Produk petroleum jelly memang cukup popular dalam kalangan kaum wanita. Produk ini digunakan untuk kecantikan serta penjagaan diri seperti mahu melembutkan atau jadi pelembap bibir. Antara produk popular adalah dalam botol kecil warna kuning, Vaselin. Sebenarnya ramai yang tidak tahu Vaselin ini mempunyai banyak kegunaannya. Bukan hanya dipakai untuk bibir tetapi juga berfungsi untuk kegunaan lain.
Menerusi thread pengguna laman sosial di laman twitter menggunakan akaun nama @kakakmanis berkongsi 30 cara dan kegunaan Vaseline yang kita tidak tahu. Produk ini selain menjimatkan dan murah ia juga boleh digunakan dalam pelbagai kelebihan.
Ini dia 30 kebaikan Vaselin yang murah dan menjimatkan.
Untuk bulu mata, sapukan sebelum masuk tidur. Dan kalau nak bahagian kaki lembut macam baby.
Kegunaan untuk siku yang hitam atau kering. Sapukan setiap hari, lama-lama akan hilang. juga manfaat untuk mencantikkan kuku anda.
Untuk bibir, jimat tidak perlu beli lip gloss, sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
IKLAN
Juga untuk pastikan minyak wangi tahan lama dan berfungsi sebagai pelembap jerawat.
Untuk yang mengalami kulit muka kering juga boleh sapukan saja. Sama juga untuk mengatasi masalah lutut kering atau hitam.
Jangan tak tahu Vaselin juga boleh digunakan sebagai skurb badan dan untuk elakkan gigi jadi kering.
IKLAN
Juga berfungsi untuk elak gincu terlekat pada gigi, boleh juga dijadikan pelincir sewaktu mengurut.
Boleh dibuat krim malam dengan panaskan sehingga cair. pakai di muka sebelum tidur. Turut berfungsi sebagai makeup remover.
Jadikan pipi glowing dan juga bertindak sebagai blusher.
IKLAN
Lagi kegunaannya adalah untuk tanggalkan cincin, cantikkan kening dan bagi memastikan bulu mata lebih berkilat serta kalis air.
Untuk rawat kulit lepas bercukur dan juga mudahkan memakai anting-anting.
Paling best boleh besarkan paydara dengan sapukan Vaselin setiap hari sebelum tidur.
Paling last kegunaannya melebatkan rambut dan elak bercabang.
Bersaing di peringkat adalah suatu benda yang sukar buat seseorang. Kepandaian serta strategi untuk menonjol itu perlu mahir pada seseorang individu itu untuk lebih tertampil kehadapan dari yang lain.
Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan lagi dengan kemenangan seorang gadis berumur 17 tahun dari Sabah dalam Pertandingan Menulis Puisi Haiku anjuran Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina. Pelajar dari kolej Vokasional Keningau, Sabah ini membuktikan lagi kehandalan pelajar tempatan.
Hebat! Kalahkan ramai peserta dari beberapa negara
Sumber dari Dr Sirhajwan Idek
Kemenangan dari seorang gadis, Siti Nur Hanisah Omar Hashim yang berumur 17 tahun telah menangangkat nama Malaysia pada peringkat antarabangsa selepas menjadi juara dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering‘ yang dianjurkan oleh Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina.
Lebih dikenali sebagai Hanisah, merupakan seorang pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Keningau di Sabah. Dia mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Menurut laporan di SabahMedia, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Encik Johari @ Jaibet Sabin menjelaskan bahawa Hanisah menjadikan ibu dan bapa serta suasana sekolahnya sebagai sumber inspirasi. Terhasil dari itu, dia berjaya menghasilkan 10 puisi haiku yang dipersembahkan melalui saluran Youtube Dr Sirhajwan Idek.
Dia difahamkan menjalani beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan pantauan oleh jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat. Bukan berlatih biasa, tetapi dia berlatih secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet sahaja.
“Haiku merupakan puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar pusi tersebut,
“Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi,” begitulah penjelasan Encik Johari dalam satu kenyataan semalam berkenaan kemenangan pelajar di kolej vokasionalnya.
Pihak kolej Vokasional Keningau, Sabah turut berbangga atas kejayaan yang diperoleh oleh Hanisah dan mengucapkan tahniah buatnya. Sebagai pengarah Kolej Vokasional itu, Encik Johari mengharapkan agar lebih ramai pelajar yang mampu menghasilkan karya seni serta memelihara budaya serta menguasai bahasa Inggeris.
Awal bulan Mac ini menyaksikan beberapa selebriti menamatkan zaman solonya dengan pasangan pilihan hati masing-masing. Selepas Fasha Sandha, diikuti Bella Dally dan hujung minggu lalu menyaksikan pula pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujangnya. Hanya dengan sekali lafaz, pelakon cantik ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 tahun.
Majlis yang dilakukan secara tertutup hanya dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat di sebuah hotel terkemuka di di sini petang Sabtu lalu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid.
Dan seperti biasa jika ada majlis perkahwinan, pastinya pakaian digayakan selebriti yang menjadi tumpuan. Jika Bella Dally menggabungkan pants dan dress untuk majlis resepsi, busana Nelydia juga turut ada keistimewaan tersendiri.
Dalam majlis berkenaan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen kellihatan begitu anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail.
Begitu juga ketika di majlis persandingan pula menyaksikan Nelydia tampak sangat menawan menggayakan busana rekaan duo tersohor Rizman Ruzaini. Penampilannya malam itu sangat mencuri tumpuan apabila menggayakan dress mewah rona pastel.
Menjadikan penampilannya malam itu bak puteri dengan batuan serta manik mutiara yang dijahit tangan sendiri dengan rekaan silhouette klasik menggunakan tulle yang eksentrik.
Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu setahun yang lalu dan pelakon ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Allah termasuk makbulkan doanya ketika di tanah suci berkaitan urusan jodoh.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
Awal tahun ini sahaja menyaksikan beberapa rakan selebriti yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Antaranya penyanyi yang mencipta nama di luar negara, Yuna, anak pemilik empayar jutawan terkemuka, S.M Faliq dan Chryseis Tan, Niena Baharun, Dynaz dan yang terbaru adalah Shila Amzah. Rata-rata pasangan selebriti ini memilih busana yang cantik dan menarik untuk digayakan di hari bahagia. Ada yang memilih konsep tradisional dan ada juga yang lebih selesa menyarung persalinan moden. Walau apa jua busana digayakan, tetap menyerlahkan seri pengantin baru. Semoga perkahwinan mereka ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Ayuh, saksikan OOTD selebriti di majlis pernikahan dan juga resepsi mereka.
1. YUNA -Jan 2018
Majlis Pernikahan – memilih dres rona putih dengan turban
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.