Jika sebelum ini viral pemakaian klip rambut digayakan usahawan, Vivy Yusof sebagai tambahan aksesori dalam berhijab. Malah ramai mengandaikan ia bakal jadi trend sempena Syawal ini. Selain klip rambut, rupa-rupanya pemakaian rubber band atau getah rambut digayakan pelakon dan pengacara popular Neelofa juga turut jadi perhatian netzien.
Ratu Trend ini bukan sahaja bijak menggayakan fesyen dalam penampilan, tetapi juga seorang yang sangat kreatif.
Justeru sempena untuk merai sambutan Syawal, pelakon ini telah muat turut video tutorial hijab hanya dengan menggunakan getah rambut untuk melilit tudung secara lebih kreatif.
Bukan sahaja cantik, tetapi juga sangat kemas lilitannya. Tanpa menggunakan jarum peniti atau kerongsang, hanya dengan ikatan getah rambut membuatkan gaya berhijab sangat mengagumkan.
Dari mata turun ke hati. Itulah ungkapan yang sering kita dengari. Akan tetapi, ini merupakan cara untuk anda jaga mata supaya tidak rabun teruk. Tahukah anda, jika anda mengikut peraturan 20-20-20 ini dapat membantu dalam menjaga deria mata anda.
Peredaran masa kini membuatkan kita banyak meluangkan masa di hadapan skrin. Oleh sebab itu, kebanyakan antara kita mempunyai masalah ketegangan mata. Kebanyakan dari kita meluangkan masa banyak di hadapan skrin seperti telefon pintar, televisyen atau tablet sehingga lupa akan kesan buruk yang boleh terjadi pada mata anda.
Jadi, anda tidak perlu risau kerana menurut hellodoktor, terdapat peraturan 20-20-20 yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ketegangan mata!
Bagi anda selalu melihat skrin, dinasihatkan supaya mengikuti peraturan yang disarankan oleh doktor ini bagi mengurangkan masalah ketegangan mata. 20-20-20 ini bermaksud, setiap 20 minit anda melihat skrin seterusnya anda harus melihat 20 kaki objek atau sesuatu benda selama 20 saat. Ia dirancang oleh seorang pakai optometris di California.
Semasa proses ini terjadi, individu itu akan dapat merehatkan mata selama 20 saat selepas melihat skrin 20 minit. Selain itu, bagi membantu anda melakukan aktiviti ini ialah:
Mata antara organ yang paling penting dalam kehidupan seharian manusia. Jadi untuk mengelakkan mata anda mengalami kesakitan yang tidak sepatutnya. Anda digalakkan supaya jaga mata dengan baik. Mata juga ingin digunakan lama, jadi hargailah mata anda. Jumpa doktor sekiranya memerlukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Sebenarnya dalam Islam sendiri anda menganjurkan kita untuk melakukan amalan-amalan dalam memelihara kecantikan wajah.
Tidak salah untuk menggabungkan regim kecantikan bersama dengan amalan-amalan seperti yang dianjurkan dalam Islam malah usaha untuk menjaga kecantikan menjadi lebih sempurna.
Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna.
Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dengan kehidupanya kini dan memohon doa semua agar perniagaanya, dapat memberi manfaat sama kepada orang sekeliling.
Malah, suri hati kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini juga mendedahkan bahawa hidupnya kini serba cukup dan sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar di dunia. Tumpuan Wawa kini lebih terarah kepada mengejar melakukan amal soleh untuk persiapan menghadapi akhirat.
“Impian Wawa untuk ada kereta dan rumah, alhamdulillah dah tertunai. Hidup kalau mewah sangat pun Wawa takut sebab risau ada yang terkesan bila tengok lifestyle atau posting kita di media sosial. Wawa ada kereta ke apa bukan niat menunjuk.
“Kami start bisnes kecil-kecilan sekitar tahun 2017 dari situ dapat beli rumah agak besar dan tak percaya sampai mampu beli tanah lot banglo.”
“Wawa tak ada apa lagi benda nak kejar, dah ada segalanya. Alhamdulillah boleh beli apa je. Wawa nak staf Wawa hidup senang boleh beli kereta mereka nak, leaders dan resellers berterusan rezekinya.
“Orang bahagia, Wawa bahagia. Memang jujur cakap, alhamdulillah Wawa dah ada semuanya berkat doa orang. Jadi, masa untuk bantu orang pula,” ujar penerima Nona Online Entrepreneur Award pada Nona Superwoman Award 2022.
Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki dari Ilahi, Wawa sentiasa berpijak di bumi nyata dan menjadikan ujian masa lalu sebagai panduan untuk terus melangkah maju mendalami selok-belok perniagaan.
“Waktu saya mula berniaga macam-macam dugaan terpaksa saya tempuh antaranya kena tipu dengan individu yang kononnya ada kilang OEM dan mereka mark-up sampai kami beli dengan harga yang sangat mahal. Paling terkesan, ratusan ribu ringgit duit kami ‘hangus’ begitu sahaja kerana terpedaya dengan orang tidak bertanggungjawab.
“Kami juga diuji apabila wujud pemikiran skeptikal segelintir pihak terhadap produk niaga artis yang dikatakan produk timbang kilo. Jadi, kami perlu meraih kepercayaan pelanggan yang bahawa produk Wawa Cosmetics ini berkualiti.
“InshaAllah Wawa Cosmetics akan mengecapi kejayaan demi kejayaan dengan doa dan restu. Bagi saya, ia sebenarnya berkait rapat dengan doa suami, keluarga dan amal jariah. Walau ada ketika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal, kena cari di mana silapnya. Mungkin kita ‘kekurangan’ dari segi rohani.
“Saya pun masih dalam proses memperbaiki diri dan buat benda yang boleh jadi magnet rezeki salah satunya dengan bersedekah serta buat kebaikan membantu orang dalam kesusahan. Saya percaya kebaikan ini akan memudahkan perjalanan kita. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudah urusan kita.”
Tambah Wawa, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokong minat isteri.
“Semua wanita yang dapat sokongan sepenuhnya dari suami, bisnes mereka makin berkembang maju. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kejayaan ini adalah kerana sokongan daripada suami sendiri dan saya tidak pernah rasa ia milik saya seorang. Saya rasa kalau suami tiada di sisi, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Dialah tulang belakang saya. Kadang saya rasa sedih, dialah yang akan bagi semangat. Jangan ada perasaan bahawa duit bisnes yang dapat ini milik kita seorang. Jangan sesekali ada sekelumit pun perasaan terbeban itu. Sebaliknya, tanam perasaan yang duit itu adalah duit bersama dengan keluarga.
Bila ada perasaan negatif akan timbul rasa ego dan perasaan ego tersebut mendorong untuk merendah-rendahkan suami. Bila ia terjadi, rezeki susah hendak berterusan. Kita kena anggap rezeki ini berkat doa suami dan saling berusaha,” jelansya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.