Umum sedia maklum bahawa pemilik nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina merupakan antara selebriti dan aktivis kemanusiaan yang jarang terpalit kontroversi.
Terdahulu, pada 4 Ogos tahun lalu Mizz Nina pernah mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba memaklumkan berkenaan perceraian bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Kini, dalam diam setelah menyediri kurang lebih hampir setahun. Mizz Nina mengumumkan bahawa dia kini telah pun menjadi suri hati kepada seorang lelaki Maghribi dikenali sebagai Essam Muhammad.
Mizz Nina Yakin Essam Mampu Telusuri Jalan Dakwah Bersamanya!
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mizz Nina menerusi muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Jelasnya, majlis pernikahan berkenaan diadakan menerusi sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan berjaya mencuri hatinya setelah berkongsi matlamat yang sama iaitu mahu membantu agama menerusi jalan dakwah.
Ads
“Kami berdua sudah sepakat untuk mendedikasikan hidup kami kepada dakwah.
“Kami berkongsi tujuan, aspirasi di samping sangat teruja untuk melangkah ke fasa baru hidup kami.
Lain orang lain kelebihan yang dikurniakan kepada Ilahi. Baru-baru ini viral kisah seorang instafamous yang dikatakan gagal dalam kebanyakan mata pelajaran. Pengakuan berani itu menyebabkan dirinya dikecam netizen. Berlainan pula kisah gadis ini yang turut terpanggil menjawab persoalan diajukan kepadanya berhubung isu ini.
Dia yang yang dikenali dengan nama Kak Citi Awe sering muncul dalam video Mat Lutfi ini juga merupakan seorang ahli farmasi yang cukup cemerlang dalam pelajarannya.
My DM is full with request to talk about this, so here is my comment.
Lain orang Allah kurniakan kebolehan yang berlainan. Ada yg tak rajin study tapi jenis cepat pick up. Ada org pandai tapi family susah jadi tak dapat focus belajar, result tak gempak. Ada orang rajin belajar tapi result masih biasa2. Ada yang tak pandai akademik tapi skill dan kemahiran lain luar biasa power dia. Rezeki masing2.
Tak kisah la 17A+ ke 7G ke 4flat setiap sem ke, yang penting kita berusaha betul2. Adab menuntut ilmu, adab dengan guru, budi bahasa. Dulu takut sgt kalau cikgu kecik hati. Setiap patah keluar dr mulut sgt berhati-hati. Kalau result tak elok cepat2 minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab.
Followers & fame ni temporary je. Nak tiktok & musically berpada-padalah adik2, jangan sampai tak belajar sbb seronok dapat duit paid review. Jauh lagi perjalanan hidup kita ni. Tu pun kalau tuhan tak cabut nyawa awal.
Kalau tak nak sambung belajar takpe, tapi jangan cakap “aku belajar takat SPM, takde pelajaran pun lagi kaya” sebab hidup kita ni bukan duit semata2. Dan yang paling penting, tak pandai takpe. Janji jadi lah manusia yang menyumbang kepada masyarakat, tak buang sampah tepi jalan, tukar lane bagi signal & flush lepas bae-rak.
Disclaimer just in case, i sat for my SPM 10 years back. Dah tkde makna dah pun nk berlagak show off result. Org umur 27 berlagak dgn result SPM ni umpama berlagak menang pertandingan mewarna masa darjah 3. In fact sekarang pun i am just a mediocre junior pharmacist, clinical pun tak power. Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada kakcitiawe
Akibat menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang menuruni tangga, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda bagi menyenangkan pergerakannya.
Menerusi akaun twitternya @cheminahsayang, Tunku Azizah Aminah yang berkongsi kisahnya mengenai insiden yang terjadi itu. Waktu itu, baginda sedang khusyuk melayari twitter sehingga tidak menyedari langkah kakinya di tangga hingga terpelecuk.
Kaki baginda telah mengalami ‘hairline fracture’ atau terseliuh akibat insiden itu. Walau bagaimanapun, Tunku Azizah dilihat begitu bersahaja dan masih boleh bergurau mengenai kejadian yang menimpa dirinya. Baginda mengatakan ianya sebagai ‘kecederaan media sosial’.
Menurut penulisannya di akaun twitter, baginda terpaksa berehat selama enam minggu akibat kecederaan yang dialami itu. Tambahnya lagi, baginda terpaksa melupakan hasratnya untuk jogging bersama anaknya setiap hari selepas solat Subuh.
Para pengikut isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di laman twitter turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap baginda selain tidak lupa turut mendoakan agar baginda cepat pulih seperti sedia kala.
Baginda juga turut rasa terharu apabila melihat sokongan yang bertalu-talu daripada pengikut laman sosialnya. Hijabista juga mendoakan agar baginda cepat sembuh dan selalu dalam lindungan Allah.
Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Ternyata wanita berusia 92 tahun ini sejujurnya mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandang banyak membantunya. Bercakap pada Majalah Keluarga, Tun Dr Hasmah berkata cabaran sentiasa ada tetapi kerana sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat.
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
Menurutnya jawatan doktor sedikit sebanyak membantu dalam pergaulan kepada masayarakat.
“Masyarakat sangat menghormati doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya bagaimana kita berusaha dengan masarakat dengan berhubung rapat dengan mereka.
“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
Bercerita tentang tugasnya sebagai ibu, beliau yang mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup 62 tahun bersama Tun M, tersenyum sambil bercerita.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah.
“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
Wanita pertama negara ini juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.