Bayangkan apabila anda bangun pagi, kulit wajah tampak segar, cerah dan berseri. Bukankah ia satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata? Dalam meniti kesibukan menjalani rutin harian, wanita sering diburu kesibukan terutama mereka yang bekerjaya.

Walau bagaimanapun tiada kompromi bila menyentuh soal penjagaan kecantikan kerana wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu. Kulit yang cerah, lembut dan sekata sememangnya menjadi idaman setiap wanita kerana ia menjadikan wanita lebih berkeyakinan.

Dalam soal pemilihan produk penjagaan kulit wajah antara produk yang menjadi pilihan utama ramai wanita tentulah produk yang mencerahkan kulit. Rangkaian Neutrogena® Bright Boost menyediakan keperluan yang diimpikan oleh setiap wanita dari peringkat usia 20 an hingga 40 an.

Photo by Vlada Karpovich from Pexels

Diformulasikan dengan Neoglucosamine®, ramuan pencerah kulit terkini ini merupakan bahan anti-asid yang merangsang pembaharuan kulit dengan lembut dan meningkatkan peralihan permukaan kulit sebanyak 10x lebih pantas agar kulit lebih cerah dan berseri.

Dengan harga mampu milik dan keberkesanan yang optimum, Neutrogena® Bright Boost cukup berbaloi untuk dimiliki. Tentunya ia memberikan lebih nilai untuk setiap wang yang dibelanjakan.

IKLAN

Rangkaian Neutrogena® Bright Boost terdiri daripada tiga jenis produk iaitu Neutrogena® Bright Boost Resurfacing Micro Polish, Neutrogena® Bright Boost Illuminating Brightening Serum dan Neutrogena® Bright Boost Brightening Gel Moisturizing Face Cream.

BAGAIMANA NEOGLUCOSAMINE® BERFUNGSI?

Setiap 30 hari, kulit melalui proses penggantian sel kulit. Kadang kala sel-sel kulit lama ini ‘tersekat’ dan ketika itulah kulit anda mula kelihatan kusam. Diimport dari Amerika Syarikat, Neutrogena® Bright Boost mampu meningkatkan penggantian permukaan kulit dengan kadar 10x lebih efektif. Ia menjadikan kulit lebih cerah dan terpelihara.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Neoglucosamine® terbukti meningkatkan penggantian sel permukaan kulit 10x lebih cepat daripada kulit yang tidak dirawat. Ia mempercepatkan proses pembaharuan kulit anda dengan membantu menyingkirkan sel-sel kulit lama.

RUTIN TERBAIK UNTUK KULIT LEBIH CERAH

Sama seperti Asid Hyaluronik yang meningkatkan penghidratan pada kulit wajah, Neoglucosamine® memancarkan kecerahan kulit. Ia adalah asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit agar kulit lebih segar dan lebih berseri.

IKLAN

Sebagai salah satu unsur Asid Hyaluronik, Neoglucosamine® cukup berkesan untuk mengunci dan menghidrat sel-sel kulit agar kulit tampil bercahaya selain mencegah kemunculan garis-garis halus.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Lihat sendiri bagaimana Neoglucosamine® menjadikan kulit anda lebih cerah dan sekata hanya dalam 1 minggu dengan Neutrogena® Bright Boost baharu. Koleksi pelbagai tugas ini memanfaatkan kehebatan Neoglucosamine® untuk memastikan kulit anda tetap terhidrasi. Oleh itu, jangan lupa ‘masukkan’ Neutrogena® Bright Boost dalam rejim kecantikan anda.

BAHAN PENCERAH TERBAHARU DI PASARAN

Sudah tiba masanya untuk anda ‘bertemu’ dengan bahan pencerah kulit terbaharu di pasaran. Sama seperti Asid Hyaluronik yang meningkatkan penghidratan, Neoglucosamine® memancarkan kecerahan kulit.

Tidak seperti bahan pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine® sebenarnya merupakan salah satu unsur Asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit agar kulit lebih cerah dan lebih berseri.

IKLAN
Photo From Neutrogena.com

Sebagai produk pencerah wajah yang menjanjikan kesan yang efektif dan hasil yang lebih pantas, Neutrogena® Bright Boost sangat mudah untuk dimiliki. Varian Neutrogena® Bright Boost boleh didapati di semua rangkaian Watsons dan boleh dibeli secara online.

Photo From Neutrogena.com

Umpama penyelesaian paling pantas dan berkesan, Neutrogena® Bright Boost menjadikan impian anda untuk memiliki kulit yang cerah dan berseri bakal menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama juga kulit sentiasa kekal terpelihara.

Dapatkan maklumat lanjut dan terperinci tentang Neutrogena® Bright Boost dan produk Neutrogena® dengan melayari https://www.neutrogena.com.my/. Follow juga Facebook:https://www.facebook.com/myneutrogena dan Instagram: https://www.instagram.com/neutrogenamy/

Top image: Canva



Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI