Majalah Remaja sekali lagi berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil personaliti remaja berpotensi menerusi pencarian Dewi Remaja 2019. Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif.
Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu. Selepas sesi ujibakat yang mengambil tempat pada awal September lalu, 20 orang finalis telahpun disenarai pendek oleh pihak juri dan penganjur.
Bukan mudah untuk memilih daripada hampir 600 peserta yang mencuba nasib. Ia bergantung kepada kriteria utama seperti latar belakang, pengetahuan, cara pembawakan diri, personaliti dan pakej lengkap yang ada pada diri peserta.
Jom sistur kita ‘dekati’ Finalis TOP 20 Dewi Remaja 2019
SYAMIRA IZZATI
22 tahun. Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Namun jika saya terpilih menyertai Dewi Remaja itu tidak bermakna saya akan melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Pada saya, pelajaran itu amat penting. Kerana dengan adanya ilmu, barulah hidup kita akan dipandu. At the end, knowledge is the one that will help to guide and guard us,”ungkap Syamira.
Tambah Syamira lagi dia tidak terfikir akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
FARHA NABILA
Berusia 24 tahun. Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. Gadis ini ingin mengambil peluang dan menjadikan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk menimba pengalaman baru.
“Saya ingin membuktikan kepada mereka-mereka yang memandang rendah pada saya yang saya boleh berjaya. Dan secara tidak langsung, menjadi inspirasi kepada remaja-remaja wanita di luar sana.
“Saya harap dapat asah bakat dalam bidang seni dan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru apabila menyertai Dewi Remaja. Walaupun saya seorang graduan diploma pembantu perubatan, namun saya tidak meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut, malahan, saya bekerjase sebagai seorang pramugari,”ujar Farha.
Ujar Farha, macam-macam pengalaman yang telah dilaluinya dalam bidang ini, dipuji, dimarahi penumpang, dan kadang-kadang tidak tidur tiga hari. Kenangan manis pun banyak, dapat bercuti ke pelbagai jenis lokasi dan negara.
“Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila saya mempunyai ‘layover’ di Lahore, dan cuaca di sana sangat sejuk. Saya tidak bawa baju sejuk untuk berjalan di sana namun ‘set crew’ ingin ke Kashmir sedangkan kawasan itu sudah dilitupi salji tebal.
“Saya pakai baju sampai lima lapis. Perjalanan dari Lahore ke Kashmir mengambil masa 8 jam dengan kereta. Namun kami tidak dapat ke tempat tinggal kami di Kashmir kerana jalan dilitupi salji tebal dan kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki kaki bukit.
“Sebaik kami sampai, tempat tinggal kami tiada elektrik, maksudnya tiada heater. Kami tidur di atas katil, berhimpit bayangkan enam orang perempuan kerana inginkan haba. Kami juga buat teh dan merebus air menggunakan unggun api. Tapi, kami tetap enjoy. Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa,”cerita Farha.
Jika ditakdirkan menjuarai Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui bahawa dia akan menjadikan peluang ini untuk memperbaiki diri di samping mencari peluang baru dalam bidang seni. Gadis ini juga berazam untuk ingin menjadi ikon yang positif kepada anak muda selain bercita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan jika ada rezeki yang lebih,”akhiri Farha.
AINA SHUADA FAIZAL
Berusia 22 tahun. Baru menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hartanah. Menyertai Dewi Remaja atas dorongan ibunya.
“Ibu percaya dengan keyakinan dalam diri saya dalam bidang ini. Sebenarnya dulu lepas SPM saya nak sertai Dewi Remaja tetapi ibu tidak memberi sokongan. Namun kini ibu yang menyokong saya untuk menyertai Dewi Remaja,”ujar Aina.
Akui Aina ketika sesi uji bakat, stage yang agak mencabar bagi dirinya ialah ketika dia perlu melakonkan watak bisu selain perlu menjawab tentang isu semasa. Katanya dia perlu menjawab dengan tenang dan matang. Keyakinan diri perlu tinggi.
“Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai eksekutif valuer di syarikat penilaian hartanah. In Sha Allah, jika saya menjadi juara Dewi Remaja 2019, saya harap saya akan jadi sumber inspirasi remaja-remaja di luar sana tentang kehidupan sewaktu belajar serta menggapai kerjaya dalam bidang yang kita impikan.
“Dalam masa yang sama juga, saya ingin menaik taraf wanita berhijab. Saya ingin buktikan wanita berhijab tidak mustahil untuk mara ke depan memakai mahkota Dewi Remaja,”akhiri Aina.
Ads
SYAZA AZRA
Berusia 19 tahun. Masih menuntut di bawah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. Bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang guaman.
“Jujur saya tidak pernah terfikir untuk sertau Dewi Remaja sebelum ini sebab belum ada keyakinan. Tapi tahun ini saya mencabar diri untuk mencuba nasib sebab sebelum ini saya ada visi untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencapai sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, In Sha Allah.
“Bagi saya apabila saya sudah terlibat dengan industri ini, kita akan dapat lebih banyak peluang untuk cuba benda baru dan juga peluang untuk upgrade diri dalam mencapai cita-cita,”jelas Azra.
Gadis ini juga menanam harapan untuk memecah rekod sebagi hijabi pertama memenangi Dewi Remaja dan mengubah stigma masyarakat tentang Dewi Remaja.
“Saya selalu baca komen-komen negatif netizen yang mengatakan Dewi Remaja ini hanyalah untuk mencari mereka yang mempunyai rupa, seksi, tiada latar belakang pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Saya memang bercita-cita tinggi untuk melakukan perubahan terhadap pandangan mereka melalui diri saya.
“Selain itu, harapan saya ialah melalui Dewi Remaja, saya dapat menempa nama dalam industri hiburan dan meluaskan lagi langkah dan pengalaman dan membina bisnes yang akan mendapat nama dan perhatian di mata dunia di samping menaikkan nama negara di persada antarabangsa, In Sha Allah. And also my aim is to be a powerful woman one day,”jelas gadis yang bercita-cita untuk menjadi peguam selain menjadi seorang entrepreneur yang berjaya.
Tatkala ditanya jika dia terpilih sebagai juara Dewi Remaja 2019, ini jawapannya.
“Sekiranya ada rezeki saya terpilih dan menjuarai Dewi Remaja 2019, saya akan buktikan yang angan-angan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Orang yang berjaya adalah orang yang bermula dengan angan-angan. And at the same time sudah tentu saya dikira sebagai seorang influencer.
“Oleh itu, saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang influencer dengan betul dan menggalakkan orang ramai dengan perkara-perkara yang berfaedah. Saya juga berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tentang hadiah kemenangan pula, saya berazam untuk membawa ibu bapa saya berjalan-jalan dengan wang kemenangan yang dimenangi,” akhiri Azra.
Ads
SHAHIRAH SAZALI
Berusia 21 tahun, gadis ini merupakan Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Istimewanya tentang gadis ini ialah dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.
“Saya mula menjadi pemandu Grab pada April tahun ini. Saya mendapat sokongan penuh daripada ayah saya untuk menjadi pemandu Grab. Tujuan utama saya menjadi pemandu Grab sepenuh masa ialah demi untuk mencari pendapatan dan pengalaman. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya perlu berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga sayam”ujar Shahirah yang merupakan anak tunggal.
Menurut Shahirah kecederaan yang dialaminya ketika menyertai SUKMA 2018 di Perak telah membantut keinginannya untuk menyambung pengajian. Ketika itu Shahirah menyertai acara lompat tinggi.
KUMPUL DANA SAMBUNG PENGAJIAN
Tambah Shahirah lagi memang dia masih menanam azam untuk menyambung pengajian tetapi dia ada sasaran yang tertentu. Lagi pun untuk menyambung pengajian memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai kos pengajian.
“Ayah tidak mahu saya membuat sebarang pinjaman kerana tidak mahu saya berhutang. Oleh itu saya memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi mencukupkan dana pengajian saya nanti,”ungkap Shahirah yang sudah tujuh bulan bergelar seorang pemandu grab.
Tatkala ditanya tidakkah dia malu bergelar seorang pemandu Grab, ini jawapan padu Shahirah.
“Saya tak pernah rasa malu bawa Grab. Buat apa nak malu. Saya cari rezeki yang halal dan saya sendiri selesa bawa Grab. Namun dalam masa yang sama juga saya turut menjengah peluang-peluang lain. Namun saya percaya Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap orang.
“Dari segi keselamatan pula, saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Apa-apa kerja pun semuanya ada risiko yang tersendiri. Saya beranikan diri untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa pun sebab nak cari rezeki dan nak mudahkann urusan ibu bapa saya,”ungkap Shahirah.
BERTUAH DAPAT PELANGGAN YANG BAIK
Ujar Shahirah lagi sepanjang tujuh bulan bergelar seorang pemandu Grab dia sangat bersyukur kerana semua pelanggannya baik-baik belaka. Ada yang bagi duit lebih kerana berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Ada juga pelanggan yang mahukan saya jadi pemandu peribadi Grab mereka. Paling penting apabila kita jadi pemandu Grab, kita anggap mereka sebagai ahli keluarga. Dengan cara itu urusan kita jadi lebih mudah,” jelas Shahirah.
Antara sebab mengapa Shahirah menyertai pencarian Dewi Remaja 2019 kerana gadis ini begitu kagum dengan personaliti bekas Dewi Remaja, Scha Al-Yahya.
“Saya mahu buktikan yang gadis pemandu Grab seperti saya juga mampu untuk ke depan. Sesiapa sahaja memasuki apa-apa pertandingan pasti ingin menang begitu juga dengan saya.
“Setakat ini saya lihat belum ada lagi juara Dewi Remaja yang berhijab. Jika saya menang Dewi Remaja 2019 ini, saya ingin gunakan wang hasil kemenangan untuk membawa ibu bapa saya menunaikan umrah,” akhiri Shahirah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang telah dengar berita buruk mengenai kecelakaan yang berlaku akibat serangan jantung. Tambahan lagi, peratusan penyakit yang banyak menyerang manusia sehingga maut adalah penyakit serangan jantung.
Apa yang merisaukan lagi apabila seseorang terkena serangan jantung di suatu situasi di mana mereka bersendirian–di dalam kereta misalnya. Jadi apa yang kita patut lakukan?
Simptom serangan jantung berbeza mengikut setiap individu
Setiap individu yang mempunyai risiko sakit jantung membawa simptom yang berlainan. Begitu juga situasi yang mereka hadapi–ada yang terkena serangan jantung sewaktu dalam kereta, ketika makan, malah ada juga ketika tidur.
Semakin tahun meningkat, kita banyak lihat peratusan kadar serangan jantung yang menyebabkan kematian meningkat. Jadi ianya sangat bahaya dan orang ramai perlu peka dengan keadaan ini.
Serangan jantung ada jenisnya–di sini kami ingin terangkan serangan jantung dan sakit dada pada sebelah kiri yang menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat. Maka, keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak, kolesterol, dan juga bahan lain yang boleh membentuk plak pada dinding arteri jantung.
Plak yang tersumbat juga boleh pecah dan membentuk darah beku, ianya boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan lagi otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut. Pelbagai simptom sakit dada pada sebelah kiri yang boleh di alami oleh mereka yang menghidap sakit jantung, antaranya:
Sakit dada pada sebelah kiri
Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu, atau belakang badan
Sudah semestinya serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia pula sangat ‘mengejut’ dan selalunya mereka yang menghadapi serangan jantung ini akan berseorangan dan mereka akan jadi kaku seketika waktu kerana perit menahan sakit.
Apa yang anda perlu buat jika berlaku dalam situasi di mana pemandu atau salah seorang penumpang di dalam kereta terkena serangan jantung? Ini adalah cara-cara yang di syorkan oleh Hellodoktor:
Jika anda memandu dan mengalami serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan, bertenang dan menghala ke bahu jalan untuk berehat secepat mungkin.
Jika anda bersama penumpang lain di dalam kereta–suruh mereka dapatkan bantuan sejurus anda berhenti di bahu jalan.
Sila bawa bertenang walau apa pun terjadi.
Pastikan anda bawa mangsa yang terkena serangan jantung ke hospital secepat mungkin!
Hubungi khidmat kecemasan jika anda terlalu jauh dari hospital.
Berikan pesakit ubat jika mereka mempunyai ubat bersama mereka (nitroglycerin atau aspirin).
Jika anda baru sahaja pulih selepas terkena serangan jantung, pandu dengan perlahan untuk dapatkan bantuan terus kerana khuatir anda bakal di serang jantung lagi. Pastikan keadaan anda selamat dan hubungi khidmat kecemasan secepat mungkin sejurus anda sedar atau dapatkan bantuan secara terus.
Seperti menjadi trend ramai di kalangan hijabi yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda. Ia adalah satu keputusan yang baik memandangkan untuk mengelak diri dari melakukan kemaksiatan. Dan sebaik berkahwin kebanyakan pasangan akan tinggal di rumah keluarga suami atau mentua untuk sementara. Ada baik dan buruk tinggal dengan mentua kerana ada yang boleh ‘ngam’ dan ada juga sebaliknya. Perkongsian seorang kaunselor atau ahli psikologi ini berkongsi pandangan mengenai satu pertanyaan kepadanya baik buruk tinggal dengan mentua.
Menurut Razziah Khan yang juga merupakan kakak kepada selebriti Vie Shanti Khan, sebelum ini dia menerima banyak mesej yang meminta pandangannya tetapi jarang untuk dimuat turun di laman sosialnya. Tetapi untuk kali ini ada perkara yang boleh dikongsi bersama followernya.
Bagi Razziah, tinggal dengan mentua itu tidak salah sama sekali. Ini kerana setiap manusia itu mempunyai matlamat dan falsafah hidup mereka sendiri dan orang lain tiada hak menentukan nilai mereka.
Jujur, sya banyak terima msg utk minta ‘pandangan’ tapi jarang2 nak screenshoot utk share melainkan sya rasa “Ok. Ni boleh share”.
Banyak2 orang inbox, sya pilih topik ni utk menulis. Alasannya sebab sya sendiri pun berada di tempat yang sama iaitu “duduk rumah mentua”. Cerita di atas panjang tapi sya pendekkan. Ambil ‘point’ sja.
Untuk soalan di atas, jawapannya adalah “TIDAK SALAH SAMA SEKALI”.
Setiap manusia mempunyai matlamat dan falsafah hidup mereka sendiri yg mana TIDAK ADA SESIAPA BERHAK untuk menentukan NILAI DIRI MEREKA dalam orang lain ! Melainkan orang itu mengidolakan. Itu pun kerana mereka berkongsi ‘nilai’ yang sama. Ya lah, Lain padang lain belalangnya.
Dia juga turut memberitahu jangan kerana pandangan berneza menyebabkan kita rasa berdosa pada jalan yang telah dipilih sebelum itu. Ini kerana memamg menjadi sikap manusia itu yang sering prejusid mengangganp dirinya lebih baik dari orang lain.
Jangan kerana pandangan orang lain yg berbeza pendapat menyebabkan kita merasa kita ‘berdosa’ atau ‘bersalah’ memilih jalan yg kita pilih. Manusia sentiasa bercakap tentang orang lain kerana mempunyai sikap prejudis yg selalu menganggap diri mereka itu ‘lebih baik dari orang lain’. Sedangkn dalam hidup seseorang, yg menentukan ‘baik atau buruk’ adalah hasil pilihan kita sama ada mendapatkan ‘manfaat atau mudarat’.
MANFAAT bermaksud, sejauh mana kebaikan yg kita dan sejagat boleh dapat jika kita memilih ‘jalan’ tersebut manakala MUDARAT pula, jangan sampai keputusan itu memberi impak yg lbh banyak buruk, dan menyakitkan diri kita sehingga tak tertanggung. Hidup yg seimbang adalah persepsi yg baik dan mampu memberi kebahagiaan bukannya krn idea 1 org diambil sehingga menyebabkan kepincangan.
Bagi Razziah wanita ini telah melakukan satu tugas yang sangat baik iaitu menjaga mentua yang memelrlukan anaknya sentiasa berada di samping. Dia turut menambah allah akan permudahkan urusan setiap orang yang memudahkan orang lain.
Dlm kisah ini, bg kak Jia.. adik sudah melakukan tugas dgn baik. Menjaga mentua yg lbh memerlukan anaknya di sisi disamping adik sdri byk berkorban demi kebahagiaan org lain. Allah permudahkan setiap insan yg mempermudahkan org lain. Dia juga turut memesan jangan ambil kisah sindiran dari ipar duai kerana apa yang penting Allah telah memberi ruang untuk berbakti.
Jangan kisah apa yg disindirkan oleh ipar2, mereka sendiri tidak mampu menjaga ibu yg melahirkan mrka sebaik adik. Kalau kak Jia, hal itu paling dibanggakan dan Alhamdulillah Allah memberi ruang buat kita utk berbakti. Rahmat Allah swt terlalu luas, hari ini kita memberi bakti pd org tua, esok2.. anak kita akan mengutamakan kita pula. Allah tidak pilih kita di sini melainkan RAHMAT YG BANYAK.
Ternyata perkongsian ilmu ini mendapat respon cukup positif dari followernya. Ramai memberi respon cukup bagus dengan pandangan yang dilemparkan.
@azninzainalYa Allah kak jia.. Sgt2 memberi inspirasi sbb saya pun ddk dgn mertua..
@zaniraermaTq k. Jia krana mnulis ssuatu dgn pndangan positif,.sntiasa positif sbnarnya,. Sy sgt suka,. Btl,. Kerana jika kita diberikan rezeki panjang umur,. Kita pun akan menjadi seorang mertua satu hari nnti,. Mngkin dengan berkat berbakti kepada mertua,. Anak mnantu kita pun akn berbakti kepada kita di kemudian hari,. Syukur,. Kerana Allah memilih kita utk mnjadi insan yg brtuah itu,. Sy Sayang kak jia kerana Allah,. Wlaupun kita x pernah jumpa
Sebelum ini Razziah Khan yang belajar ilmu psikologi di Universiti Malaysia Sabah memang gemar sekali menulis di laman sosial dan mempunyai peminatnya tersendiri. Malah setiap tulisannya banyak memberi inspirasi dan motivasi dalam menghadapi setiap permasalahan dalam hidup.
Malah melalui tulisannya juga dikatakan dapat mengubah persepsi hidup mereka. Namun Razziah berkata dia sebenarnya tidak pandai menulis dan semua yang ada itu adalah pinjaman dari Allah SWT.
Lama sya tak menulis. Mungkin hebat cinta Ibrahim sampai sya terlalu fokus padanya. Beberapa followers #darimatahatiku siap inbox di IG dan FB minta sya menulis. Katanya rindu.. dan ada tulisan yg mengubah persepsi hidup mereka.
Dalam satu posting sebelum itu, dia turut berkongsi dengan followernya untuk mengamalkan surah Al-Insyirah jika adalah masalah. Menurutnya dia paling suka ayat 5-6 yang mana memberitahu ‘Allah JANJI “setelah kesusahan, pasti ada kemudahan”. Baginya dia percaya setiap kesusahan yang Allah beri pasti akan ada kemanisan di hujungnya nanti.
Sya menulis sekadar suka-suka, sekadar menterjemahkan ‘akal dan hati’, manalah tahu ada ‘jenis’ sya dalam IG ni. Tak sangka tulisan sya memberi banyak impak pd kehidupan orang lain. Bukan sya pandai menulis, melainkan semua ini pinjaman nyata dari Allah swt. Cita-cita sya cuma 1, semoga ia memberi banyak manfaat pd saya dan ummah. Inshaa Allah, Amin
Usia sya tahun ni akan masuk 33 (bulan april nanti), inshaa Allah. Sepanjang sya hidup.. satu benda yg sya belajar : TIDAK ADA YG KEKAL. Bukan sja benda tapi MASALAH HIDUP. Bahkan Allah pasti hadirkan setiap masalah dengan penyelesaian yg akhirnya sangat cantik lebih dr apa yg kita idamkan.
1 benda sja sya amalkan jika bermasalah : sya baca SURAH AN INSYIRAH. Dalam surah tu, ayat 5-6 adalah favourite sya. Allah JANJI “setelah kesusahan, pasti ada kemudahan”. Jadi, sya selalu yakin.. Setiap SUSAH yg Allah berikan sebenarnya ada HADIAH terbaik dipenghujung nanti. YA ! Sudah sekian kali terbukti. Sehingga sya sendiri malu dgn tuhan kerana sering BERSANGKA BURUK terhadapNya tetapi Dia sering beri yg INDAH pula.
Kita selalu mendengar setiap kali penceramah agama akan kata : “YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, DAN YG BURUK ITU DARI KELEMAHAN SYA SEBAGAI MANUSIA”
Ambil iktibar dari perkataan itu. Apa pun bentuk ujian, ketika kita masih dalam kemelut.. kita tidak memahami keadaan itu. Ia akan jadi terlalu berat dan penuh dgn tanda tanya. Namun, apabila ia berakhir dan dihadiahkan hikmah yg cantik. Betapa kita bersyukur pd Allah ats ujian tersebut.
Orang kulit berminyak sentiasa membuat tanggapan sendiri yang mereka tidak boleh menggunakan face oil sebagai rejimen kecantikan mereka. Sis, boleh sahaja guna tapi mengikut kesesuaian produk dan jenis minyak itu!
Dilaporkan oleh Alodokter, face oil ini banyak manfaat buat mereka yang kulit berminyak. Ia digunakan untuk membersihkan dan merawat kulit wajah dengan memperbaiki struktur lapisan kulit yang telah rosak.
Kulit juga mendapat nutrisi dan juga kelembapan yang terjamin dari kegunaan minyak ini. Tapi anda perlu tahu apakah face oil itu selamat digunakan pada muka atau tidak.
Ini kerana kebanyakan minyak muka ini perlu anda pertimbangkan dari segi nisbah asid oleik dan asid linoleik. Oleh kerana kadar asid oleik yang tinggi boleh membentuk tekstur yang lebih tebal, ia tidakmampu menyerap ke dalam kulit malah boleh menyumbatkan pori-pori dan menimbulkan bintik hitam serta jerawat.
Tetapi minyak yang mempunyai kandungan asid linoleik yang tinggi lebih mudah diserap dan tidak akan menyumbatkan pori-pori di muka. Jadi macam mana nak pilih minyak yang sesuai serta noncomedogenic?
Ini adalah beberapa jenis minyak muka yang sesuai buat anda yang ingin mencuba teknik ini!
Sumber dari Canva
#1 Minyak Jojoba
Berasal dari pokok Jojoba atau Simmondsia Chinensis. Ia merupakan sejenis minyak yang mampu mengimbangkan pengeluaran sebum di muka. Kemampuannya juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka atau lapisan kulit yang rosak. Anti-radang dan antibakteria membuatkannya sebagai penghalang pertumbuhan jerawat.
#2 Minyak biji anggur
Terdapat kajian menyatakan minyak biji anggur kaya dengan vitamin E di mana ia boleh melindungi kulit daripada terdedah dengan radikal bebas dan cahaya matahari. Selain itu, minyak jenis ini bersifat antimikrob. Ia juga dapat melawan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan bisul dan jerawat pada muka.
#3 Minyak bunga matahari
Minyak dari bunga matahari juga sangat bagus untuk kegunaan kulit muka. Ia mampu menyembuhkan kesan terbakar yang ringan, mengurangkan masalah kulit kering, serta menguatkan dan membaiki lapisan kulit.
#4 Minyak rosehip
Kaya dengan kandungan provitamin A dan atioksidan, minyak rosehip boleh melindungi kulit daripada kesan keradangan, kerosakan sel, penuaan pramatang, serta mengurangkan risiko kanser kulit akibat radikal bebas yang mempunyai tekanan oksidatif dan sinaran UV.
#5 Minyak Marula
Tidak sahaja memberikan kelembapan pada kulit, minyak Marula boleh menyihatkan kulit serta membaiki sel kulit yang rosak dan cegah penuaan pramatang. Manfaat ini datang dari kandungan vitamin C, vitamin E, serta antioksidan yang di milikinya. Tekstur yang ringan dan lembut cepat sahaja boleh meresap ke dalam kulit dan tidak menyumbat pori-pori kulit.
Jadi anda boleh sahaja menggunakan teknik membasuh muka dengan face oil atau urut muka dengan minyak yang bersesuaian. Nak cantik haruslah kena usaha dan lebih peka! Selamat mencuba!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...