Ameena Khan face off Loreal campaign

Aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Minyak wangi boleh membantu untuk membuatkan hijabi untuk menjadi lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Namun ada juga cara untuk yang berhijab kekalkan keharuman dengan semburan minyak wangi.

Tidak hairanlah minyak wangi sentiasa ada di dalam tas tangan hijabi. Terdapat pelbagai jenis minyak wangi dan bau – bau yang dikeluarkan juga adalah berbeza mengikut citarasa orang ramai.

1. Tempat Simpanan Minyak Wangi

Sumber gambar: Blog Yoy cart

Mudah sahaja untuk kekalkan wangian tahan lama, pastikan tempat penyimpanan minyak wangi adalah betul. Minyak wangi anda berada di tempat yang sejuk, kering serta jauh daripada sinaran cahaya matahari dan juga sumber cahaya seperti lampu dan tingkap. Tidak boleh menyimpan minyak wangi di tempat yang lembab seperti bilik mandi kerana ia boleh menghilangkan bau serta merosakkan kualiti minyak wangi.

2. Jangan Sembur Terus Di Pakaian

Anda digalakkan menggunakan minyak wangi sebelum mengenakan pakaian di badan kerana minyak wangi akan kekal lebih lama apabila dikenakan terus di tubuh badan. Hal ini kerana, minyak wangi akan diaktifkan oleh haba semulajadi di tubuh badan dan akan membuatkan wangian tersebut kekal lebih lama berbanding menyembur minyak wangi pada pakaian anda. Selain itu, menyembur minyak wangi secara terus kepada pakaian juga akan menyebabkan pakaian menjadi kotor.

3. Sembur Minyak Wangi Pada Sasaran Yang Betul

Menyembur minyak wangi pada badan, sebenarnya perlu disembur pada tempat – tempat tertentu untuk mendapatkan kesan yang tahan lebih lama. Tempat yang terbaik adalah untuk menyembur pada titik nadi badan. Anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pergelangan tangan, siku dan juga belakang lutut. Dengan cara ini, minyak wangi akan tahan lebih lama dan baunya juga akan berkekalan.

IKLAN

4. Guna Pelembab Sebelum Mengenakan Minyak Wangi

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa minyak wangi akan berkekalan lebih lama apabila disemburkan kepada kulit yang berminyak berbanding kulit yang kering. Cuba untuk melembapkan kulit anda sebelum menyembur minyak wangi ke tubuh badan. Gunakan losyen atau pelembap untuk memberikan kelembapan kepada kulit dan kemudian semburkan minyak wangi. Pastikan produk tersebut tidak mempunyai sebarang bau agar ia tidak bercampur dengan bau minyak wangi.

5. Tidak Perlu Gosokkan Minyak Wangi

Ramai yang selalu menggosok minyak wangi selepas mereka menyembur minyak wangi tersebut ke bahagian badan. Elakkan dari melakukan perkara ini kerana menggosok minyak wangi boleh menghancurkan molekul minyak wangi tersebut dan seterusnya membuatkan bau minyak wangi hilang dengan lebih cepat. Terus menyembur minyak wangi ke tubuh badan dan biarkan ia menyerap dengan sendiri.

IKLAN

6. Sembur Minyak Wangi Selepas Mandi

Kenapa anda perlu menyembur minyak wangi sejurus selepas mandi? Sebabnya ialah kulit anda akan menjadi lebih lembab apabila terkena air dan lembapan semulajadi ini boleh membantu untuk membuatkan minyak wangi tersebut tahan lebih lama. Teruskan menyembur minyak wangi selepas mandi dan pastikan menyembur sebelum anda mengenakan sebarang pakaian atau aksesori. Hal ini kerana sesetengah aksesori akan pudar warnanya apabila terkena minyak wangi.

7. Semburkan Minyak Wangi Pada Sikat Rambut

IKLAN

Tidak ramai yang tahu akan taktik ini kerana ianya tidak begitu terdedah dan tidak diguna pakai oleh orang ramai. Semburkan minyak wangi pada sikat rambut dan sisirkan rambut dengan menggunakan sikat tersebut. Hal ini akan membuatkan bau minyak wangi akan tahan lebih lama sekiranya anda cepat berpeluh di bahagian tubuh badan. Selain itu, minyak wangi tersebut juga akan membuatkan rambut sentiasa berbau wangi. Tidak perlu risau kerana minyak wangi tersebut tidak akan merosakkan rambut.

8. Jangan Campurkan Dengan Pelbagai Perfume Pada Satu Masa

Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi di dalam satu masa kerana ia boleh membuatkan bau bercampur dan seterusnya bau tersebut akan hilang dengan cepat. Sebaiknya dapatkan satu bau yang anda gemari dan gunakan minyak wangi tersebut sahaja untuk memastikan bau tersebut tahan lebih lama dan tidak dicampuri dengan bau-bauan yang lain.

9. Ketenangan Dengan Satu Semburan Dari Botol Kaca Kristal Potrayal

Julung kali berada di pasaran Asia, gabungan Tembakau Craven ‘A’ dengan debuan Vanilla, Portrayal Woman wangian yang berasap tetapi mempesona. Disatukan dengan Melur sebagai haruman imbasan dan Elemis sebagai haruman dasar, adunan menghidupkan semula semangat kebebasan tahun 1920-an. Wangian flora ini sesuai untuk hijabi yang tenang dan yakin, tetapi anggun dan berani menongkah arus. Ia disemarakkan dengan sentuhan keghairahan Sundal Malam yang bersama-sama menjadikannya wangian yang menawan lagi menggoda.

Botol kaca kristal lambang keunggulan Amouage diperkenalkan dalam kemasan mutiara pendarrona, dihiasi permata biru kristal Swarovski khusus untuk Portrayal. Kotaknya berwarna biru berdebu lembut dengan hiasan jacquard yang memberikan sentuhan keanggunan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI