Sudah masanya untuk lupakan cucian tangan, jom semak panduan ini untuk cuci fabrik lembut seperti hijab dan batik kesayangan dengan senang di rumah.
Tatkala raya menjelang, pastinya ramai hijabi nak melaram dengan baju-baju cantik sambil berswafoto dengan teman rapat. Sesekali berjumpa, inilah masanya nak tampilkan gaya masing-masing dalam busana hijab paling menarik, misalnya dari koleksi lebaran Tudungruffle.
Walau bagaimanapun, kebanyakan baju raya khususnya dari fabrik lembut seperti hijab dan batik memerlukan penjagaan khas sewaktu dicuci. Kerana harganya yang mahal, ramai yang rela mencuci tangan demi menjaga keutuhan, kelembutan dan keceriaan warnanya.
Tetapi cucian tangan bukanlah pilihan tepat. Ia mengambil masa dan tidak terjamin bersih sepenuhnya. Bahkan kulit tangan juga boleh terjejas kerana sifat sabun cucian yang beralkali serta mengeringkan. Say no, sis!
Hijabista tertarik dengan siri mesin basuh dan pengering Electrolux UltimateCare™ baharu. Macam tak percaya, mesin basuh pertama dari Electrolux ini direka khusus bagi memberikan penjagaan lembut dan optimum untuk fabrik lembut seperti hijab dan batik.
Tampil dengan reka bentuk Scandinavia yang elegan, rangkaian Electrolux UltimateCare™ dilengkapi fungsi canggih untuk penjagaan fabrik tertentu dengan cucian lembut agar tidak mudah rosak.
Sesuai sangat untuk mencuci selendang, hijab mahupun pakaian batik sutera tradisional yang tinggi nilainya. Selain berkesan menghilangkan kekotoran, kitaran pencucian lembut juga mengurangkan kesan haus dan lusuh. Hasilnya, ia nampak baru walaupun setelah berkali-kali dicuci.
Paling best, nikmati pembersihan yang cepat dan jimat tenaga dengan pencucian muatan penuh pada suhu 30°C dalam masa 45 minit sahaja. Jimat masa dan tenaga, koleksi fabrik kesayangan pun bersih dengan berkesan.
Sudah masanya untuk lupakan cucian tangan, jom semak panduan ini untuk cuci fabrik lembut seperti hijab dan batik kesayangan dengan senang di rumah.
Cucian ikut jenis fabrik
Setiap hijab atau koleksi pakaian kesayangan sepert batik memerlukan penjagaan berbeza. Untuk penjagaan fabrik lembut atau material halus yang memerlukan penjagaan khas, mesin basuh Electrolux UltimateCare™ menepati segala keperluan anda.
Terdapat juga fungsi tetapan khas iaitu Hijab dan Batik pada mesin basuh ini. Jadi, mudah untuk mencuci fabrik kesayangan dengan satu sentuhan!
Untuk memastikan hijab kekal lembut dan tidak cepat rosak, elakkan penggunaan peluntur atau bahan pencuci yang terlalu kuat. Dengan Electrolux UltimateCare™, terdapat fungsi cucian dan wap pada suhu lebih dari 60°C untuk menghapuskan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus biasa.
Usah jemur hijab di bawah terik matahari kerana ia boleh menyebabkan warna cepat pudar. Sebaiknya, jemur di tempat teduh atau anginkan sahaja di dalam rumah untuk mengekalkan kualiti fabrik.
Seterika dengan suhu sesuai
Gunakan seterika dengan suhu rendah atau sederhana untuk mengelakkan fabrik rosak. Jika hijab berfabrik sutera atau satin, lapikkan kain nipis di atasnya sebelum menyeterika supaya tidak meninggalkan kesan kilat.
Ads
Simpan dengan kemas
Susun hijab mengikut warna atau jenis dalam almari supaya mudah dicari dan tidak mudah berkedut. Anda juga boleh menggunakan penyangkut khas untuk menggantung hijab agar kekal kemas dan rapi.
Dengan penjagaan yang betul, hijab anda bukan sahaja akan tahan lebih lama tetapi juga sentiasa kelihatan baru dan segar setiap kali dipakai. Malah sewaktu cucian, ia juga mampu menyahkuman bakteria dan virus sehingga 99.99%.
Selain itu, reka bentuknya yang mesra alam membantu menjimatkan air dan tenaga, menjadikan cucian lebih efisien dan berkesan. Dengan Electrolux UltimateCare™, anda boleh menikmati pakaian yang lebih bersih, segar, dan tahan lama setiap hari.
Bukan itu saja, sis pun boleh bawa pulang cenderamata eksklusif kerjasama Electrolux dan Tudungruffle iaitu hijab dan aksesori bernilai RM199 dengan pembelian rangkaian cucian Electrolux UltimateCare™ S300 8-9kg baharu.
Layari lebih lanjut tentang kolaborasi raya dan siri Electrolux UltimateCare™ ini di laman web di https://www.electrolux.com.my/ dan platform media sosial di:
Bagi mereka yang inginkan satu gaya yang sihat boleh mencuba senaman kaki. Ramai yang lupa kaki kita juga perlukan satu aktiviti senaman yang tersendiri mengikut kesesuaian tubuh.
Terdapat satu kajian yang menerangkan bahawa keberkesanan melakukan senaman kaki dapat membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Juga dapat meningkatkan hormon berbanding senaman yang lain!
Jom kenali senaman kaki yang ideal untuk anda!
Sumber dari Canva
Anda perlu tahu setiap set merangkumi 12 hingga 15 ulangan bergantung kepada tahap keupayaan setiap individu. Antara senaman yang efektif adalah squat! Namun, terdapat lebih banyak jenis senaman kaki yang sesuai untuk anda mencuba.
Barbell Squat
Sumber dari Canva
Langkah ke dalam squat rack dan suaikan diri anda.
Pastikan posisi kaki sama paras dengan bahu.
Letakkan barbell di atas trapezeus.
Undur sedikit setelah mengangkat barbell.
Pastikan kedudukan anda selamat sebelum mula gerakkan bengkokkan lutut.
Sewaktu turun pastikan dada anda menegak. Tonggeng punggung dan lentikkan pinggang.
Lutut haruslah tidak melebihi ibu jari kaki.
Turun sehingga 90 darjah.
Ulang semula langkah satu hingga akhir.
Peringatan! Anda perlu tahu lakukan squat perlulah dengan teliti kerana ia boleh merosakkan pinggang. Turun secara sepenuhnya bahayakan lutut. Pastikan anda gunakan beban yang ringan terlebih dahulu sebelum mula mencuba yang lain.
Barbell Lunges
Sumber dari Canva
Letakkan barbell di atas trapezeus.
Pastikan kaki ke hadapan dan menurunkan badan sekurang0kurangnya sebaris dengan lantai. Pastikan peha pula lurus dengan badan.
Ulang kaki yang berlainan dan pastikan fokus pada satu kaki sebelum tukar.
Peringatan! Jangan buka kaki terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan tarikkan pada bahagian groin dan quadricep kaki belakang.
Frog Squat
Sumber dari Canva
Pastikan posisi anda seakan posisi katak.
Tangan perlulah sentiasa melekat pada lantai.
Bangunkan badan sehingga kaki lurus dan turun kembali.
Peringatan! Frog sqyat sesuai untuk membentuk potongan badan yang cantik. Ia tidak memerlukan penambahan bebanan dan cuma perlu perulangan set sahaja.
Sebelum anda mulakan setiap langkah, pastikan anda telah memilih pemakaian sukan yang sesuai. Pastikan juga anda sudah bersedia panaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai wanita hanya mementingkan kecantikan luaran semata hingga mengabaikan penjagaan dalaman. Orang kata penjagaan kecantikan perlu bermula daripada dalam terutamanya bahagian intim. Bahagian intim juga perlu dijaga dengan baik agar tidak berbau dan terhindar daripada jangkitan kuman. Jika anda lihat oang tua zaman dahulu, mereka amat mementingkan pengambilan air jamu.
Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Hartini Ismail, Air jamu sebenarnya bagus untuk mencuci rahim terutamanya selepas anda didatangi haid untuk mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Meskipun lambakan air jamu dijual di pasaran, sebaiknya anda buat sendiri saja di rumah. Bukan susah pun, bahan pun murah. Malah, anda akan terasa lebih yakin kerana tiada penggunaan bahan yang terlarang di samping menjimatkan wang anda.
Ayuh kita baca perkongsian Hartini Ismail ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua.
Foto: Facebook Hartini Ismail
Selalu orang-orang tua berpesan kepada anak perempuannya supaya menjaga bahagian dalaman terutamanya bahagian paling “INTIM”
Kerana apa? Kerana di situlah terletak “RAHSIA RUMAHTANGGA”
Air jamu ini yang sangat bagus untuk cucikan rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Minuman ni tak perlu pon untuk korang beli sebab korang boleh jer buat sendiri dekat rumah. Cukup mudah, bahan yang murah dan jimat hanya dari dapur jer yang tak dapat nak dipertikaikan sehingga turun temurun kerana kebersanannya sangat power.
Selain itu khasiat yang tersembunyi AIR JAMU CUCI RAHIM ni adalah ,
Dapat membuang angin dalam badan.
Dapat memecahkan lemak diperut.
Mengurangkan masalah bau badan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni. Kakyaa dah amal. Korang dah ke belom? Kalau belum, jom cuba bersama.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk
2 inci halia dihiris atau ditumbuk
2 batang serai dihiris atau ditumbuk
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu
3 cawan air putih
Foto: Facebook Hartini Ismail
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
Basuh semua bahan-bahan dan terpulang pada korang nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk yea.
Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. Korang sila agak-agak lah yea. Dah siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
Foto: Facebook Hartini Ismail
P/S: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia. Hehe
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat. Ngam-ngam jer rasa dia.
Pernah tak jerawat tiba-tiba muncul apabila anda mencuba produk pelembap yang baru? Ya, itu mungkin petanda bahawa produk tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda! Selain jerawat, ketahui lagi tanda lain yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
Krim pelembap adalah salah satu langkah asas penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Ia juga membantu mencegah kekeringan muka, merawat kulit, anti penuaan dan juga membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar. Kandungan yang terdapat dalam pelembap juga banyak, seperti lidah buaya atau aloevera, buah delima, madu, hyaluronic acid, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, hijabi perlu tahu bahawa tidak semua pelembap sesuai untuk kulit wajah anda. Perhatikan keadaan kulit semasa menggunakan pelembap muka, jika tanda-tanda berikut muncul, sebaiknya hentikan penggunaan moisturizer tersebut.
Bintik merah muncul
Walaupun terdapat banyak pelembap yang ‘mendakwa’ sesuai untuk semua jenis muka, sebenarnya terdapat jenis kulit yang terlalu sensitif malah boleh menyebabkan kemerahan. Biasanya ini kerana pelembap tersebut mengandungi kandungan minyak wangi.
Menurut Dr. Corey L. Hartman, pengarah perubatan Pusat Kesihatan Kulit Alabama di Birmingham; melalui Southern Living, pilihlah moisturizer yang ringan dan lembut. Tambahan itu, elakkan juga produk yang mengandungi retinol dan asid hidroksi, walaupun baik untuk mencegah penuaan, tetapi ianya tidak bersesuaian buat individu yang mempunyai kulit sensitif.
Kulit Kering Dan Menggelupas
Pelembap sepatutnya berfungsi untuk menjadikan kulit lembap dan lembut kerana ia ‘mengunci’ air di muka. Tetapi, jika ia bertindak sebaliknya dan mengeringkan kulit sehingga menggelupas, ini menunjukkan bahawa pelembap itu tidak sesuai untuk anda.
Hal ini sering berlaku kerana pelembap tersebut menggunakan bahan retinol. Jika anda merasakan simptom semakin teruk, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk rawatan yang lebih khusus.
Breakout pada Kulit
Berhenti menggunakan produk pelembap tersebut jika kulit anda menjadi breakout. Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, anda sepatutnya menggunakan pelembap ringan(light moisturizer).
Anda juga boleh menggunakan gel atau serum pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Tambahan itu, pastikan produk tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan keras. Nak lagi selamat, anda juga boleh membuat pelembap badan sendiri di rumah menggunakan madu, yogurt, minyak zaitun dan sebagainya.
Tanda pelembap yang digunakan oleh hijabi tidak bersesuaian ialah apabila munculnya banyak milia secara tiba-tiba. Milea ialah tompok-tompok kecil yang timbul pada kulit yang kelihatan seperti jerawat kecil.
Milia boleh tumbuh di banyak tempat di muka jika anda menggunakan pelembap yang salah. Jika ini berlaku, jangan pecahkan atau tekan pada milia tersebut, kerana ini hanya akan menyebabkan parut dan jerawat pada muka anda.
Kulit Terasa Terbakar
Jika anda merasakan sensasi panas dan terbakar, bukannya segar dan lembap selepas menggunakan pelembap, hentikan penggunaannya dengan serta-merta.
Kulit terasa seakan terbakar disebabkan oleh tahap pH kulit anda yang tidak seimbang di bawah pengaruh pelembap. Oleh itu, cuci muka anda sebaik sahaja ia menjadi panas untuk mengimbangi semula pH kulit anda.
Kagum betul dengan semangat yang dimiliki penyanyi dan pelakon muda,Farisha Iris yamg tak pernah lelah menimba ilmu demi masa depan yang lebih baik.Dua tahun...