret penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza dan juga usahawan terkenal, Dato Seri Vida.
Hasil seni kreatif Zulin itu telah mendapat pujian ramai termasuklah daripada rakan-rakan artis seperti Mawar Rashid, Mimi Ernida dan juga Sherry Alhadad.
Ads
Melukis menggunakan tablet pintar, Zulin juga telah melukis potret rakan artis lain seperti Sheila Rusly dan juga pelakon Bollywood ternama, Preity Zinta.
Anda penggemar warna putih dan suka memakai baju dalam tona warna ini kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan tampak lebih kemas.
Tapi pernah tak Hijabi alami baju putih ‘rosak’ akibat turun warna kerana terlupa nak asingkan baju putih dan baju bewarna ketika mencuci?
Haa.. Jangan khuatir sis! Baju kesayangan tu masih lagi dapat diselamatkan, hanya gunakan dua bahan ni je! Teknik nak laksanakanya pun begitu mudah sekali. Hijabista kongsikan semula tip perkongsian dari salah seorang pengguna TikTok.
Bahan-Bahan
1. Air Panas Menggelegak
2. Sabun Pencuci Pakaian
Macam tak percaya kan.. Betul ke guna dua bahan ni je boleh putihkan semula baju dan keluarkan semua warna yang luntur yang menyebabkan baju putih tu bercapuk warna?
Kalau nak tau berkesan atau tak, cuba anda lakukan sendiri di rumah, langkah dan teknik untuk mengeluarkan warna baju yang berbelak tu pun teramat muda! Di sini Hijabista kongsikan langkah-langkahnya.
Langkah Pertama – Apa yang anda perlu lakukan adalah jerang air sehingga masak menggelegak menggunakan periuk besar atau yang bersesuaian terlebih dahulu.
Langkah Kedua – Bila air dah menggelegak, boleh masukkan satu penutup sabun pencuci biasa, tak kira dari jenama apa. Sebaiknya gunakan sabun jenis cecair (Liquid Detergent).
Jangan gunakan peluntur (Bleach) kerana asid yang terdapat dalam peluntur hanya akan memakan fabrik baju dan menjadikan baju mudah reput!
Langkah Ketiga- Setelah masukkan sabun pencuci, bolehlah masukkan baju putih yang dah tercemar kesucianya dengan tompokkan warna tu. Rebus baju seketika sekitar 5 hingga 10 minit.
Langkah Keempat – Pastikan anda bolak balik kan baju tersebut agar sabun dapat mengeluarkan warna yang terpalit pada baju putih tu. Kalau tompokkan agak degil, bolehlah masukkan secamca soda bikarbonat untuk membantu menanggalkan warna dengan lebih berkesan.
Langkah Kelima – Bila dah nampak air dalam periuk jadi berwarna, boleh lah tutup api dapur, angkat baju tersebut dan bilas menggunakan air sejuk. Sekiranya masih terdapat kesan warna yang sukar tanggal, boleh lah berus kawasan bercapuk tu hingga warnanya tanggal.
Bilas baju hingga bersih dan tiada kesan sabun yang tertinggal, perah dan gantungkan diampaian untuk tujuan pengeringan.
Bila dah kering nanti pasti anda gembira dengan hasilnya, tiada lagi tompokan warna luntur pada baju, malah baju putih akan jadi berseri seperti baru tau, selamat mencuba!
Sedang asyik buat kerja yang banyak di pejabat, tiba-tiba, gigi geraham sakit dan berdenyut-denyut! Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit dan peritnya keadaan itu.
Tetapi bila periksa di cermin, tiada lubang atau tanda-tanda secara fizikal pun yang menunjukkan gigi geraham itu tidak sihat. Jadi apa punca yang boleh berlaku dan ia sakit sangat?
Sakit gigi adalah salah satu sakit atau bahasa kasarnya ‘azab’ yang ramai tidak mahu ia berlaku. Tambahan pula, kita perlu lakukan aktiviti harian tetapi fokus terganggu dek kerana sakit dan perit yang melampau.
Sudah tentu, bila gigi sakit kita akan periksa secara fizikal di cermin–tetapi tiada apa yang berlubang atau penampakkan perubahan secara fizikal. Jadi kenapa ia boleh beri rasa sakit yang melampau sangat?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi geraham sakit meski pun tiada lubang atau perubahan fizikal pada gigi. Di Hellodoktor, ada penerangan lanjut mengenai keadaan ini.
Basuh gigi 3 kali sehari, floss gigi, kumur-kumur selepas makan, apa sahaja yang anda lakukan tetapi gigi masih lagi sakit. Meski pun penjagaan rutin gigi anda bagus dan teliti, banyak perkara yang boleh pengaruhi permasalahan ini.
Musuh utama dalam masalah gigi adalah kaviti, kaviti akan ada jika penjagaan mulut tidak bagus dan cermat. Tetapi, ada jua masalah lain seperti sinus, jangkitan gusi atau gigi yang retak boleh menyebabkan kesakitan yang sama!
Jadi ada banyak perkara yang boleh terjadi yang membuatkan gigi terasa sakit yang perit. Anda harus tahu faktor-faktor lain yang membuatkan masalah ini ganggu kehidupan seharian anda, antaranya:
Nanah boleh terkumpul di dalam gigi, gusi atau juga tulang yang memegang gigi di tempatnya, kondisi ini di panggil sebagai abses gigi. Apa punca utamanya? Jangkitan bakteria.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita makan dan lupa untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Oleh dengan itu, lama-kelamaan, ia akan jadi mereput dan menyebabkan jangkitan. Jadi rawatan segera perlu di buat supaya anda cepat sembuh!
Jika gigi retak atau lebih teruk pecah, ia boleh menjadi punca kesakitan kepada gigi. Gigi bukanlah alat untuk anda buka pek keropok atau buka apa-apa yang memerlukan kekuatan, gigi yang retak hanya membuatkan anda lebih sakit dan mencacatkan lagi keadaan. Jika anda alami masalah ini, rawatan seperti implan atau bentuk korona (dental crown) perlu di lakukan untuk baiki gigi.
Gigi geraham yang sakit juga boleh di sebabkan oleh penumbuhan baru gigi bongsu. Meski pun tiada lubang, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul boleh menyebabkan lagi kesakitan yang berganda!
Oleh itu, ramai yang telah menjalani pembedahan bagi membuang gigi bongsu. Tetapi ada juga kes di mana pembedahan tidak di perlukan. Nasib anda juga jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan yang normal.
Dalam tidak sedar, ramai yang menjadi habit mengetap gigi terutama sekali ketika malam. Mereka yang kerap lakukan ini akan mengalami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan juga sakit mulut.
Jika anda mengetap gigi dengan terlalu kuat, kemungkinan besar gigi anda akan menjadi haus dan patah. Mereka yang sering mengetap gigi ini akan rasa sakit pada seluruh kawasan rahang dan bukan pada satu batang gigi sahaja. Terus dapatkan rawatan doktor jika anda alami masalah ini.
Gigi yang sudah bertampal boleh juga tercabut dan menjadi punca mengapa gigi geraham menjadi sakit. Jika anda makan makanan yang terlalu keras, tampalan itu boleh pecah dan menyebabkan kesakitan buat gigi anda. Bukan sahaja itu, ia akan berikan sensasi ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.
Sebolehnya anda dapatkan terus rawatan bersama doktor gigi kerana ia lebih selamat dan memudahkan lagi urusan untuk menyembuh. Jangan ikuti beberapa tip yang boleh memudaratkan lagi gigi anda, mungkin lega buat seketika waktu, tetapi bakal bagi kesan yang berpanjangan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok tentang seorang anak muda bernama Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim, gigih membanting tulang empat kerat bekerja sebagai pemungut sampah, Alam Flora di usia menginjak 20-an.
Meskipun terpaksa bergelumang dengan bau busuk sampah sarap dan memerah keringat di bawah panas terik mentari setiap hari. Pemuda yang mesra di sapa sebagai Wan ini, mengakui bahawa dia tidak kisah asalkan kebajikan ibu serta adik-adiknya terbela.
Perkara berkenaan dikongsikan wan sendiri menerusi akaun TikTok miliknya mengenai rutinnya dirinya yang bekerja sebagai pemungut sampah.
Selain itu, Wan juga sering berkongsikan momen-momen penuh bermakna ketika dia dapat meluangkan masa bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka muatnaik video atas dasar suka-suka itu telah berjaya meruntun hati wargamaya tatkala menyaksikan ketekunan serta kegigihan dia mencari sesuap nasi.
“Di sebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang,” tulisnya menerusi hantaran video berkenaan.
Dalam hantaran video itu, dapat disaksikan Wan yang membawa adik-adik serta ibunya menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera serta mencipt momen-momen indah bersama dengan berjalan-jalan.
Menurut Wan, dia sudah mula membanting tulang mencari rezeki seawal usia 14 tahun lagi. Malah, dia nekad untuk menghentikan pengajian di sekolah demi membantu ibunya.
Susulan tidak mempunyai sebarang sijil mahupun pendidikan. Wan akui agak sukar baginya untuk memperoleh pekerjaan yang baik. Justeru, kini sudah hampir dua tahun dia menabur khidmat bakti kepada masyarakat, bekerja sebagai pemungut sampah dengan syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan, Pahang.
“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu.
“Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.
“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi.
“Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya,” ujarnya.
Jelas Wan lagi, dia tidak pernah menyangka bahawa perkongsian video yang dilakukan atas dasar suka-suka dan sekadar berkongsi tentang kisah hidupnya akan menjadi tular.
“Saya hanya sekadar berkongsi rutin kerja dan kisah saya di TikTok. Mudah-mudahan dapat dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.
“Usahlah memilih pekerjaan. Berat macam mana pun pekerjaan itu, bekerjalah asalkan ada hasil dan halal,” akhirinya.
Untuk rekod, hantaran video berkenaan kini telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan di TikTok sejak ia dimuatnaik. Dalam masa sama, Wan turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen murni yang ditinggalkan netizen berhubung tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.