Kulit tubuh yang lembut dan berseri tentunya memerlukan perawatan yang rutin. Ketahuilah bahawa kecantikan itu tidak datang dengan sendirinya melainkan adanya usaha untuk memelihara dan mempercantikkan anugerah yang telah diberikan oleh Allah ini. Kulit badan pun kena jaga juga, ini cara nak buat skrub badan guna beras, madu & lemon.
Salah satu cara untuk memelihara kecantikan dan kelembutan kulit tubuh ialah dengan menggunakan skrub. Selain menggunakan produk yang sudah tersedia di pasaran, kita juga boleh mencuba produk kecantikan DIY menggunakan bahan-bahan semula jadi. Berikut perkongsian Azila Muhamad.
Cara mudah untuk hilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan juga sel-sel kulit mati di badan dengan 3 bahan sahaja. Kesannya kulit pun jadi lembab sebab antara bahan asasnya adalah madu.
Ads
BAHAN-BAHAN:
5 sudu beras dikisar kering
3 sudu madu asli
2 hiris lemon
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan dalam 1balang dan kacau rata.
Ads
2. Gosok diwajah @ badan sambil buat urutan mesra.
3. Bilas dengan air sejuk.. insyaallah wajah semakin lembab dan bersih.
Ads
Mudah sahaja bukan hendak membuatnya. Yang penting, skrub ini tentunya selamat digunakan tanpa perlu risau kulit alah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Azila Muhamad.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Trend glass skin atau kulit kaca memang menjadi kegilaan ramai hijabi. Buat si kulit kering dan sensitif mereka juga teringin untuk memiliki kulit yang bersinar tanpa cela. Oleh itu amat penting untuk memilih produk yang sesuai agar kulit glass skin yang diinginkan menjadi ‘kenyataan’ dan bukan sekadar anganan kosong semata.
Berikut perkongsian Fatinaamalina Rahman Ala-ala korea skincare routine – glass skin tak berapa nak glass😜 [khas utk Kulit kering & sensitif]
Baru sempat nak share macamana nak dapat #geglowing macam Artis drama koleaaa sebab ramai PM apa lagi sis pakai. Noo sis tak mainlah produk pengelupasan 🙏 Hope it helps okay!
Okay. Kunci nya ialah Hydration! Yup! Skin care routine ala Korea ni memang selalu mengutamakan hidrasi kulit which is a good thing, of course.
Sebab Fatin kulit super kering! So #teamkulitkering boleh cuba follow steps ni.
Sebelum tu, kite explain sikit kat chuols.. Kulit kering ni ada dua jenis 1. Kurang air 2. Kurang minyak semulajadi (Ni iols) Duduk dalam aircond jugak punca kulit kering sebab badan produce less oil.
Bukti Kulit Tak cukup air/ minyak semulajadi: 1. Kulit jadi super sensitive 2. Cepat wrinkle 3. Kulit tegang jer lepas cuci 4. Kulit mengelupas 5. Inflammation
Step 1: Oil Cleansing/ Oil makeup remover
1. Teknik ni dipanggil minyak menarik minyak. Oil based ni boleh angkat kotoran sisa minyak/ oil based makeup / impurities & pollution kat kulit. Tak la naik jerawat/ blackhead/ whitehead & segala skinhead kat muka. Fatin pernah pakai oil based makeup remover pun okay jer.
2. Step 2: Normal Cleansing
Step ni baru pakai apa jenis pencuci muka yang korang duk pakai sekarang. Suggestion untuk #teamkulitkeringss : pakai jenis free-soap cleanser. Sabun type akan remove oil pada skin, kiter ni dah ler kering kontang.
3. Toner & Essence(Optional): Kalau korea memang femes dengan toner. Ada banyak fungsi toner atau essence, cari yang fungsi normalize balik hydration and PH balance. Sila kaji sebelum beli. Jangan bazir.
4. Moisturizer paling penting. Ramai gegurl skip step ni. Jangan please. Moisturizer nak ganti dan lock hydration pd kulit kita.
5. SPF & base Apply SPF ataupon sunblock, pastu baru pakai make up. Sebab faktor utama kulit kusam dan jeragat adalah sebab tak pakai SPF kat muka.
Sebab Fatin tak pakai foundation, so Fatin apply Facebalm Vit E SPF 50 je. Sunscreen Fatin add up bila aktiviti luar je pagi masuk opis petang balik dalam aircond jadi malas (jangan follow)
6. Hydrating mist: Sebab skin Fatin power punya kering sampai crack la, Fatin apply hydrating mist. Sat-sat dalam aircond spray.
7. Exfoliation (Compulsary twice a week) Yang ni sangat penting dalam rutin ala koleaa ni sebab punca skin kusam sebab kulit mati kita menebal kat kulit. Sebab tu lah pakai apa skincare pun tak berkesan. Boleh guna apa-apa jenama/khas untuk glowing.
Apa-apa pun yang penting kita perlulah menjadikan amalan perawatan ini sebagai rutin harian. Untuk dapatkan kulit yang sihat, cantik dan menawan, perlulah ada kerajinan dan disiplin. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Fatinaamalina Rahman
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kedutan pada kulit pasti akan ada dan ini menjadi salah satu perkara yang menakutkan bagi sebahagian besar wanita. Umumnya, kedutan akan muncul setelah kita berusia 30 tahun ke atas. Namun bukan bererti ia tidak boleh datang lebih cepat. Untuk itu, sebagai usaha pencegahan hindarilah melakukan 6 kebiasaan kecil ini.
Gerakan pada wajah seperti mengenyitkan mata, mengangkat alis, atau menerutkan dahi, dapat menyebabkan kontraksi pada otot-otot yang berada pada area tersebut, sehingga menyebabkan kedut di kulit. Tentunya, jika kamu terlalu sering mengulang gerakan yang sama otot-otot pada area tersebut akan semakin besar dan kuat. Maka boleh dipastikan keriput pun tak lagi boleh kamu hindari.
Ketika anda tidur dengan posisi mengiring, sebahagian wajahmu akan tertekan oleh bantal dan terdorong menjadi lipatan. Jadi bayangkan saja jika itu terjadi selama 6-8 jam kamu tidur. Tentunya kedutan akan terukir di wajahmu dan menyebabkan aliran darah kurang lancar jika dibandingkan pada sisi yang satunya, yang tidak ditekan bantal.
Kulit pada area mata merupakan bahagian yang paling halus. Untuk itu hindari mengosok mata dengan kasar kerana semakin sering kamu melakukannya, kulit pada area mata akan kendur dan kolegen rosak serta kurange ketegangan, sehingga kulit lebih mudah berkedut.
Gula menyebabkan perubahan hormon di dalam tubuh, serupa dengan perkara yang terjadi ketika kamu sedang stres, yang merosak kolagen dan serat elastin. Sehingga, semakin banyak kamu memakan gula, maka kulitmu akan semakin kendur dan kedut.
Pastikan kamu selalu menyapukan ‘sun screen’ pada seluruh tubuhmu sebelum keluar dari rumah. Paparan sinar matahari juga boleh menjadi penyebab menurunnya keanjalan kulit sehingga kulit menjadi kedut. Sinar matahari tetap dapat menembus kulit meski kamu tidak berada di bawah sinar matahari langsung, bahkan di dalam kereta atau di dekat tingkap pun kamu masih boleh terpapar sinar UVA dari matahari.
Merokok merosakkan kulit yang paling parah, termasuk kelopak mata atas kendur, kantong mata, kerutan wajah, kerutan di atas dan di bawah bibir, dan juga dagu. Nikotin dalam rokok menyempitkan pembuluh darah di kulit, sehingga membatasi aliran oksigen dan nutrisi ke lapisan luar. Selain itu, asap rokok mengandung lebih dari 4.000 bahan kimia, yang merosak kolagen dan elastin kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika terdapat satu istilah yang telah mentakrifkan aspirasi kecantikan sejak kebelakangan ini, ia adalah apa yang dipanggil estetika “clean girl”. TikTok mendedahkan bahawa “penampilan solekan tanpa solekan” yang kelihatan mudah ini biasanya dicirikan oleh kulit yang dewy, kulit yang merah padam, solekan mata yang hampir tidak kelihatan dan kening yang lebat dalam bentuk yang tak teratur.
Kelli Anne Sewell, artis solek selebriti yang berpangkalan di New York City, telah mempopularkan langkah baharu dalam rutin “clean girl”: helah yang meningkatkan cemberut yang digelarnya sebagai “gym lips”.
‘Gym lips’ hanya gabungan bibir yang mula dipakai apabila pada dasarnya tidak memakai solekan. Memakai Glowscreen dan mengemaskan kening untuk trend solekan ini. Teknik ini menggunakan pelapik bertona ke bawah selaras dengan warna bibirnya untuk menggariskan sedikit kontur mulut semula jadinya, kemudian menambahkan rawatan bibir berkilat dan berkhasiat pada bibir untuk membantu menggabungkan segala-galanya. Hasilnya, bibir yang lebih berisi, gebu, sesuai untuk bila-bila masa anda ingin kelihatan seperti tidak memakai solekan.
Tidak, ini bukan teknik khusus untuk mencipta semula rupa bibir anda selepas gim (seperti yang ramai fikirkan pada asalnya). ‘Gym lips’ memerlukan sedikit overlining dengan lip liner hampir dengan warna bibir semula jadi anda sebelum mengisi semuanya dengan pensel yang sama. Kemudian, lapiskan rawatan bibir yang berkhasiat sebaik-baiknya, satu dengan sedikit liputandi atas untuk kesan subur dan gebu yang berjaya kelihatan semula jadi.
Kuncinya ialah mempunyai lip liner yang merupakan warna bibir anda. Pilih overlining yang sangat halus, hampir tidak menyelak sempadan semula jadi bibirnya untuk kesan yang boleh dipercayai. Mencari warna pelapik yang sempurna untuk ‘Gym Lips’ mungkin merupakan bahagian yang paling sukar dalam keseluruhan operasi ini.
Anda memerlukan warna ultra-semula jadi, yang memerlukan beberapa percubaan dan ralat jika anda belum memilikinya. Warna yang terlalu terang boleh menyebabkan anda hilang, dan terlalu gelap menggagalkan tujuan ‘Gym Lips’ dengan kelihatan seperti solekan. Cari lip liner yang sepadan dengan rona bibir anda. Hampir setiap jenama kecantikan mempunyai versi sendiri balsem yang jelas dan berkhasiat, menjadikan bahagian yang paling sukar untuk memutuskan bau yang anda mahu. Anda pasti ingin melangkau balm berwarna, walaupun, kerana ia adalah kunci untuk membiarkan warna lip liner semulajadi itu menyerlah.
Teruskan membaca untuk beberapa produk kegemaran yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan “gym lips:
Memperkenalkan obsesi terbaharu anda, sebab utama mengapa trend solekan Y2K kembali dan kekal di sini – Anastasia Beverly Hills Lip Liers. Kami melukis garisan pada bibir yang sempurna, dan pelapik bibir ABH memberikan bentuk dan kontur yang tepat. Ia mempunyai kemasan matte baldu yang berkrim (tetapi tidak pernah berkilat & licin). Pelapik bibir mempunyai reka bentuk unik berbentuk segi empat sama yang membolehkan anda mengasah pelapik anda ke titik yang halus untuk ketepatan yang melampau. Pakai sahaja atau pasangkan dengan Gincu Matte & Satin pelengkap kami. Dengan 18 warna untuk dipilih, manjakan diri anda dengan variasi tanpa had yang mungkin!
Penghalang kelembapan anda ialah barisan pertahanan pertama bibir anda; menguatkannya membantu mengelakkan kekeringan untuk lebih banyak bibir yang boleh dicium. Minyak bibir ultra penghidratan ini menguatkan penghalang kelembapan bibir dalam masa 1 minggu sahaja untuk bibir yang lebih lembut dan gebu.
Kompleks tiga buah ceri Fenty Skin (minyak biji ceri manis, ceri Barbados dan ekstrak ceri liar) membantu menyuburkan, meratakan dan melicinkan secara mendalam, manakala minyak biji jojoba dan buah rosehip membantu mengunci kelembapan dan menenangkan. Formula yang jernih dan tidak melekit meluncur dengan mudah pada bibir dengan aplikator kaki doe yang mewah dan menampilkan bau buah-buahan yang diilhamkan oleh ceri untuk rawatan terbaik.
Topeng bibir jeli yang menenangkan dan tidak melekit yang jelas menggebukan bibir
Sewell memberitahu HuffPost bahawa dia menyukai formula yang menyuburkan dan menghidratkan topeng bibir oleh Tatcha ini, yang mempunyai campuran kedua-dua ekstrak pic Jepun dan squalane yang berasal dari zaitun untuk membantu memulihkan dan melembutkan bibir. Formula seperti jeli menenangkan dan tidak melekit dan juga mengandungi minyak camellia Jepun, yang kaya dengan vitamin dan omega untuk membantu menutup kelembapan dan meningkatkan kesihatan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.