Malaysia di mata dunia! Itulah kebanggaan yang boleh dinyatakan apabila penyanyi, Layla Sania menjadi anak Malaysia kedua selepas Yuna yang wajahnya berjaya terpapar di papan iklan di Times Square, New York.
Biarpun masih hijau dalam industri seni, penyanyi berusia 19 tahun itu yang juga fasih berbahasa Mandarin teruja apabila berpeluang menyertai kempen Equal anjuran platform penstriman terkenal iaitu Spotify dan berharap lebih ramai lagi pemuzik wanita bangkit dan berusaha untuk mengejar impian mereka.
Ads
Layla sebagai wajah kempen Equal mewakili Malaysia & Singapura
Gemar membuat cover lagu di laman instagramnya, Layla bersyukur apabila peluang untuk terlibat dalam kempen ini hadir buat dirinya bersama 34 orang artis antarabangsa yang mewakili 50 negara di seluruh dunia.
Gelaran ‘Biduanita Negara’ yang diraih menjadi pengiktirafan terbesar bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam industri seni.
Bintang legenda kesayangan ramai ini dinobatkan dengan gelaran itu selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.
Lebih membanggakan, DS Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang menerima Anugerah Biduan Negara selepas Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
DS Siti Nurhaliza tampil manis dan sopan dalam persalinan istimewa rekaan Ezuwan Ismail. Manakala wajahnya yang jelita dirias sempurna oleh jurusolek profesional tersohor, Epie Temerloh.
Tatkala berkongsi momen gembira itu dengan para peminat dan pengikutnya, platform media sosial milik penyanyi berusia 45 tahun ini dihujani ucapan tahniah serta pujian.
“Lafaz syukur dan setinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
“Jujur dari lubuk hati terdalam, perancangan ke hadapan masih panjang, sejauh mana pun karier ini dilalui, saya memahami akar yang kuat mengikat hati dan jati diri.
“Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada semua pihak, platform dan individu, saya dengan rendah hati mendoakan agar kita semua dikurniakan kebaikan dunia akhirat.”
DS Siti Nurhaliza turut berterima kasih kepada semua yang mendukung dan melihat detik jatuh bangunnya sebagai anak seni.
“Alhamdulillah. Dengan penuh kerendahan diri, saya bersyukur kehadrat Allah swt di atas apa yang dipinjamkan kepada saya selama ini. Terima kasih buat semua yang melihat jatuh bangun saya dan berada mendukung karier saya dalam apa jua keadaan.”
Memetik kata-kata DS Siti Nurhaliza ketika memberikan ucapan pada majlis berprestij itu, seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tetapi dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat.
“Saya berpeluang bertemu peminat dari pelbagai bangsa dan latar belakang termasuk memperkenalkan Malaysia apabila membuat persembahan di luar negara. Saya bersyukur kerana karier seni ini mematangkan diri saya seterusnya memberikan inspirasi serta pengaruh yang baik kepada masyarakat.”
DS Siti Nurhaliza turut menyatakan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik demi industri seni tanah air.
“Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” ujarnya.
Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara beliau menerima wang tunai RM30,000 di samping kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.