Sesungguhnya, tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Seorang ibu bersusah payah sejak anak dalam kandungan lagi sehinggalah anak itu dilahirkan. Kemudian ibu bapa mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan ibadat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ia merupakan tuntutan syarak. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa dan hukumnya adalah fardu ain. Apabila dihukumkan fardu ain maka wajiblah berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa seseorang anak akan dipandang hina dan tidak akan masuk syurga jika dia mencuaikan atau tidak berbuat baik kepada ibu bapanya yang sudah tua dan uzur.

Sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ''Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina.'' Baginda ditanya : ''Siapakah (yang hina itu) wahai Rasulullah?'' Baginda menjawab: ''Orang yang mendapati kedua ibu bapanya ketika mereka dalam keadaan tua sama ada salah seorang atau keduaduanya, kemudian dia tidak masuk syurga.''

(Hadits riwayat Muslim)

Ads

Hargailah ibu bapa kita kerana tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.

Berikut perkongsian Mila Jirin di Instagramnya.

NAK BERJAYA DALAM KEHIDUPAN?

Ads

Jaga Mak Ayah sebaiknya, kongsi rezeki dengan mak ayah, jangan pernah berkira kira dengan urusan mak ayah…Insya Allah, Allah akan cukupkan…yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan…

Taat pada suami…Restu doa Suami, Mak Ayah, dan Mertua Asbab kepada kejayaan Insya Allah…

Jaga hubungan dengan ALLAH, sebab apa?? rezeki ni kan milik Allah….kita ni tak ada apa apa pun, semua nya pinjaman…

Ads

Nak berjaya dunia Akhirat, cepat cepat audit bagaimana hubungan kita dengan mak ayah dan mertua…

Bahagiakan Mak Ayah, Insya Allah, Allah bahagiakan kita dengan pelbagai kebahagian (bukan hanya wang ringgit semata mata)

Bersederhana dalam kehidupan…insya Allah, cari KEBERKATAN…Insya Allah akan sentiasa CUKUP.

NAK BERJAYA DALAM KEHIDUPAN??? – Jaga Mak Ayah sebaiknya, kongsi rezeki dengan mak ayah, jangan pernah berkira kira dengan urusan mak ayah…Insya Allah, Allah akan cukupkan…yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan… – Taat pada suami…Restu doa Suami, Mak Ayah, dan Mertua Asbab kepada kejayaan Insya Allah… – Jaga hubungan dengan ALLAH, sebab apa?? rezeki ni kan milik Allah….kita ni tak ada apa apa pun, semua nya pinjaman… – Nak berjaya dunia Akhirat, cepat cepat audit bagaimana hubungan kita dengan mak ayah dan mertua… – Bahagiakan Mak Ayah, Insya Allah, Allah bahagiakan kita dengan pelbagai kebahagian (bukan hanya wang ringgit semata mata) – Bersederhana dalam kehidupan…insya Allah, cari KEBERKATAN…Insya Allah akan sentiasa CUKUP – gambar dari @bizmillatravel Jika plan nak bawa mak ayah menunaikan umrah, FOLLOW @bizmillatravel ya

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on Feb 13, 2020 at 8:03am PST


Sumber kredit: Mila Jirin

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI