Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre.
Ia terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster.
Kesemua program itu boleh ditonton bermula pada malam raya menerusi platform Astro termasuk televisyen, radio dan digital.
Meneruskan tradisi tahunan, Astro turut membawakan sebuah iklan komersil ‘Ada Apa Dengan Masa’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative. Ia diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.
Ads
‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian.
Dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Ads
Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi.
“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini.
“Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.
“Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati cita rasa semua,” jelas Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada pada tahap sekarang.
Puas sudah menangis, berkat kesabaran dan ketabahan akhirnya Juara Akademi Fantasia musim ke-5 ini bukan hanya bergelar usahawan hebat di Malaysia malah berstatus jutawan!
Bersama suami tercinta, pemilik nama penuh Nursyamila Jirin ini berjaya membangunkan perniagaan berkaitan pengurusan perkahwinan dan katering di bawah Bizmilla Catering.
Malah, Mila yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM50 juta setahun.
“Ada masa saya menangis..” kongsi Mila menerusi Instagram miliknya.
“Terkadang terfikir, kenapa saya tak berada di pentas besar menyanyi seperti yang saya impikan dulu.
“Tapi suami saya selalu tenangkan, rezeki Allah itu luas…pentas rezeki kita di sini sebagai usahawan.”
Sentiasa mengenang jasa suaminya sebagai insan yang sentiasa ada bersamanya saat susah dan senang, Mila menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berjaya mengharungi segala cabaran bersama-sama.
“Dia mula bimbing saya berniaga sejak usia 20 tahun. 2008 buka event management sama sama, drive kereta bawak saya ke sana ke sini, sama-sama jual baju kurung.
“2009 buka restoran sama-sama, masak, cuci toilet, basuh pinggan, sama-sama nangis. Tak tidur setup pelamin, goreng ayam, masak catering, delivery sana sini. Semuanya kami buat sama-sama.”
Ibu kepada seorang anak ini turut mengimbau detik bagaimana dia dan suami mula rapat dan cinta berputik yang akhirnya membawa mereka ke fasa perkahwinan.
“Dari sahabat jadi rakan kongsi perniagaan. Sebab dah terlalu BBF sampai tak tahu bila mula jatuh cinta…tahu-tahu, terus dilamar melalui ayah saya. Itulah perjalanan cinta & perjuangan kami.”
“Sekarang, Alhamdulillah dari 2013 kami bina Bizmilla bersama. Kini 20 dewan banquet Bizmilla, dari bekerja berdua hingga kini Alhamdulillah lebih 250 team dengan payroll hampir RM1 juta sebulan, dan Bizmilla menjadi pioneer dalam Wedding Centre “All in one” yang telah bantu ribuan pasangan capai impian majlis perkahwinan mereka dengan lebih mudah dan affordable.”
Menjawab persoalan ramai, Mila turut berkongsi pengalamannya sepanjang bekerjasama dengan suami menguruskan bisnes.
“Mudah ke bisnes suami isteri? Tak mudah. Tapi sangat indah.
“Paling penting ada sefahaman, saling sokong dan mendokong visi dan misi. Sering cari kelebihan pasangan dan tidak sesekali bawa masalah kerja atau bisnes hingga ke dalam bilik tidur.
“Dan walau Encik Suami CEO di pejabat, dia tetap menghormati saya di office.Sering tanya pendapat saya sebelum buat sebarang keputusan. Kami di office pun tak pernah keluar nama-nama manja sebaliknya “Encik / Puan” Masuk kereta barulah tukar nickname manjeeeer.”
Tambah Mila lagi, dia dan suami pernah juga bergaduh kerana itu adalah lumrah bagi pasangan suami isteri.
“Bergaduh tak??? Kami jarang gunakan terma “Bergaduh” sebaliknya “Berbeza pendapat”
“Dalam berniaga bersama pasti berbeza pendapat Sentiasa raikan pendapat pasangan dan neutral dalam digest pendapat masing-masing. Jadi pendengar yang baik bukan pengkritik yang hebat.”
Semoga Mila dan suami kekal bahagia seterusnya sukses membangunkan empayar perniagaan bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidur siang ialah rutin yang jarang dilepaskan oleh mereka yang mempunyai banyak masa lapang di tengah hari. Selain itu, rutin ini sering dilakukan untuk menghilangkan keletihan selepas melakukan aktiviti harian yang berat.
Tidur siang adalah idealnya 10 hingga 30 minit. Kerana menghabiskan terlalu banyak masa tidur siang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan anda, daripada sakit kepala kepada obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Jikaandadapatmemanfaatkanmasa tidur siang anda,andaakanmendapat banyak faedah,andatahu.Mengenaisegala-galanya,bukan?
1.Meningkatkan Daya Ingatan
Tidur sebentar boleh meningkatkan ingatan seseorang, walaupun untuk perkara yang baru mereka pelajari. Selain itu, tidur siang juga memainkan peranan dalam penyelenggaraan ingatan yang berkaitan dengan kemahiran motor, persepsi deria, dan ingatan lisan.
Tidur siang juga membantu mencegah penyakit seperti demensia.
2.Meningkatkan mood
Mood buruk sukar dicegah dan boleh muncul tanpa diduga. Selain daripada makan makanan yang boleh meningkatkan mood anda, seperti coklat, terdapat cara lain untuk meningkatkan mood anda dan itu adalah dengan tidur sebentar.
Adalah dipercayai bahawa tidur siang sebagai satu bentuk aktiviti relaksasi boleh membuatkan seseorang berasa kembali bertenaga.
Mereka yang bekerja mempunyai perasaan bahawa tiada hari tanpa tekanan, terutamanya dalam menghadapi beban kerja yang berat dan tuntutan yang tidak berkesudahan. Oleh kerana itu, ramai yang mencari cara untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan di bawah tekanan.
Cara menggunakan masa rehat dengan tidur sebentar. Tidur siang selama 30 minit dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan sistem imun.
Selain pelbagai aktiviti yang boleh merehatkan badan seperti meminum teh chamomile untuk menganjalkan badan. Tidur siang selama 30 minit secara tetap antara 1 ptg dan 3 ptg juga boleh meningkatkan kualiti tidur pada waktu malam.
Sejak akhir-akhir ini, ramai artis wanita yang memilih untuk mengenakan hijab. Peminat juga semestinya memberikan sokongan yang padu dan mendoakan yang terbaik untuk artis kesayangan mereka.
Penampilan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli juga kini menjadi perhatian ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak lelaki mereka iaitu Aqeef Anaqi.
Ramai yang merasakan Amyra kini memilih untuk berhijab dan penampilan di rancangan Meletop bagi mempromosikan drama lakonan terbarunya iaitu Cemburu Seorang Perempuan menguatkan lagi andaian itu apabila dia tampil bertudung seiring dengan wataknya dalam drama tersebut.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.”
Cantik betul apabila melihat penampilan Amyra yang bertudung ini. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik buat si jelita Amyra ini. Amin.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.