Pernah melalui detik mencemaskan sewaktu membuat liputan berita, bekas penyampai berita Buletin Utama yang kini merupakan seorang penyampai radio, Izwan Azir Saleh berkongsikan kisah mendebarkan apabila beliau pernah diacukan senjata oleh tentera Israel ketika sedang menjalankan tugas di sana.

Biarpun sudah 10 tahun berlalu, memori itu masih segar dalam ingatannya. Walaupun berasa sangat takut, beliau tetap komited dengan tugasnya sebagai wartawan agar dapat menyampaikan berita dan maklumat dengan sebaiknya kepada penonton.

Izwan telah berkongsi ceritanya serta foto-foto yang sempat dirakam sewaktu berkunjung ke sempadan negara Lubnan dan Israel.

‘Kau nak mati ke Izwan?!’ Tempik seorang pegawai tentera kepada saya yang terpinga².

Saya tidak akan lupa situasi cemas ketika konvoi TV3 yang membuat tinjauan Pasukan Pengaman Tentera Malaysia bersama PBB pada 2009, sedang menyusuri sempadan Lubnan-Israel, tiba² mengundang ‘minat’ Tentera Yahudi yang ‘mengejar’ kami kononnya setelah melihat lensa kamera saya diarahkan ke wilayah mereka.

Mahu tak cemas, apabila senjata mereka turut diarahkan ke kenderaan kami! (Walaupun terpampang jelas paparan huruf UN – United Nation pada kenderaan)

IKLAN

‘Tuan, saya bukan tiap² hari boleh nampak Israel, tuan lain la, tuan duduk sini’ saya menjawab selamba. Saya akui, memang saya leka mengambil gambar sempadan itu. ‘Lagipun sebagai wartawan, memang tugas saya untuk ambil gambar’, saya cuba mempertahankan diri.

Tindakan saya itu bagaimanapun ditegur pasukan tentera yang tidak mahu aspek keselamatan dikompromi dengan apa alasan sekalipun ketika melepasi kawasan berbahaya itu.

IKLAN

Saya diberi amaran untuk tidak lagi menghalakan lensa kamera saya di kawasan sensitif berkenaan.

Tapi, inilah hasil lensa saya ketika melalui Jalan Marjayoun-Bint Jbeil ini yang betul² digaris sempadan ‘The Blue Line’ Lubnan-Israel. Israel menakluki kawasan oasis yang subur, manakala kawasan kering kontang, dibiarkan kepada Arab.

IKLAN

10 tahun lalu, ketika saya membuat liputan ini, kita boleh dengan jelas melihat wilayah Palestin yang ditakluki Israel termasuk perkampungan haram mereka, dipisahkan dengan pagar dengan renjatan elektrik. Tetapi sekarang, rejim Zionis telah membina tembok setinggi 10 meter, kononnya untuk mempertahankan diri (alasan biasa Israel) daripada serangan Hezbollah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh)

Biarpun menakutkan, namun ia sememangnya suatu pengalaman berharga yang dilalui olehnya sebagai seorang wartawan. Pastinya kisah ini sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan dalam diri kita semua apabila membayangkan kesengsaraan rakyat Palestin yang melalui situasi yang lebih menyedihkan. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI