Tidak salah untuk memasang impian! Apa kata untuk masa ini anda simpan dahulu duit dan pelan percutian selepas keadaan negara sudah stabil dari Covid-19! Usah bersedih ya sis! Pasti kita semua akan menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini!
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda tempat-tempat menarik yang harus dilawati sekiranya berpeluang nanti! Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin, ada beberapa tempat yang boleh anda pergi bersama dengan yang tersayang! Dah sedia dengan pen dan buku nota, jom kita tengok pilihan tempat menarik yang boleh anda pergi nanti!
1. PERKHEMAHAN MENCABAR DI WADI RUM BEDOIN , JORDAN
Bagi pasangan yang ingin menikmati keindahan alam serta menikmati erti adventure yang sebenar, WadiRum Bedoin Camp di Jordan adalah destinasi terbaik untuk mereka merasai kelainan pada bulan madu mereka. Pemandangan bukit bakau serta hamparan padang pasir yang menarik menjadikan destinasi ini amat sesuai untuk aktiviti lasak seperti climbing dan scrambling. Selain itu , camel tours dan jeep tours juga merupakan salah satu tarikan yang disediakan kepada pasangan kekasih yang ingin melihat seluruh pemandangan dan menikmati kedamaian yang ada di sini.
2.MENEROKA HUTAN HUJAN DI VOLCANO RAINFOREST RETREAT, HAWAII
Destinasi percutian “bed & breakfast” ini amat sesuai dengan pasangan kekasih yang mahukan destinasi yang jauh dari kesibukan kota dan juga inginkan ketenangan sepanjang percutian bulan madu anda. Nature and Adventure. Itulah yang dapat digambarkan daripada destinasi percutian ini.Dikelilingi dengan pohon hijau yang segar serta bunyian air terjun yang memecah kesunyian hutan hujan di Hawaii ini , menjanjikan keselesaan pada pasangan kekasih untuk mereka meneroka alam semula jadi ini. Aktiviti hutan seperti hiking sudah pasti menjadikan percutian anda menarik. Ditemani pula dengan binatang liar yang pastinya akan menjadikan perjalanan percutian anda begitu mencabar! Di samping itu juga , ia berdekatandenganVolcanoes National Park di manapara pengunjung boleh merasai nilai adventure itu sendiri apabila dapat meneroka di kawasan kawah gunung berapi yang aktif itu dengan menaiki kenderaan yang disediakan.
Lebih daripada 200,000 hidupan liar dari pelbagai spesis meliputi seluruh kawasan ekosistem The Serengeti. Luasnya sehingga 14,763 kilometer persegi ini menjadi tarikan utama setiap pelancong untuk datang ke sini. Bagi pasangan yang gemarkan sesuatu yang wild dan adventure, destinasi percutian ini sangat sesuai kepada mereka. Seluruh hidupan liar dapat dilihat dari setiap sudut Serengeti National Park dengan menaiki belon panas yang sudah pastinya akan memuaskan mata anda dengan pemandangan yang hebat. Selain itu , anda dapat merasai sendiri kehidupan habitat liar ini di bumi Serengeti. Segalanya live!. Sudah tentu anda akan merasai “extraordinary adventure” apabila berbulan madu di sini.
Paris merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan utama pasangan kekasih untuk berbulan madu. Daripada struktur indah Eiffel Towel hingga ke Lover’s Bridge , ia cukup menggambarkan Paris sebagai kota cinta. Tetapi kali ini , Glam tampil memberi idea yang berlainan daripada kebiasaannya. Biking di tengah kota Provence, France ini sudah pasti dapat melahirkan lagi perasaan romantik pada setiap pasangan. Merasai keharmonian kawasan pendalaman yang dipenuhi dengan bangunan kampung lama, serta dihiasi dengan laluan yang dipenuhi dengan bunga lavender , pasti menyajikan mata anda dengan pemandangan yang indah dah aman. Di samping itu juga , perjalanan berbasikal sejauh 236km ituakan melewati bangunan church lama yang meninggalkan banyak sejarah silam di kawasan ini. Berbasikal di Provence , France ini pasti menjanjikan sesuatu kelainan pada percutian bulan madu anda!
Aktiviti meluncur salji ini barangkali merupakan aktiviti yang didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi , ia akan menjadi lebih menarik jika anda membawa pasangan anda merasai pengalaman meluncur salji bersama. Di Whales in Rututu ini, merangkumi lebih dari 5 gunung yang mempunyai ketinggian yang berlainan sebagai contoh , Klein Matterhorn gunung setinggi 3,883 m dan Monte Rosa setinggi 4,634 m. Selain itu , anda bersama pasangan dapat menikmati rasa sejuk dan melihat pemandangan luas di puncak gunung.
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti sukan air, parasail di Hawaii merupakan pilihan ideal untuk percutian honeymoon anda. Terbang di udara bersama pasangan serta merasai pemandangan indah di udara serta di laut , pasti menyajikan sesuatu yang cukup indah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri dan juga pelakon jelita Nad Zainal, seolah memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua hasil perkongsian hidup bersama suami, pengarah dan juga aktor Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Nad Zainal sendiri menerusi muat naik beberapa keping foto berbusana ceria bertujuan mempromosikan sebuah jenama produk makanan.
“Haa.. Nak Zoom Perut Lah Tu!” – Nad Zainal
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah di dalam gambar yang dimuatnaik berkenaan memaparkan Nad yang seakan-akan hamil apabila bahagian perutnya kelihatan seakan mempunyai ‘baby bump’.
Selain itu, kapsyen foto ringkas yang ditulis Nad juga mengundang pelbagai spekulasi dan rata-rata peminat mendoakan agar aktres jelita itu benar-benar hamil.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Netizen telah menghujani hantaran itu dengan mezahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan agar urusan Nad Zainal dipermudahkan Allah S.W.T.
Alahai! Kalau tak comel tak sah tau! Itulah antara komen netizen terhadap penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri yang sedang hamil dan menanti masa untuk melahirkan cahaya mata sulungnya bersama suami tercinta, Syamel.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram suaminya juga seorang penyanyi lelaki popular, Syamel, gelagat Ernie menari berjaya mencuri tumpuan netizen! Video yang dimuatnaik itu bikin semua orang tersenyum melihat gelagatnya menari walaupun sedang sarat hamil.
Tak cukup dengan itu, penyanyi Ernie juga sempat memberi komen pada video yang dimuat naik itu. Alahai, sweetnya mereka berdua!
You will miss my favorite move, Mr Bean’s move!
Rata-rata netizen juga tidak putus-putus memuji tentang kecomelan Ernie dan juga pasangan sejoli ini!
Berdebar menanti kelahiran sulung mereka, team Hijabista mendoakan agar Ernie dan Syamel menjadi Ibu & Daddy yang baik untuk cahaya mata sulung mereka. InsyaAllah, Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.
1. Elakkan Makanan Masin Ketika Bersahur
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Kunyah makanan hingga hancur.
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
3. Makan Kekacang & Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
4. Segelas Air Sebelum Makan
Minum segelas air sebelum makan.
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
6. Sibukkan Diri
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
7. Makan Bijian Penuh
Makan bijirin yang memberi khasiat untuk tubuh.
Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...