Sebut sahaja nama Amir Ahnaf pasti terbayangkan watak ‘Kahar’ dalam drama Projek High Council yang sedang menjadi kegilaan dan fenomena masa kini.
Meskipun berjaya membawa karakter antagonis Kahar dengan begitu berjaya, sehingga ramai yang terkesan dengan watak yang dibawakan Amir itu hingga membuatkan watak Kahar berjaya mengumpul peminatnya tersendiri.
Namun, Amir membuktikan bahawa Kahar dan dirinya adalah dua karakter berbeza apabila baru-baru ini, Amir sekali lagi berjaya menjadi sorotan wargamaya dengan kelunakan dan kemerduan suaranya mengaji serta mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran lengkap berserta makhraj.
Lenggok Suara Merdu Amir ‘Mengaji’ Buat Netizen Jatuh Hati
Rakaman video berdurasi minit yang dimuatnaik menerusi akaun pengguna @ itu menjadi tular di aplikasi Tik Tok.
Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat Amir yang sedang mengaji dan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran berserta lenggok dan suaranya yang merdu hingga menambat hati warganet.
Ads
Malah, video berkenaan berjaya menonjolkan sisi lain Amir Ahnaf yang sangat berbeza dengan karakter Kahar yang dilakonkan oleh pelakon baru itu.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran video berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meninggalkan pelbagai komen berbaur puji-pujian terhadap peribadi Amir.
Ads
Malah, ada yang mengaku jatuh hati dan mahu menjadikan Amir sebagai calon suami mereka.
Berikut merupakan antara komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista:
Kemunculan parut jerawat dan jeragat di wajah sedikit sebanyak melunturkan tahap keyakinan diri kita. Kadangkala malu rasanya hendak berswafoto kerana ia jelas kelihatan di wajah. Oh tidak!
Jeragat dan parut jerawat ini boleh hilang sebenarnya dari kulit wajah kita samada lambat atau cepat sahaja. Banyak jenis krim pencerah di pasaran yang boleh dicuba namun kita haruslah selidik bahan kandungannya terlebih dahulu untuk lihat ia sesuai atau tidak dengan kulit wajah kita.
Satu produk pencerah berkesan dan selamat yang boleh dicadangkan kepada semua semestinya adalah Hada Labo Premium Whitening Water Gel. Ia mengandungi Niacinamide, Vitamin C & α-Arbutin yang mana seperti kita sedia maklum merupakan tiga agen pencerah berkesan untuk kulit dan memberikan tiga kali kuasa pencerahan bagi hilangkan jeragat dan parut jerawat. Wow!
Selain itu, ramai yang menganggap produk pencerah akan mengeringkan kulit tetapi tidak sama sekali untuk Hada Labo Premium Whitening Water Gel ini. Kalau nak tahu, ia akan membuatkan kulit kita menjadi lembap dan lembut kerana ia mengandungi dua jenis Hyaluronik Asid yang sekaligus membuatkan kulit menjadi cerah berseri.
Bukan itu sahaja, masalah kulit berminyak juga dapat diselesaikan kerana bahan ekstrak tumbuhan yang terkandung di dalamnya dapat mengawal sebum berlebihan dan menghaluskan liang pori wajah. Barulah nampak flawless gitu!
Tidak seperti kebanyakan produk pencerah lain yang bertekstur krim, Hada Labo Premium Whitening Water Gel ini mempunyai tekstur gel ultra ringan yang dapat menembusi secara mendalam ke dalam kulit tanpa rasa melekit supaya anda berasa selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan cuaca panas. Nak pakai topeng muka pun tiada langsung rasa rimas. Untungkan?
Bagi anda yang selektif mengenai bahan kandungannya, anda tidak perlu risau kerana ia langsung tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi dan minyak mineral. No worries, ia semestinya selamat di kulit wajah anda dan tidak akan merengsakannya.
Setelah mengetahui jawapan di atas anda pasti faham dan yakin dengan krim pencerah jenis ini. Mana lagi nak cari produk yang pencerah yang berbaloi-baloi seperti ini? Nak cantik sekarang ke tak? Kalau terlambat nanti menyesal! Segeralah dapatkannya di Watsons (https://www.watsons.com.my/premium-whitening-water-gel-50g/p/BP_27708) untuk miliki kulit yang bebas jeragat dan parut jerawat bermula hari ini. Jangan cakap sis tak bagitahu pula!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya pernah menjadi sebuan peminat apabila membintangi drama televisyen kontroversi Nur, dimana Amyra Rosli ditugaskan menggalas watak sebagai anak kepada seorang pelacur lorong gelap.
Malah, dek kerana kecantikan aktres Amyra Rosli sememangnya diketahui ramai dan tidak disangkal lagi. Memiliki pesona dan aura tersendiri, dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan.
Dari seorang pelakon, bakat nama Amyra Rosli kini terus kekal menyinar sebagai pengacara rancangan berprestij NONA yang ditanyangkan oleh Media Prima Berhad menerusi saluran TV3.
Terdahulu, kehadiran isteri kepada aktor Amar Baharin ke sebuah majlis ilmu nyata menarik perhatian para tetamu dan peminat setia.
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial miliknya, Amyra yang anggun mengenakan persalinan jubah rona Aqua cukup manis dipandang.
Sekaligus menyerlahkan sisi elegan dan perwatakan wanita muslimah sejati.
Yang pasti, foto yang dimuat naik itu mendapat pujian ramai. Bukan hanya terpesona dengan kecantikan Amyra bahkan mereka turut menyenangi perwatakan jelitawan tersebut yang berbudi pekerti tinggi.
Kongsi Amyra dalam gambar berkenaan, “She’s imperfect but she tries. Thank you kak Umie Aida bagi peluang sebaris dengan insan-insan hebat. Banyak perkongsian yang dapat Myra manfaatkan daripada majlis ilmu ni. Alhamdulillah.”
April lalu, ibu dua anak ini turut mendapat tumpuan masyarakat apabila berusaha keras menyiapkan kediaman ibu bapa yang ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman. Difahamkan Amyra membayar sejumlah besar wang kepada syarikat terbabit namun tiada tindakan susulan dibuat.
Bagaimana pun niat untuk membahagiakan ibu bapa menjadi realiti apabila syarikat hiasan dalaman terkenal iaitu Lentera Creative Home sudi membantu.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 32 tahun dan merupakan seorang anak seni berjaya.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Biasanya concealer digunakan untuk menyelamatkan wajah dari bintik-bintik hitam, lingkaran hitam dan pigmentasi. Concealer juga membantu membuat foundation bertahan untuk jangka yang lebih lama. Untuk memaksimakan fungsi concealer ada 5 titik wajah yang boleh anda sapu agar tampil lebih segar.
Ya, menerapkan concealer pada area-area ini akan menutupi semua kelemahan wajah anda dengan betul dan akan membantu foundation menyatu dengan baik pada kulit.
Concealer tidak hanya bermakna untuk dicampur di bawah mata dan kelopak mata. Anda juga harus meletakkannya di sudut dalam mata. Ini akan mencerahkan mata secara keseluruhan.
Area di sekitar bibir kita umumnya lebih gelap dari kulit normal kita. Jadi, anda jangan pernah mengabaikan perkara ini saat menggunakan concealer. Letakkan produk mekap di area ini dan sapukan dengan baik sebelum menerapkan foundation.
Jika anda ingin membentuk alis, gunakan concealer di bawah dan di atas alis. Ini akan membuat garis alis lebih terlihat dan mencerahkan area bersama dengan eyeshadow.
Secara umum, anda harus memakai concealer sambil membentuk wajah anda. Namun, pastikan anda juga meletakkannya di tengah dagu sebelum mengaplikasikan foundation.
Kita sering mengabaikan area di sekitar lubang hidung, yang benar-benar dapat membuat wajah kelihatan kusam. Jadi, pastikan anda meletakkan concealer dalam jumlah yang cukup di area sekitar lubang hidung dan sapukan dengan betul, terutama sudut bahagian dalam hidung anda.
Dengan tekstur yang creamy, anda lebih mudah melakukan penyamaran, bahkan hanya dengan jari! Produk ini fokus untuk menyamarkan dan mencerahkan area hitam (dark spot) di sekitaran wajah. Concealer ini juga sesuai dipakai oleh hijabi yang sudah memasuki usia 20 – 30 tahunan. Tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus yang muncul dapat ditutupi. Meskipun coverage-nya medium, concealer berikut terasa selesa. Bahkan, kesan cakey juga tidak akan terjadi! Satu lagi, concealer yang tahan lama ini tidak akan menimbulkan creasing pada under eye.
Sebenarnya rangkaian Boi-ing Airbrush Concealer dari Benefit ini merupakan salah satu koleksi dari Boi-ing Concealer Benefit Cosmetics. Rakaian lain seperti Boi-ing Industrial Strength Concealer, Brightening Concealer, Hydrating Concealer, dan Airbrush Concealer merupakan koleksi terbarunya.
Fungsi utama dari Benefit Boi-ing Airbrush Concealer sendiri adalah daya coverage medium untuk menyamarkan beragam kekurangan yang ada pada wajah. Jadi masalah-masalah seperti kantung mata, flek hitam, dan bekas jerawat boleh ditutupi dengan concealer ini. Selain itu, concealer ini juga mampu bertahan sebagai base makeup product hingga 10 jam. Bahkan, Benefit juga mereka concealer yang tahan air atau waterproof. Kelebihan lain yang dimiliki pula oleh produk ini adalah tidak perlu lagi menggunakan primer, anda masih boleh mengaplikasikannya ke wajah kerana formulanya yang begitu lembut.
Buat anda yang belum tahu, Nars Radiant Creamy Concealer tergolonga concealerhigh-end yang legend, digunakan oleh kebanyakan wanita. Bahkan, ramai juga makeup artist dan beauty guru yang memcadangkan produk ini. Nars Radiant Creamy Concealer memang salah satu must-have item kerna memilikinya banyak sekali kelebihan. Tekstur yang cair namun tetap creamy dan tergolong super lightweight.
Dengan tekstur yang sangat lembut tersebut, concealer cair yang bagus ini akan sangat mudah diadunkan dengan jari, sponge, ataupun brush untuk perolehi hasil yang flawless dan selamat di kulit. Tak hanya itu, concealer terbaik ini juga termasuk concealer yang medium to high coverage dengan pigmentasi yang sangat baik.
Tidak perlu pakai bedak untuk meningkatkan daya solekan, Tarte Shape Tape Contour Concealer boleh menjadi jawapan buat anda yang tidak mau menggunakan makeup dengan kesan yang berat. Concealer ini sangat menyokong kemampuan covering untuk pelbagai masalah pada wajah. Tekstur yang begitu ringan. Hasil makeup yang kelihatan flawless disertai bebas dari dark circles yang mengganggu.
Hanya dengan sedikit pengaplikasian, concealer ini sudah mampu menutupi segala bentuk kekurangan pada wajah. Jadi tidak ada alasan lagi untuk mengabaikan produk yang istimewa ini.
Menyediakan banyak pilihan warna dengan harga mampu milik
L’oreal Paris menyediakan 9 pilihan shadeconcealer ini, sehingga boleh disesuaikan dengan pelbagai tona kulit, khususnya untuk kulit wanita Asia seperti. Concealer yang dipasarkan dengan harga yang berbaloi ini memberikan coverage yang tinggi dan menyatu sempurna dengan warna kulit.
Jika anda punya lingkaran hitam di bawah mata yang sulit dihilangkan, L’oreal Paris True Match Concealer dipercayai mampu untuk menutupinya. Selain itu, noda dan bekas jerawat yang merosak penampilan juga boleh ditutupi oleh concealer ini. Ukurannya yang kecil dan ringkas juga memungkinkan anda membawa produk ini untuk travelling. Di dalamnya terdapat aplikator dengan ujung yang selamat dan praktik digunakan.
Laura Mercier menawarkan dua warna dalam satu palet sehingga anda dapat membuat shade yang diinginkan. Setiap palet terdiri warna terang dan gelap. Dengan demikian, anda juga boleh memanfaatkannya untuk contouring dan highlighting!
Concealer yang telah teruji secara dermatologi ini sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Produk ini tidak akan menambah minyak di pori kulit anda, tidak perlu kuawatir krimnya akan menyumbat pori-pori dan menyebabkan iritasi pada kemudian hari.
Concealer ini memilih daya coverage tinggi. Produk ini memiliki efek matte finish setelah diaplikasikan, bebas minyak, tahan lama, serta waterproof. Make Up for Ever Full Cover juga sudah diuji secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif oleh para ahli dermatologi.
Selain itu, concealer ini mampu menyembunyikan bahagian kulit kemerahan atau masalah pigmentasi yang biasa dialami pemilik kulit sensitif. Bahkan anda boleh aplikasikannya di bahagian tubuh lainnya. Bagi anda yang ingin menutupi bekas luka di tubuh, silakan pilih concealer ini!
Sempurnakan solekan anda dengan mudah
Concealer berbentuk pensil dari NYX ini mempunyai tekstur yang tidak terlalu keras. Namun, teksturnya juga tidak terlalu mudah diratakan di atas kulit. Tekstur tersebut juga dinilai blendable dengan foundation. Produk tepat untuk Anda yang punya jadual yang padat merana mempermudahkan anda untuk touch up.
Bahan-bahan yang digunakan dalam komposisi concealer ini selamat untuk digunakan bagi anda yang kulitnya mudah alergi dan iritasi. Selain itu, terdapat 20 pilihan warna dari concealer pensil ini. Dengan banyaknya variasi warna tersebut, concealer ini dapat digunakan sebagai contour mahupun highlighter.
Samarkan noda di wajah sekaligus sebagai perawatan anti-aging
Concealer keluaran Urban Decay ini menyamarkan noda wajah sekaligus sebagai anti-aging kerana mengandungi matrixyl 3000 dan teh hijau Japan. Matrixyl 3000-nya membantu menjaga ketegangan kulit. Teh hijau dari Japan ini membantu mengurangi garis-garis halus. Kemudian, terdapat Litchiderm dari buah lychee yang membantu menghidrasi kulit serta menghasilkan kulit yang cerah bercahaya. Bagi anda yang sudah memasuki usia 30-an, silakan cuba produk concealer ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.