Baju berwarna putih pasti akan ada kotoran atau kesan peluh yang terlalu banyak. Bahkan, ia akan berwarna hitam dan kelihatan seolah-olah seperti berdaki! Euw, gelinya.
Ha, susah betul nak bersihkan dan sental kotoran di baju putih anda, esok pulak nak pakai baju itu, tapi kotor sangat. Jangan risau kami ada solusi untuk menghilangkan ‘daki’ pada baju anda itu.
Sental sampai ke sudah, sama sahaja
Sumber gambar dari Canva
Payah betul nak hilangkan kotoran atau kesan peluh yang ada pada sekitar kolar mahupun di bahagian ketiak. Tempat-tempat tersebut pula menjadi sudut yang jelas jika orang sekeliling perhatikan kita.
Baju putih ini seolah-olah kanvas putih, bayangkan jika tercalit lipstik merah atau terpecik kuah laksa makan bersama kak Mila sewaktu lunch tadi, sudah corak baru di baju kita. Tidak ke orang akan tertanya, kita ini seorang yang makan comot ke?
Bila ada kotoran seperti ini di baju anda, solusi mungkin sudah ada seperti mencuci pakaian dengan rendaman clorox atau apa-apa bahan yang boleh memutihkan. Kadangkala, anda juga mahu gunakan alternatif lain jua untuk menghilangkan kotoran ini, betul?
Sudah tentu jika anda ingin cuba alternatif selain detergen, gunakanlah cuka putih untuk membasuh baju putih anda. Hanya satu dos sahaja boleh memutihkan baju putih kesayangan anda itu.
Anda tidak tahu ke kalau cuka putih itu boleh melembutkan fabrik anda, bukan sahaja ia mencerahkan malah boleh selesakan pakaian anda. Jadi, ambik saja cuka dekat dapur itu boleh jimat duit juga!
Campuran peluntur dan jus lemon!
Sumber gambar dari Canva
Peluntur mempunyai klorin ini sangat tidak bagus bagi menjaga kualiti pakaian anda. Tidak mahulah kena beli baju putih setiap dua bulan sekali sebab habis rosak baju putih yang sedia ada.
Ads
Anda boleh perahkan jus lemon dengan air panas dalam rendaman pakaian putih anda, ambik masa sejam sahaja! Ha, kalau kotoran ini dah degil dan susah nak hilangkan, lamakan masa rendaman itu untuk semalaman. Esok paginya anda boleh cuci pakaian itu.
Guna pencuci mangkuk?
Sumber gambar dari Canva
Pelik memang pelik tetapi cecair pencuci pinggan itu berkesan untuk mencuci pakaian putih anda! Senang sahaja, hanya perlu campurkan sedikit pencuci pinggan dengan air untuk bersihkan pakaian.
Rendamkan pakaian anda selama sejam untuk memberikan kesan yang mantap! Agen pencerah dalam pencuci pinggan ini sangat bagus untuk berikan kesan sinar yang baik pada pakaian.
Mungkin ada yang mengidam hendak makan Nasi Kak Wok bulan-bulan puasa ini. Sebenarnya istimewanya hidangan Nasi Kak Wok ialah ayamnya yang rangup. Memang itulah yang menjadi ‘signature’ Nasi Kak Wok.
Tak susah pun hendak masak Nasi Kak Wok. Orang bujang pun boleh buat apatahlagi golongan ‘mak-mak’. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Mohamad Arymin ini.
Menu ni kalau buat meniaga bulan Puasa, konfem laku. Meniaga bulan biasa pun dah beratur orang tunggu. Kalau belah Kelate, kiteorang panggil Nasi Kak Wok, kat area KL ni Nasi Ayam Cincang la kot. Mudah dan ringkas saja.
Nasi Kak Wok versi Abe Min, Mohamad Arymin
Bahan-bahan:
Ayam Goreng
1 ekor Ayam dipotong cincang
2 sudu makan tepung jagung, bagi ranggup
1 biji telur
1 sudu makan Serbuk Kunyit
1 sudu makan Rempah Kari
Garam secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Kuah Kari/Gulai
½ biji bawang Holland
4 ulas bawang putih
½ sm halia
5 sudu makan rempah kari/gulai
1 asam keping
¼ carrot, belah 2 dan potong serong
Kaki dan leher ayam (jika suka)
Perasa garam dan Maggi cukup rasa
Air dalam 300-350 ml, tak cukup tambah lagi.
Sambal Lada
6 biji cili merah
10 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 biji Tomato
3 sudu makan asam jawa, bancuh sedikit air masak, bukan air paip
Garam dan gula secukup rasa
* Cili tu ikut kepedasan korang
* Air asam jawa sebab takde cuka
* Boleh letak belacan jika suka
Ulam
1 batang timun (hiris)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Goreng ayam yang telah siap diperap. Ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH KARI:
1. Masukkan minyak dalam kuali. Tumis bahan blend bawang, bawang putih dan halia.
2. Bila bahan tumisan agak garing, masukkan pes rempah Kari.
3. Tumis sampai naik minyak, kemudian masukkan kaki dan leher ayam. Tambah air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan asam keping dan carrot. Perasakan dengan garam dan Maggi cukup rasa.
CARA MEMBUAT SAMBAL:
Masukkan semua bahan dan air asam jawa. Bahan untuk membuat sambal potong kecil kecil, jangan letak sebiji terus dalam blender. Letak garam gula siap-siap. Kemudian blend. Kalau tak cukup rasa, barulah tambah.
Ramai yang masih terkejut dan dengan kehilangan chef selebriti, Chef Adamdidam yang meninggal dunia Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dan paling terkesan pastilah anggota keluarganya. Apatah lagi umum mengetahui Chef Adam juga dikatakan sangat rapat dengan anak-anak buahnya, trio The Family UK iaitu Umar Mokhtar, Fatimah, dan Ali.
Ramai beranggapan Fatimah dan adik beradiknya pastinya sukar untuk menerima kehilangan bapa saudara yang mereka panggil Mamajee ini.
Apatah lagi hubungan mereka yang sangat rapat, terutamanya Fatimah. Memang benar itu yang dirasi oleh keluarga ini atas kehilangan bapa saudara yang mereka kasihi.
Dalam posting terbarunya, The Family UK telah muat turut memberitahu betapa mereka amat menyayangi insan yang cukup istimewa ini, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 29 tahun.
Menyuarakan rasa terima kasih pada Allah atas pinjaman yang terlalu istimewa ini. Keluarga ini akui mereka tidak kuat dan terlalu rindu Adam, tetapi mereka reda mengembalikan Adam pada pencipta-Nya kerana tahu Allah lebih menyayangi insan istimewa ini.
Pun menitipkan ucapan berterima kasih kepada-Nya kerana menjemput Adam pulang di bulan penuh mulia dan barakoh ini. Hari yang cukup istimewa buat Adam- Ahad yang terakhir.
Kebetulan hari Ahad sememangnya hari penuh bermakna buat Chef Adam. Ini kerana sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Keluarga yang tinggal di UK ini juga turut berterima kasih kepada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan Adam. Moga segala doa yang diberikan akan diberi ganjaran pahala dan kebaikan lebih besar dan hebat.
Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir… #SundayWithAdam@adamdidam 14 Ramadhan 1440
p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…
Surat cinta dari keluarga The Family UK ini ternyata begitu menyentuh hati. Biarpun ringkas, tetapi punya makna cukup mendalam. Ternyata kasih sayang pada insan istimewa ini tidak berbelah bagi.
Malah netizen juga seperti masih tidak dapat menerima berita kehilangan chef selebriti kesayangan ramai ini. Turut meluahkan kesedihan dan rasa simpati mereka dalam ruangan komen.
tabrizihussin Honestly, I’m still trying to process the news, even till now… The friendship & kindness that he showed me all the way back when Instagram only allow 15 seconds video will be remembered for a long long time… His humbleness & kindness knows no boundary… He will be sorely missed…
mdmwan7147 I waiting for your post…nway…sy pun terkejut..walaupun kita tidak pernah bersua,oleh krn selalu mengikuti perkembangan kamu sekeluarga membuatkn seolah2 kita berkeluarga…pemergiaan arwah turut membuat sy sedih…seolah2 arwah juga keluarga saya…semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg Allah kasihi…selamat sda dia di sana…semoga kita juga dapat dimatikan dlm husnul khotimah…sungguh sedikit mencemburui arwah…krn meninggalnya dlm bln baik dan bgitu ramai yg menyayanginya…smoga kematian saya juga begitu…
ilisulaiman Innalillahiwainnailaihirojiun. I am so blessed to have worked with Adam and got to know him and all of you through his stories. My prayers and thoughts are with you and your family during this difficult time.
zaleha.olpin Salam takziah buat sekeluarga!! Tiada kata yang dapat menyembuhkan kesedihan kalian, cuma titipan Al Fatihah buat arwah. Semoga, Adam damai disana. Al Fatihah dari kami sekeluarga di Bristol
azizi.ab_aziz we miss him too. be strong there.. hugs to fatimah n ali. Tell them, ,they have many unknown uncles who are praying with them, for their Mamajie
Hijabista ucapkan takziah atas kehilangan yang cukup istimewa ini pada seluruh ahli keluarga dan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ibu adalah ratu hati dan penyeri dalam kehidupan anak-anak dan suami, tanpa figura seorang ibu maka pincanglah kehidupan sebuah institusi kekeluargaan itu.
Begitulah apa yang dirasakan oleh ‘content creator Tik Tok, Siti Hawa Sidek atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ain, apabila ibunya baru sahaja di jemput ilahi kerana menghidap barah tahap empat.
Memandangkan ada yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan ibunya meninggal dunia, Ain tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ain menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini dimana beliau turut berkongsi momen-momen akhir sebelum ibunya meninggal dunia.
“Syurga buatmu mama ❤,” tulis Ain ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Hijabista difahamkan bahawa mama merupakan antara ‘tulang belakang’ bagi Ain kerana ibunya itu sering menemani dirinya melakukan kandungan-kandungan lucu di laman TikTok sejak 2021 lagi.
Menurut Ain, meskipun dia sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika itu, kerana ibunya itu menghidap kanser tahap empat dan sudah terlalu lemah apabila dibawa ke hospital.
“Mama memang dah terbaring lemah, makan minum semua dah tak boleh masuk. Nak tak nak papa terpaksa panggil ambulans. Mama kemudian dimasukkan ke wad kecemasan zon merah.
“Doktor kemudian bagitahu Ain, kanser mama dah tahap empat yang sangat kritikal. Dia tak boleh bedah dan tak boleh buat apa-apa jadi dia akan buat untuk keselesaan mama je,” katanya.
Justeru, Doktor meminta agar Ain memaklumkan perkembangan ibunya itu kepada keluarga terdekat, kerana mama sudah semakin kritikal dan gusar sekiranya beliau tidak dapat bertahan lebih lama.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Ain terkilan adalah kerana dia tidak dapat bersama-sama mama ketika syurganya itu menghembuskan nafas terakhir.
Namun, Ain menyatakan dirinya redha walaupun terpaksa menelan sesalan terhadap apa yang telah berlaku dan berjanji akan selalu mengirimkan doa buat ibu tersayang.
“Korang yang kenal mama tolong doakan mama. Mama selalu hiburkan korang kan, korang doakan mama, baca al-Fatihah untuk mama,” ujar Ain.
Meninjau ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya memberikan sokongan penuh terhadap Ain dan turut sama merasai kesakitan kehilangan orang yang disayangi, selain mendoakan yang terbaik buat Ain.
“Salam takziah Ain.. Insya-Allah Ain akan jumpa mama dekat sana nanti kita semua akan pergi ke negeri abadi.
“Innalilahi wainnailaihi rojiun, I fans sangat sama mama Ain 😭
“Alfatihah buat mama Ain.. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” tulis wargamaya.
Sekadar info, Ain memaklumkan bahawa ibunya mengalami sesak nafas kronik dan sudah terlalu lemah sewaktu bapanya menghubungi ambulans untuk membawa ibunya ke hospital.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.