Siapa yang tidak mengenali Dato’ Seri Aliff Syukri terutamanya apabila Syawal bakal menjelma? Selepas hadir dengan lagu raya Jom Raya, duet bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana, tahun ini selebriti serta usahawan viral ini menghadiahkan sebuah lagu raya baru, Kelepak Kelepuk Raya!
Menariknya tentang Kelepak Kelepuk Raya ini, ia adalah sebuah lagu duet gandingan bersama isteri tercinta Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Menurut Datin Shahida dalam perkongsiannya di laman Instagram, lagu raya terbaru ini tentang pasangan suami isteri yang bergaduh di pagi raya.
Lagu ini kisah suami isteri bergaduh di pagi raya sebab nak balik kampung siapa dulu
Dalam perkongsiannya itu, Datin Shahida turut memuat naik sebuah video pendek proses rakaman lagu terbaru ini. Apa yang menjadi fokusnya, apabila Datin Shahida tidak berpuas hati apabila Dato’ Seri Aliff menegur cara nyanyiannya.
Ads
“Layak ke dia ajar saya menyanyi?”
Tambahnya lagi, dia sebenarnya dipaksa oleh Dato’ Seri Aliff untuk menyanyikan lagu ini bagi menjayakan proses rakaman Kelepak Kelepuk Raya.
Saya kena paksa menyanyi. Saya turutkan sahaja. Tapi, InsyaAllah bahagian saya semua yang murni-murni sahaja
Sebelum itu, beberapa klip dari video muzik Kelepak Kelepuk Raya menjadi viral dan mendapat perhatian bonda Dato’ Seri Aliff sendiri yang dikenali sebagai Bonda Rozita. Tidak sabar dengan sikap anak lelakinya itu yang kelihatan begitu rancak menari bersama-sama dengan beberapa penari lelaki, Bonda Rozita memuat naik video amaran kepada anaknya itu di laman Instagramnya.
“Syukri, kau tu dah besar tau. Kalau mak boleh kelepak kelepuk kau. Siap kau. Kalau mak berjoget macam tu malu tak? Malu tak dapat mak macam tu?”
Rata-rata dari netizen ramai yang menyokong Bonda Rozita dan tidak selesa melihat Dato’ Seri Aliff menari begitu di dalam video muzik barunya itu.
Ads
“Kecewa gila lah dengan video klip alip sukri tu..jangan halalkan benda maksiat. Perempuan berpakaian lelaki. Lelaki pula bermakeup bagai terliuk lentuk menari..Allahu marketing pun agak-agakla. Bonda perlu tegur anak bonda tu maaf ye kalaua ayat saya terkasar,” komen Dahlianick20.
“Iya la bonda..Cuba la pakai baju yang elok..saya pun hairan kenapa kena pakai baju singlet tu..ala hai..,” komen Wawaismile.
“Kenapa kena penari yang macam tu eh??Rasa menyirap sangat..Bertabahlah bonda..,” kata Ms.Reen_ur
Bakal dilancarkan pada hari ini, video muzik Kelepak Kelepuk Raya boleh ditonton pada jam 12 tengah hari ini di saluran Youtube TV Terlajak Laris.
Umum sedia maklum baru-baru ini usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama pasanganya yang juga seorang ‘influencer’, Syafiqah Aina telah menyewa sebuah kapal terbang terbang khusus untuk membawa staff Ainaa Beauty, orang susah, anak yatim dan warga OKU menunaikan umrah.
Lebih menarik lagi, Hafiz mendedahkan sejak menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah, dia mempunyai satu hobi baharu yang sering dilakukan usai menunaikan solat di dua Tanah Suci tersebut iaitu mengambil peluang mengusung jenazah mereka yang meninggal di sana.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Hafiz mahamad sendiri menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok miliknya, dalam video itu Hafiz mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga hobi baharu sepanjang berada di Mekah!
Menurutnya, selain gigih berusaha dan merebut peluang mengangkat jenazah, Hafiz
juga sentiasa berusaha merebut peluang solat di kawasan ‘Raudah’ yang dikenali sebagai ‘Taman-Taman Syurga’ serta kerap menziarahi makam baginda nabi Rasulullah saw.
“Antara perkara yang saya tidak akan lepaskan peluang adalah ziarah
makam Nabi Muhammad, solat di dalam Raudhah dan satu lagi saya akan
rebut peluang untuk angkat jenazah.
“Setiap kali saya pergi Madinah atau Makkah, selepas menunaikan solat
saya akan usahakan untuk angkat jenazah.
“Pahala angkat jenazah ini besar. Cumanya kalau nak ambil peluang itu
kena pandai cari tempat yang betul,” kongsi Hafiz menerusi beberapa
hantaran di Instagram Stories miliknya.
Selain itu, suami kepada Syafiqah Aina itu juga dalam diam menyimpan hasrat untuk dikurniakan rezeki menghembuskan nafas terakhir dan menemui pengakhiran yang baik di Tanah Suci, Mekah.
“Meninggal dunia di bumi Makkah adalah satu rezeki yang besar. Kita kena
minta-minta tau meninggal dunia dekat sini (Madinah), namun sekarang
minta dipanjangkan umur dulu supaya dapat berbakti kepada agama.
“Saya tengok ramai yang ambil peluang untuk usung jenazah, confirm
mereka yang meninggal ini insan-insan syurga. Insyallah. Berjuta orang
yang mendoakan jenazah yang meninggal di sini. Subhanallah,” ujarnya.
Adakah anda memiliki tona kulit yang gelap? Jika ya, mencipta rutin penjagaan kulit yang disesuaikan dengan jenis kulit sama ada berminyak, gabungan ataupun kering bukannya mudah. Malah ia juga sangat penting ketika menguruskan penjagaan wajah sendiri. Tetapi adakah anda tahu bahawa penting bagi mengekalkan tona kulit untuk jadi lebih seimbang ketika menyusun rejimen kecantikan?
Menurut Akademi Dermatologi Amerika (AAD), mereka yang mempunyai warna kulit gelap mungkin perlu penjagaan kulit yang khusus. Jika anda mempunyai kulit yang lebih gelap, simpan tip kecantikan ini untuk membantu menjaga kulit anda supaya tampil lebih tip-top.
Kulit yang lebih gelap boleh kelihatan seperti tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, mulakan hari anda dengan pembersih lembut, seperti air micellar. Air micellar lengkap untuk kulit normal ke kering adalah pilihan pembersihan tanpa bilas yang membantu menghidrat dan melegakan.
Dikuasakan oleh molekul micelles-minyak kecil-yang bertindak sebagai magnet untuk membantu melenyapkan kotoran dan minyak ke atas dan jauh dari kulit anda.
Sebaik sahaja selesai membersihkan wajah, pilih pelembap yang direka untuk jenis kulit anda dan sapukan pada kulit yang lembap, kerana ini dapat membantu mengunci penghidratan.
L’Oréal Paris Hydra Genius Penjagaan Cair Harian untuk Kulit Normal / Berminyak, L’Oréal Paris Hydra Genius Penjagaan Cair Harian untuk Kulit Normal / Kering, dan L’Oréal Paris Hydra Genius Penjagaan Cecair Harian untuk Kulit Kering Ekstra dirumus dengan asid hyaluronik dan air lidah buaya agar dapat membantu memberikan penghidratan yang berkekalan.
Kulit yang lebih gelap boleh menjadi lebih sensitif terhadap exfoliants kimia, jadi perhatikan bagaimana kulit anda bertindak balas apabila mengelupas. Sesetengah orang boleh mengatasinya hanya beberapa kali atau seminggu sekali. Apabila menggunakan skrub pengelupasan, urut dengan menggunakan gerakan bulatan yang lembut dan mulakan dengan menggunakan pengelupasan lembut satu kali seminggu untuk melihat bagaimana reaksi kulit.
Melihat bintik gelap sejak kebelakangan ini? Nah, nada kulit yang lebih gelap boleh menyebabkan berlakunya perubahan warna yang ketara. Salah satunya menggunakan serum yang boleh membantu kulit kelihatan lebih bercahaya serta-merta dan membantu memudar rupa bintik-bintik gelap dengan penggunaan berterusan. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas pembersihan.
Oleh kerana warna kulit yang lebih gelap akan mengalami perubahan warna yang ketara, pastikan gunakan SPF spektrum luas setiap pagi sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda. Tempoh terdedah pada matahari yang berpanjangan tanpa perlindungan boleh menyebabkan kerosakan, yang boleh muncul sebagai tanda penuaan yang kelihatan seperti bintik gelap. Oleh itu, melindungi diri anda dengan menggunakan SPF spektrum luas 15 atau lebih tinggi setiap hari.
Menurut Yayasan Kanser Kulit, anda boleh terbakar walaupun pada hari-hari mendung, jadi penting untuk memakai krim pelindung ketika hujan juga.
Ingat untuk memakainya semula setiap dua jam (lebih kerap jika anda pergi berenang, tuala, atau peluh berlebihan) kemudian teruskan dan sapukan pelembap dengan SPF.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang ingin menurunkan berat badan, tetapi tidak ramai yang berazam tinggi seperti Nur Afiqah Syaqira. Afiqah yang muat turun status di laman facebook yang kini sudah langsing membuatkan ramai terpegun dan mahu menjadi seperti dirinya.
Makan lemak untuk membuang lemak adalah antara cara Afiqah turun dari berat asal sebanyak 70 kg kepada 55 kg. Dengan berbekalkan 3 MOTO ini, KUAT SEMANGAT, DISIPLIN dan KONSISTEN, Afiqah kongsi cara dia diet tanpa berlapar dan paling pending konsisten.
Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. Afiqah memang jenis jarang minum manis jadi tiada masalah untuk berhenti ambil gula. Bagi yang suka minum manis jangan terus berhenti, tapi kurangkan dahulu.
“Kalau rasa nak minum manis cuba kunyah gegula Mentos atau chewing gum (sugar free).”
“Dulu saya makan 2 atau 3 pinggan ok hahahahaha! Pastu saya cuba kurangkan sepinggan dan sekarang setengah pinggan sahaja. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa.”
Lebihkan lauk seperti dada ayam atau ikan dan sayur. Kalau lapar waktu petang boleh makan buah atau kekacang. Malam Afiqah tidak makan, sekiranya lapar, minum green tea dan disarankan tidur cepat. Boleh juga makan buah, telur rebus atau salad. Tetapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari-hari makan kena ON TIME ok!
Boleh cuba Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. Afiqah minum semasa makan sebab green tea ini boleh menghalang penyerapan lemak selain meningkatkan kadar Metabolisme badan.
“Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA.”
Bagi Afiqah untuk kurus, dia tidak perlu ambil apa-apa supplemen yang menjanjikan kurus tetapi mempunyai kesan sampingan. Katakan NO SUPPLEMENT kurus!
“Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI.”
Letaklah sahaja wallpaper model ramping yang cantik sebagai pembakar semangat untuk anda. Boleh juga jika mahu letakkan gambar dirinya – seloroh Afiqah.
Afiqah jarang melakukan exercise kerana ketiadaan masa, tetapi masa kerja Afiqah banyak bergerak dalam kawasan pejabat. Afiqah sarankan sekiranya ada kelapangan boleh lakukan workout ringan asalkan berpeluh.
“Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2 atau 3 bulan dah boleh turun 10kg hingga 15kg.”
“Wajib ok! Air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun tiada masalah. I tak pakai apa-apa skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu.”
Cuma rajin-rajinkan diri minum air putih ya. Bermula dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana-mana atau belilah kalau lupa nak bawak.
7 makanan yang diamalkan selepas turun berat badan sehingga kini, Afiqah tidak culas dengan hasil yang ada sekarang tetapi tetap berusaha untuk terus kekal lansing.
Ikan seperti salmon dan tuna merupakan sumber lemak yang baik. Ikan-ikan ini mengandung omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan atau jantung kita.
Lemak ini juga dapat menjaga fungsi otak, ianya memberi manfaat yang sangat baik, terutama ketika usia kita sudah meningkat tua. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil lemak baik ini mendapat kesihatan lebih baik, dengan risiko mengalami penyakit jantung, depresi, dan demensia yang lebih rendah.
American Heart Association (AHA) menganjurkan untuk mengambil kira-kira dua bahagian ikan berlemak dalam satu minggu, dengan satu bahagian kira-kira 80 gram atau sebesar tapak tangan. Cadangan cara masakan ialah dipanggang atau direbus.
Buah alpukat mengandungi 70% lemak yang disebut sebagai oleic acid. Kandungan lemak ini sangat baik untuk kesihatan jantung dan dapat membantu meringankan gejala osteoarthritis.
Selain itu, avokado juga kaya dengan kalium dan serat. Kajian menunjukkan bahawa avokado dapat membantu menurunkan kadar ‘lemak jahat’, dan meningkatkan kadar ‘lemak baik’ dalam tubuh. Buah ini dapat membantu penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Biji labu, biji bunga matahari, dan bijan mengandung lemak yang dapat mengurangkan kadar kolesterol. Secara umum, lemak yang berasal dari tumbuhan lebih baik dari lemak yang berasal dari haiwan. “Lemak jahat” biasanya berasal dari daging, produk susu, dan beberapa jenis makanan yang telah diproses. Adalah penting untuk kita pastikan dan selalu memperhatikan label pada makanan untuk melihat jenis lemak dan berapa banyak lemak yang terkandung di dalamnya. Elakkan mengambil lemak jahat dan hindari mengambil lemak trans.
Kekacang baik bagi tubuh badan kita. Sebagai contoh, kacang soya mengandungi omega-3 yang selain sihat, juga dapat membantu mengatur mood; kacang walnut mengandungi lemak yang baik bagi jantung. Selain itu, kekacang juga kaya dengan vitamin E dan magnesium.
Kajian ada menunjukkan bahawa orang yang mengambil kekacang cenderung kelihatan lebih sihat dan terhindar dari obesiti, penyakit jantung, dan diabetes tahap 2. Akan tetapi, perlu diingat, walaupun kekacang baik bagi tubuh, kita disarankan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan. Bahagian yang disarankan adalah sekitar 30 gram, atau kira-kira 7 kacang walnut, 24 kacang badam, 35 kacang tanah, atau 18 kacang gajus.
Disarankan juga menggunakan minyak zaitun ketika memasak atau membuat salad sebagai dressing. Minyak ini mengandungi lemak yang menyihatkan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki keseimbangan kolesterol. Selain itu, minyak ini juga mengandung vitamin E, vitamin K, dan antioksidan. Kandungan antioksidannya yang tinggi dapat membantu menekan inflamasi. Akan tetapi, diingatkan untuk tidak menggunakannya terlalu banyak. Gunakan sedikit sahaja dan jangan dipanaskan pada suhu yang tinggi kerana ini akan merosakkan khasiat pada minyak tersebut.
Bayam dan kubis merupakan contoh sayur-sayuran yang kaya akan omega-3. Pengambilan sayur jenis ini setiap hari sangatlah menyihatkan, selain kerana nutrisinya, kandungan serat di dalamnya juga sangat baik dan diperlukan bagi proses pencernaan. Tambahkan pula ikan ke dalam menu seharian kita. Sayur-sayuran biasanya hanya mengandungi beberapa bahagian dari omega-3 yang terkandung dalam ikan.
Terdapat banyak produk makanan yang biasa mengandung omega-3 tambahan. Contohnya seperti susu, telur, dan roti. Telur merupakan sumber protein yang mudah didapati. Selain itu, telur mengandungi lemak yang menyihatkan. Omega-3 yang terdapat pada makanan ini lebih menguntungkan daripada omega-3 yang kita dapatkan dari suplemen. Ia berbentuk nuetral. Kita disarankan mengambil putih telur sahaja dalam program menurunkan berat dan kuning telur dielakkan kerana mempunyai nilai kalori dan lemak yang tinggi.
Sumber: Nur Afiqah Syaqira dan Helo Sehat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.