Wanita kebiasaannya akan mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak. Selain itu masalah lain yang sering dihadapi adalah di bahagian perut yang susah untuk kempis terutama bagi yang kerap melahirkan anak.
Namun tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Seperti perkongsian wanita ini Nieyssa Hashim yang berkongsi petua mengempiskan perut dengan berkesan tetapi syarat dilakukan secara konsisten.
Dia yang sudah melahirkan lima orang anak mengamalkan tip dengan minum air sebaik bangun tidur dan juga makan jamu.
Menurutnya sejak darjah 6 lagi dia susah mengamalkan makan jamu ini dan hasilnya badannya kekal langsing seperti anak dara walaupun sudah mempunyai lima anak.
Menurutnya lagi banyak khasiat daripada makan jamu ini, antaranya kurangkan bau badan, period jadi teratur, muka tak pucat dan paling penting badan sentiasa bertenaga.
Ads
RAMAI NAK TIPS KURUS PERUT KEMPIS KAN?
Sebenarnya ibu beranak ramai ni susah jugak untuk kempiskan perut. Ambil masa 1-2 bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan tapi perlu konsisten. Tapi boleh la cuba sedikit tips yang nissa amalkan ni.
Bangun jer waktu pagi tu terus minum 2 gelas air untuk buang toksik dalam badan.
Ads
Then nissa suka makan jamu, Dari darjah 6 lagi nissa dah amalkan jamu, Sebab jamu boleh menyihatkan dalaman kita, dan menyuburkan. Apa sahaja jamu yang sesuai dengan diri kita, Orang perempuan silalah amalkan.
Jamu ni bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran pon boleh nampak, Kurangnya bau badan, period teratur, muka xkan pucat lesi yang penting kita xkan letih dan sentiasa bertenaga.
Ads
Dan yang mana xnak badan yang berbenjol2 bila kita pakai pakaian dalam kerana lemak berlebihan keluar. Pada sebelah malamnya buat la senama yang boleh mengeluarkan peluh, xperlu ke gym sebab kita ramai anak kan. Ajak anak2 sekali, buat la HIGH INTENSITY WORKOUT. Ambil masa setengah jam sudah cukup Buka youtube dan amalkan selama sebulan, Nissa jamin semua orang akan tegur selepas tu sebulan buat,
Tapi yang penting perlu konsisten.
Mungkin anda pernah dengar khasiat dan kebaikan meminum teh hijau ini jika dibandingkan dengan teh hitam. Teh hijau atau Green Tea merupakan minuman berkhasiat yang dapat membantu anda melawan proses penuaan berlaku dengan cepat. Ianya sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan serta minda anda.
Digunakan sebagai teknik perubatan sejak beribu tahun lalu, teh hijau yang berasal dari negara China ini mempunyai pelbagai kegunaan untuk melawan penyakit iaitu mengurangkan tekanan darah dan mengelak terjadinya kanser.
Terdapat pelbagai manfaat dalam teh hijau ini seperti kurangkan berat badan, melawan diabetes/kencing manis, penyakit jantung, kanser esofagus, mengawal kolestrol, Alzheimer/Parkinson dan depresi. Jadi amalkan pengambilan teh hijau dari sekarang dengan merujuk senarai dibawah;
Teh hijau /green tea berkualiti tinggi dan murah, terbaik dari Thailand
Teh hijau yang dihasilkan di pergunungan bersuhu sejuk di Thailand ini telah menjadi kegemaran masyarakat Thailand sejak 73 tahun lamanya. Bancuhan teh hijau ini adalah khas untuk anda yang menggemari teh hijau bersama susu.
Bagi mendapatkan khasiat teh hijau, campurkan serbuk teh hijau ini bersama susu segar dan madu untuk menggantikan susu pekat.
Terbaik untuk kurangkan berat badan/kurus
Terbaik untuk kurangkan berat badan/kurus
Teh hijau lebih baik daripada teh hitam kerana ianya tidak melalui proses penapaian. Sesuai untuk anda yang sedang melalui proses berdiet, teh hijau dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.
Teh hijau dari jenama Ahmad ini diterbangkan khas dari kota London, selamat diminum untuk semua peringkat umur.
Teh hijau non-kafein, baik untuk ibu mengandung dan sedang menyusu
Bagi para ibu yang sedang mengandung atau menyusu, elakkan pengambilan minuman yang mempunyai kafein. Ini kerana untuk ibu mengandung, janin akan bermasalah manakala buat ibu sedang menyusu, ianya tidak elok buat si kecil yang meminum susu badan anda.
Diperkaya dengan bahan semulajadi dan herbal, Dilmah Pure Green Tea ini selamat untuk diminum oleh anda yang sedang menyusu. Baunya bagaikan aromaterapi, dapat melegakan minda anda. Yang penting, bebas pengawet tambahan dan bahan kimia membahayakan.
Teh hijau perasa Lemon – untuk anda yang dalam proses diet
Salah satu cara berkesan untuk menurunkan berat badan adalah mengambil minuman teh hijau bersama dengan lemon dan tanpa gula. Tips diet sihat ini dapat mengawal kolestrol serta menghapuskan lemak dan kalori yang ada dalam badan anda.
Diekstrak daripada daun teh hijau Camellia, daun teh jenis ini tidak melalui proses penapaian dan antioksida serta penuh nutrisi.
Terbaik untuk mencegah kanser dan tumor
Halal dan terbaik dari Jepun untuk mencegah kanser dan tumor
Khas dari Jepun dan diperbuat 100% daripada bahan asli daun teh dan tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan yang akan membahayakan kesihatan. Tinggi dengan antioksida yang dapat membantu mencegah serta melawan penyakit kanser dan tumor.
Teh hijau ini juga dapat merendahkan tekanan darah serta membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Baik untuk semua peringkat umur, ianya mampu memberi tenaga buat anda menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa keletihan.
Teh hijau sesuai untuk membuang toksin dalam badan (detox)
Teh hijau yang mengandungi herba semulajadi dari kunyit dengan haruman buah limau kasturi ini dapat memberikan tenaga serta meneutralkan kembali tahap metabolisma dalam badan anda.
Teh hijau dengan campuran kunyit ini juga dapat mencegah serta mengurangkan kesan keradangan. Usah risau, ianya selamat untuk diguna dan disyorkan oleh ahli perubatan.
Baik untuk membuang angin dalam badan campuran teh hijau dengan halia
Halia kaya dengan phytonutrien dipanggil gingerols ini sangat baik untuk membuang angin bagi anda yang mengalami kembung perut atau masalah sistem pencernaan. Kajian menunjukkan bahawa halia merupakan salah satu bahan antioksidan, anti-radang dan anti-bakteria.
Teh hijau yang mengandungi halia ini, baik untuk melawan penyakit seperti arthritis, migrain, lelah, penyakit jantung, pedih ulu hati, kanser dan mual. Ianya dapat melindungi sel-sel dalam badan daripada radikal bebas serta mengekalkan keremajaan anda.
Teh hijau bercampur madu, kurangkan gula untuk elak diabetes
Antara manfaat teh hijau yang dicampur madu ini adalah meningkatkan kelancaran minda, membakar lemak, mencegah kanser, menyihatkan gigi serta tulang anda daripada menjadi rapuh.
Untuk kesegaran minda yang berpanjangan, ambillah minuman rendah kafein ini, ianya memberikan oksigen kepada otak anda supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.
SUMBER : Producnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tanggapan orang kita tidak mampu nak ubah apatah lagi apabila mereka membuat spekulasi yang berlebih-lebihan. Walau apa-apa pun Sharifah Rose tetap positif dalam segala cabaran yang di tempuhi.
Kini nama melonjak naik di dalam industri tanah air, Sharifah Rose kini giat aktif dalam dunia lakonan. Kecaman demi kecaman bukan menjadi satu penghalang buatnya untuk teruskan lagi dalam kerjaya ini.
Sharifah Rose, 24, kini telah berjaya melakar namanya di dalam industri lakonan sejak mula bergiat pada tahun 2019 dalam ‘Cerita Hantu Asrama’ siaran di Astro Prima. Bukan setakat itu sahaja, dia juga masih meneruskan lagi dalam bidang ini dengan drama-drama yang baru.
Terdahulu, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira atau lebih gemar di kenali sebagai Sharifah Rose merupakan seorang personaliti media sosial atau influencer yang cukup terkenal di kalangan remaja. Perubahan dari seorang personaliti media sosial kepada pelakon juga menjadi bual bicara buat seketika, namun, Rose menerangkan dengan tenang mengenai perubahan itu.
“Personaliti Rose yang bawak Rose sampai ke tahap ini. Jadi memang Rose takkan ubah personaliti ini,
“I memang start dari bawah dari influencer ke pelakon. I work from the bottom dan naik slow-slow,
“I already accept kecaman yang di terima. Dari dulu lagi kecaman ini, tetapi what I’m gonna do is to make the best out of it. Try evaluate diri and improve apa yang boleh.” jawabnya apabila di soal mengenai reaksinya terhadap kecaman yang di terima.
Katanya lagi meski pun menjadi seorang personaliti media sosial, dia tidak pernah menyalah gunakan namanya untuk mencuri peluang. Keyakinannya yang membuatkannya berjaya melakarkan nama dalam industri.
“Orang yang ikut perkembangan Rose tahu what ever Rose experience its forme,
“Apa achievement yang Rose sudah tempuhi, itu hanya Rose sahaja tahu bagaimana peritnya. Itu biarlah semuanya hanya untuk kemenangan bagi diri Rose.” apabila di soal mengenai kerjayanya.
Rose juga akui dia juga tidak mensia-siakan masa yang ada jika berada di set penggambaran untuk menimba ilmu lakonan. Dia jelaskan bahawa lakonannya juga banyak di bantu oleh rakan-rakan artis yang lain untuk membaiki lagi bakat yang ada.
“Dulu Rose memang susah nak menangis, nak keluarkan air mata itu memang sangat sukar. Nak kena take time,
“Tetapi bila dah mula praktis, tengok reference, join class, ada juga bertanya dengan pelakon-pelakon veteran di set untuk tunjuk ajar.” ujarnya.
Sharifah Rose juga bukan sahaja personaliti media sosial dan pelakon, malah, dia juga merupakan seorang usahawan bagi peniagaan tudung iaitu IniHariRose. Dia di temui pada majlis peragaan ‘ready-to-wear‘ Bridal Collection RR 2022/23 oleh Rizman Ruzaini di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Memiliki berat badan yang ideal memang menjadi impian setiap wanita. Jarang wanita tidak berusaha untuk diet dengan pelbagai cara. Mulai dari diet mayo, diet keto, diet vegan, dan pelbagai cara lainnya.
Memang tidak salahnya dengan berdiet, untuk menampilkan keyakinan diri berhadpan dengan orang ramai juga menjalani aktiviti harian. Namun untuk menurunkan berat badan juga harus dengan mengawal nafsu makan anda ya. Dan tanpa anda sedari, ternyata ketujuh kebiasaan kecil ini boleh mengawal nafsu makan anda yang boleh anda terapkan dalam kegiatan seharian.
Anda pasti tidak pernah melakukan kegiatan ini. Betul, memberus gigi di pagi dan malam hari merupakan rutin setiap orang. Rupanya memberus gigi selepas makan juga dapat mengawal nafsu makan anda. Ini kerana setelah memberus gigi, anda akan memiliki satu rasa yang malas atau bersalah untuk makan Kembali, memandangkan gigi sudah bersih kalau gigi anda sudah bersih..
Cara yang satu ini memang dipercayai ramai.. Minum air putih dengan ukuran yang sesuai sangatlah baik untuk kesihatan tubuh dan kulit. Tetapi cub acara ini pula, minum 2 gelas air kosong dalam masa 30 minit sebelum makan. Dengan cara ini, perut anda akan lebih terisi dan lebih cepat kenyang, sehingga nafsu makan terkawal dengan baik.
Masih ramai yang percaya sekiranya mengambil sarapan, berat badan akan naik! Tenang, pernyataan ini tidak benar ya. Ya benarnya, apabila mengambil sarapan, anda akan memiliki nafsu makan yang terkawal dengan baik ketika makan tengah hari, dan dan tidak makan berlebihan yang akan membuat berat badan jadi naik.
Kebanyakkan produk-produk untuk membantu menurunkan berat badan, seperti teh ataupun aroma terapi, pasti terkandung peppermint. Rupanya, ada penelitian yang menunjukkan hasil kajian bahawa dengan menghidu aroma peppermint, dapat membuat anda lebih cepat kenyang, sehingga dapat mengawal nafsu makan dengan baik.
Makan tepat pada waktu juga sama pentingnya dengan poin no3 penting untuk menjaga nafsu makan. Jadi, apabila tiba waktu sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam, pastikan jangan terlewat atau menunda hingga anda terrasa lapar. Sekiranya anda langkau salah satu, nafsu makan anda tidak dapat dikawal.
Siapa sangka, jika bangun lewat boleh membuatkan selera makan anda tidak terkawal. Anda mesti sering mendengar bahawa tidur lewat boleh menyebabkan kegemukan. Ya, perkara ini dikeran dengan berjaga sehingga anda sukar mengawal selera makan anda. . Jadi, tenaga yang terbuang ketika bangun malam akan digantikan oleh rasa lapar yang tidak dapat dihentikan. Oleh itu, anda harus mengelakkan tabiat makan larut malam ini ya.
Sejak kebelakangan ini, makan dengan penuh perhatian sering digunakan dalam pelbagai usaha untuk menurunkan berat badan. Makan dengan penuh perhatian bermaksud makan sangat menikmati dan hidup.
Makan perlahan dan tidak terburu-buru tentunya dapat membuat anda lebih menikmati makanan yang dimakan. Selain itu, hindari melakukan aktiviti lain ketika makan. Fokuslah dengan apa makan yang anda dan menikmati setiap gigitan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.