Tak dinafikan mmang stress jika mengalami masalah kuit yang teruk. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasinya dan masih belum pulih. Seperti perkongsian wanita ini yang mengalami masalah kulit wajah hampir 9 bulan tetapi tidak berputus asa dan akhirnya pulih setelah puas mencuba. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan harian serta produk yang digunakan di laman sosial untuk memastikan kulitnya kembali pulih.
Ini rupanya rutin harian penjagaan yang dilakukan oleh wanita ini yang menggunakan nama akaun @shafifiqa sepanjang 9 bulan merawatnya.
Kulit kembali pulih setelah 9 bulan.
Ads
Jenis kulit kering dan sensitif. Ini rutin penjagaan dan produk digunakan.
Ini pula cara untuk hilangkan parut yang berlubang.
Rutin penjagaan wajah selalunya diamalkan oleh kaun hawa, namun ini tidak bermakna kaum adam harus mengabaikan penjagaan kulit muka. Kulit wajah yang sempurna membina keyakinan diri seseorang dari luar dan dalam.
Percaya ke tidak hijabi? Kagum melihat kulit wajah pemilik akaun twiter @sy4meel selalu berkongsi rutin penjagaan kulit malah syameel sering menyarankan produk-produk yang sesuai bergantung pada permasalahan kulit individu.
Tetapi kalii ini hijabista ingin berkongsi semua produk penjagaan wajah Syameel melalui pautan akaun twitternya. Jom kita semak senarai barang penjagaan Syameel.
Jadi bukan satu kesalahan untuk kaum adam menjagaan kulit wajah kekal bersih dan tampan. Sekiranya andan mempunyai masalah kulit wajah, haruslah melabur sedikit wang agar hasilnya berbaloi. Malah anda mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan orang.
Jika anda biasa minum kordial, pasti akan terpandang wajah kanak-kanak yang menghiasi botol kordial jenama yang cukup dikenali ramai peminat kordial. Kini kanak-kanak yang menjadi ‘penghias’ botol kordial ini menginjak usia 22 tahun. Ketika menjadi penghias botol kordial tersebut, usianya baru lima tahun.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Ramai yang menyangka wajah kanak-kanak ini milik Liyana Jasmay. Senyumannya saling tak tumpah persis Liyana Jasmay. Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar kanak-kanak itu bukanlah Liyana sebaliknya milik Madihah Mohd Firdaus.Madihah Mohd Firdaus atau lebih mesra mesra dengan sapaan Dihah.
Pemilik sebenar wajah kanak-kanak itu sudah berubah menjadi seorang hijabi yang ayu dan menawan. Kecantikannya tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Menurut ibunya Fatimah Abdullah, dia mula membawa Madihah untuk menghadiri sesi uji bakat ketika Madihah berusia tiga tahun lagi. Akui Fatimah, dia sendiri tidak menyangka rezeki untuk menjadi penghias botol kordial jenama F&N ini berpihak kepada Madihah.
Madihah baharu sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Ampang. Gadis ini juga bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.
Sama seperti gadis lain yang seusia dengannya, Dihah juga gemar bermekap. Walau bagaimana pun untuk produk mekap, Madihah akan selektif. Mungkin kerana gadis ini memiliki kulit wajah yang agak sensitif. Madihah mengakui bahawa dia gemar belajar mekap melalui Youtube.
“Saya sukakan solekan glam. Bermain dengan warna-warna solekan seakan memberi kepuasan ketika ‘menconteng’ wajah. Warna-warna coklat menjadi pilihan saya. Ketika bersolek, saya akan lebih memberi tumpuan solekan pada bahagian mata. Untuk bahagian mata biasanya saya suka mengaplikasikan gaya solekan ‘cat eye.’
“Sebenarnya saya mula berminat dengan dunia mekap sejak masih kecil lagi. Ketika itu ibu saya mahir mekapkan pengantin. Pendek kata saya sudah mula didedahkan dengan dunia solekan sejak usia saya masih ‘hijau’ lagi. Ibu saya pun tidak kisah bila saya bermain-main dengan peralatan mekapnya,” cerita Madihah.
Untuk pilihan baju raya pula, gadis manis ini sukakan gaya fesyen yang ringkas namun tampak elegan. Sesuai dengan usianya yang muda, Dihah gemar bergaya terutama untuk ‘rakaman’ OOTD di laman Instagramnya yang kini mempunyai lebih 33,000 pengikut.
“Saya sukakan warna-warna nude, pastel, coklat dan juga merah jambu lembut. Yang pasti rekaan fesyennya serba ringkas dan tidak terlalu sarat.
“Hijab pula, saya lebih sukakan hijab daripada fabrik mix satin dan juga sifon. Kedua-dua fabrik ini menjadi pilihan saya kerana ia mudah dibentuk dan jatuh terletak ketika digayakan."
UNTUK ARTIKEL PENUH, DAPATKAN MAJALAH HIJABISTA VERSI E-MAGAZINE. MUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
Anak perempuan kepada usahawan terkemuka Sendayu Tinggi, Noor Hayati Kamarzaman (Yatie) menzahirkan rasa kesal, apabila pembantu rumah mertua telah melarikan barang kemas milik ibu mertuanya.
Sehubungan itu, Yatie telah meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki amah tersebut dan bersetuju menawarkan ganjaran kepada individu yang berjaya memberkas pembantu rumah berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yatie menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, dengan mendedahkan wajah serta nama suspek yang dikenali sebagai Citra.
“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar bernama Citra, sila hubungi saya,”tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Mengulas isu sama, pengasas Sendayu Tinggi yang juga ibu kepada usahawan berkenaan, bonda Rozita Ibrahim turut berkongsi entri sama kepada pengikut di laman sosial miliknya serta memaklumkan barang kemas bernilai RM 300,000 milik besanya telah dibawa lari oleh suspek.
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menurut Rozita lagi, suspek bukanlah pembantu rumah baharu. Malah, telah berkhidmat selama tiga tahun dan mendapat layanan yang cukup baik serta dianggap sebagai sebahagian dari keluarga besan dan anak menantunya.
“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah. 3 tahun bekerja menjaga mak mentua Yatie. Tergamak betul mencuri,” luahnya.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.