Dugaan berat menimpa sebuah keluarga kecil apabila suami serta dua orang anaknya termasuklah dirinya diuji dengan musibah pada waktu yang sama.
Di Facebook, Emmy Farhany Ahmad telah berkongsi kisah mengenai sepupunya, Fatin Elika Elisya yang dimasukkan ke ICU selepas suaminya koma sejak dari dua minggu lalu akibat semput kronik.
Baru sahaja habis pantang selepas melahirkan anak kedua
Salam sahabat dan saudara semua…
Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yang cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ICU. Sekarang dalam keadaan koma…
Ads
Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya… sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan… malam tadi pula… sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke ICU kerana ada jangkitan kuman dalam darah… Fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi… bila darah drop…
Ads
Fatin terus rebah sampai biru-biru muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… berat lagi ujian.. Dalam mereka suami isteri di ICU… harini baby pulak warded 😭😭😭 beberapa harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yang pergi hospital…
Tanpa disangka, anak kecilnya itu pula terkena sawan tangis manakala si abang pula mempunyai masalah ekzema.
Rupa-rupanya baby pun x ok… dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tapi tak dapat ubati… hanya mengurangkan sakit saja… anak sulung pun tengah tak sihat.. demam… eczema teruk… sian si abang… 😭😭😭 saat ini si abang dijaga oleh mak sedaranya…
Ads
foto sekadar hiasan
Jadi… saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya… please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak. Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dpt membalasnya.
Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang kau dik 😢😢😢 Sebak sangat.. saat ni rase mcm useless sangat sebab tak boleh balik kampung.. Bagi moral support kat family.. 😪😪
Sebagai rakyat yang prihatin, sama-samalah kita mendoakan agar Tuhan mengangkat kesakitan yang mereka hadapi ini dan diberi ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Amin Ya Rabb.
foto sekadar hiasan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar berpeluang menunaikan ibadah haji. Pasangan muda ini menghabiskan kira-kira 12 hari di tanah suci. Setelah bergelar Hajah pada usia muda, penampilan terkini Aurel Hermansyah turut menjadi perhatian.
Selepas pulang dari haji, Aurel Hermansyah segera melaksanakan pelbagai agenda antaranya menghadiri majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, sambutan harijadi dan lamaran adiknya Azriel Hermansyah.
Penampilan terkini Aurel Hermansyah tidak banyak berubah. Ibu kepada dua anak ini masih mengekalkan gayanya.
Pada majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, Aurel Hermansyah tampil dengan kebaya biru bersulam yang dipadankan dengan selendang dan skirt polos labuh serta bertudung.
Pada majlis makan malam lamaran adiknya pula, Aurel tampil serba hitam dengan pakaiannya ditambah dengan kerongsang jenama Chanel. Dia memadankannya dengan tudung bawal.
Semasa kejutan harijadi Azriel, Aurel tampil memakai baju berjalur coklat labuh yang dipadankan dengan seluar flare hitam.
Ketika keluar berdua dengan anaknya Ameena, Aurel memilih tweed putih dengan aksen poket. Aurel memilih tudung bawal rona kelabu bagi melengkapkan penampilan.
Semasa bersama rakan-rakan sosialnya, Aurel tampil kasual dengan jaket tweed putih yang dipadankan dengan seluar hitam dan kasut tumit bertali.
Aurel tampil serasi dengan suaminya, Atta dengan pakaian berwarna oren. Aurel memakai kemeja bersama seluar yang digabungkan dengan shawl rona pink belacan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat anda yang gemar menonton video memasak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda pastinya mengetahui saluran YouTube Sugu Pavithra.
Berasal dari Sungai Siput Perak, Sugu yang merupakan seorang suri rumah sering berkongsikan resepi masakan terutama sekali masakan India di YouTube seperti vadai, kari ayam dan sambal udang.
Menariknya, dia fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menggunakan bahasa tersebut dalam videonya.
Walaupun baru sahaja tiga bulan, dia sudah berjaya mengumpul lebih 115 ribu ‘subscriber’ di akaunnya biarpun pada awal video pertamanya iaitu cara memasak ikan bakar hanya mendapat lebih kurang 300 tontonan sahaja.
Hanya menggunakan kamera telefon bimbit untuk merakamnya, Sugu membuktikan yang dia tidak perlukan kemahiran mengedit video yang tinggi atau prop yang mahal untuk menarik minat penonton sebaliknya hanyalah isi kandungan video yang berkualiti dan ringkas.
Bermula dengan suka-suka, Sugu kini sudah boleh meraih pendapatan ribuan ringgit daripada pihak YouTube hasil video yang dimuat naiknya itu.
Pastinya cara penyampaian Sugu yang ikhlas sewaktu berkongsi ilmu dan caranya memasak yang tidak renyah membuatkan salurannya sentiasa menjadi pilihan penonton sehinggakan angka pengikutnya naik mendadak setiap hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seminggu yang lalu, penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur. Memilih tarikh 1 Rejab untuk melahirkan anaknya itu, Siti dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel. Alhamdulilllah, kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Beberapa hari selepas kelahiran puteri kesayangan mereka, wajah anak itu telah tersebar secara meluas meskipun Siti dan suaminya berjanji untuk berkongsi wajah anak mereka pada hari yang ke-7. Dato’ Sri Khalid sendiri melahirkan rasa terkilan di atas penyebaran gambar tersebut tetapi memaafkan individu yang menyebarkan gambar itu.
Semalam, satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik telah diadakan sempena menyambut hari ke-7 kelahiran puteri comel ini. Demi menunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Siti dan suaminya telah berkongsi wajah anaknya menerusi laman Instagram. Subhanallah, memang comel ‘bayi comel pipi merah’ ini! Hijabista sendiri cukup teruja melihat kecomelan puteri sulung Siti ini.
Semasa majlis berlangsung, Siti kelihatan manis dengan persalinan busana rona hijau lembut rekaan Ezuwan Ismail dipadankan bersama selendang rona pastel. Jika selebriti lain mahu kelihatan glamor di majlis aqiqah anak mereka, Siti memilih untuk tampil sederhana dengan sarungan jubah berpotongan ringkas dengan mainan lace pada bahagian tangan. Menerusi gambar yang dimuat naik menerusi lnstagram, puterinya juga turut memakai gaun labuh dari rona yang sedondon.
Turut menarik perhatian Hijabista adalah dekorasi majlis aqiqah dan tahnik yang cukup meriah dan indah ibarat berada di dalam taman bunga. Bertemakan mainan rona pastel dan putih, dekorasi majlis ini telah disempurnakan oleh Nas Great Idea Weddings. Hijabista percaya Siti turut berpuas hati melihat hasilnya yang cukup memukau. Meskipun masih di dalam pantang, Siti tetap tersenyum manis meraikan tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Terpancar kebahagiaan dan kegembiraan di wajahnya.
Pada malam itu, Siti dan suami turut mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum. Bayi comel pipi merah itu diberi nama Siti Aafiyah binti Khalid di mana perkataan ‘Aafiyah’ di dalam bahasa Arab bermaksud ‘segala yang baik-baik.’ Pengumuman nama puteri sulung mereka itu dilakukan sendiri oleh Siti dan suaminya. Menerusi laman Instagramnya sendiri, Siti telah berkongsi video doa yang telah mencetuskan ilham mereka untuk menamakan puteri mereka. Menurut Siti, nama tersebut diperolehi ketika mereka suami isteri mengerjakan umrah di Makkah. Suaminya sering membaca doa pendek yang mempunyai perkataan Aafiyah.
Meskipun terdapat sedikit komplikasi selepas proses kelahiran di mana beliau kehilangan banyak darah dan hanya boleh berjalan pada hari ketiga, Siti seakan tidak percaya yang dia kini sudah memiliki seorang bayi yang cukup sempurna. Hilang segala sakit apabila melihat wajah anaknya itu.
Hijabista ucapkan tahniah kepada Siti dan suami di atas kelahiran puteri comel itu. Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan bonda.