Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
1. Berikan udara
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Ads
2. Gantung menggunakan penyangkut baju
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
3. Sembur minyak wangi
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
Ads
4. Sabun buku
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
6. Minyak Essential
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai tambahan kepada faktor persekitaran seperti pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran, tabiat pemakanan anda juga mempunyai kesan yang ketara terhadap penampilan dan rasa kulit anda.
Puasa semakin menjadi trend pengamal-pengamal diet, terutamanya kerana beberapa pengamal perubatan alternatif mendakwa bahawa perubahan dalam diet boleh mencegah jerawat, kanser kulit, atau penuaan kulit dan berpuasa untuk meningkatkan kesihatan kulit adalah trend semasa. Beruntunglah anda yang beragama Islam kerana puasa bukan sahaja sebulan di bulan Ramadan malah dianjurkan pada hari-hari tertentu untuk berpuasa sunat.
Beberapa penyelidikan tentang cara puasa berfungsi dan apa yang dikatakan oleh pengamal dan profesional tentang trend baharu yang semakin meningkat ini. Sentiasa ingat bahawa sebelum menukar diet atau tabiat anda, anda harus meminta nasihat pakar yang boleh membimbing dan menilai sama ada anda membuat panggilan yang betul.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Idea yang terletak di sebalik amalan berpuasa menunjukkan bahawa badan menyahtoksik sendiri kerana terdapat penurunan dalam penggunaan kalori harian anda. Ini, seterusnya, membawa kepada penurunan paras kolesterol dan trigliserida dalam badan anda. Kajian terbaru meneroka faedah, kaedah ini pada pesakit dengan penyakit radang (seperti dermatitis atopik) dengan hasil yang sangat positif dan peningkatan yang ketara selepas melakukan pelbagai jenis diet, termasuk berpuasa.
Kajian lain mengenai kesan puasa nampaknya menunjukkan bahawa ia boleh membantu mengurangkan risiko kulit atau jenis kanser lain. Ternyata, puasa juga boleh membantu mengurangkan penyebaran sel kanser. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya dijalankan pada tikus makmal. Tetapi ia memberikan hasil yang menggalakkan kerana saintis melihat bilangan sel stem hematopoietik (HSC) berkembang.
Sel-sel ini adalah yang bertanggungjawab untuk mencipta sel darah baru. Hakikat bahawa terdapat lebih banyak HSC dan sel darah secara umum bermakna, dalam jangka panjang, sistem imun boleh melawan kanser dengan lebih cekap. Percubaan telah dibuat untuk mengekstrapolasi hasil penyelidikan ini kepada manusia, tetapi setakat ini tidak ada yang mencapai kesimpulan yang disokong oleh komuniti saintifik.
Bonus: Puasa kulit tidak sama dengan puasa, tetapi ia juga menjadi popular.
Puasa kulit adalah trend baru yang telah mendapat lebih ramai pengikut. Amalan ini tidak banyak kaitan dengan diet atau makanan, selain berkongsi nama. Sebaliknya, ideanya adalah untuk berhenti menggunakan begitu banyak produk dengan bahan kimia dalam rutin penjagaan kulit harian anda dan biarkan ia berehat selama beberapa hari atau minggu. Ia adalah sejenis detoks untuk kulit.
Teori yang menyokong kaedah pembersihan ini ialah kulit menghasilkan lemak sendiri, yang menghalang kehilangan kelembapan semula jadi. Walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong amalan ini, ramai orang telah menerimanya. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang perlu kita jelaskan. Satu-satunya perkara yang kita tidak boleh berhenti menggunakan semasa tempoh detoks ini ialah pelindung matahari.
Islam itu indah! Puasa menjadi trend kesihatan dan kecantikan pada pengamal-pengamal diet sihat. Apabila mesin proses makanan dalam badan direhatkan dari aktiviti makan, jadi ia berfungsi untuk memnbaikpulih system pemakanan anda. Jadi tidak mustahil apabila berpuasa badan dan kulit anda pasti akan menampilkan perubahan yang ketara.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Banyak sebenarnya petua kecantikan menggunakan bahan alami yang boleh kita dapati di laman sosial. Ramai yang berkongsi cara penjagaan wajah lebih selamat dan penggunaan kos yang jauh lebih murah. Seperti perkongsian wanita ini yang memberitahu petua daripada kiub timun untuk menghilangkan lebam bawah mata atau eye bag. Bukan itu sahaja, pemakaiannya juga turut menjadikan kulit muka lebih bersih, glowing dan sihat.
Menurutnya petua alami ini yang menggunakan timun dibuat dalam bentuk seperti kiub boleh diamalkan setiap malam dan hasilnya kulit wajah akan jadi cantik.
KULIT SIHAT CANTIK DAN GLOWING DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR.
hai uolls, hari ni ai nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan bahan yang digunakan
1 . Timun
2. Madu
3. Air bersih
Cara cara untuk buat ice cube ni ada pada setiap gambar . Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat .
Kisarkan bahan bahan tersebut sehingga lumut dan masukkan ke dalam peti ais dan bekukan .
Gosokkan selama 10minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.
Cara Membuatnya:
Bahan utama : Timun, air bersih dan madu.
Masukkam madu dan air ke dalam pengisar.
Kisar dengan lumat.
Masukkan timun yang dikisar kedalam bekas ice cube.
Taraa….. selepas dibekukan. Ready untuk kulit glowing sihat dan bersih.
Lepas guna timun, muka terasa amat segar dan liang liang pori makin mengecil.
Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
VIDEO PENUH:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan diberi pilihan dari segi pembayaran balik.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam kenyataan berkata, pelanggan boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.
“Mereka juga boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.
“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.
ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.
“Ini bermakna, pelanggan perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.
Bagaimanapun, katanya bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih dari 30 Jun 2020.
“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru bermula Julai 2020 dan seterusnya,” katanya.
Jika hendak faham lebih mudah cara pengiraan, baca perkongsian Akhtar Syamir ini.
Cara mudah nak kira faedah (interest) 6 bulan untuk pinjaman kereta bila ambil moratorium.
Perlu saya ingatkan, dapatkan kepastian dari bank dahulu. Perkiraan ini hanya perkiraan mudah.
3 benda je kita kena tahu: 1. Harga kereta 2. Tahun pinjaman 3. Kadar faedah (Contohnya 3%)
Kemudian kita dapatkan jumlah faedah :
Jumlah faedah = kadar faedah X harga kereta X tahun pinjaman
Akhirnya kita bahagikan je jumlah faedah tu dengan bulan pinjaman (tahun pinjam X 12).
Sebagai contoh.
Kereta Myvi 2020 1.5 H Automatic : RM50,290.00
Jumlah faedah 3% X 50,290.00 X 9 = RM13,578.30
Faedah bulanan 13,578.30 / 108 = RM125.73
Faedah 6 bulan RM125.73 X 6 = RM754.38
Faedah 6 bulan itu pula kita bahagikan dengan baki bulan pinjaman. Katakanlah ada lagi 5 tahun (60 bulan). Faedah 6 bulan tu bahagikan je dengan 60.
RM754.38 / 60 = RM12.57
Jadi, bayaran bulanan tu tambah je RM12.57 sebulan. Habis cerita.
Nampak tambahan faedah 6 bulan RM754.38 tu banyak? Cuba kira lagi dan ubah pandangan kita.
Siapa yang nak bagi pinjam RM3548.24 masa PKP ni? RM12 ringgit sebulan je kena tambah lepas 6 bulan tu.
Mungkin kepada yang sentiasa ada lebihan duit rasa macam rugi kena bayar 7 ratus lebih dari yang sepatutnya. Tapi buat yang gaji kena potong, yang overtime takde, yang diberhentikan kerja, yang tak dapat berniaga? 6 bulan tak perlu bayar pinjaman kenderaan tu amatlah diperlukan.
Bayangkan berapa banyak barang dapur dan rumah boleh dibeli dengan RM591 buat yang ada masalah semasa PKP? Takde timbul masalah tak cukup beras, ayam, ikan, susu dan lampin anak.
Kita selalu cakap orang kaya takde empati. Tapi bila kena kat kita, kita hanya fokus diri sendiri dan marah-marah. Sedangkan ramai yang dapat manfaat dari moratorium ni.
Sekadar memberi perkiraan ringkas supaya orang faham kelebihan moratorium itu lebih besar berbanding faedah 6 bulan yang kena bayar tu.
Kongsikan jika anda faham. Tak payah marah sangat, kalau rasa tak nak ambil, tak perlu ambil.
Saya nasihatkan, dapatkan pengiraan sebenar dari Bank sendiri untuk kepastian.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.