Malah, mereka berpendapat BCL nampak lebih cantik dan anggun apabila menutup aurat. Banyak doa yang dipanjatkan agar BCL terus kekal bertudung selepas pulang daripada umrah.
Ads
Mengakhiri 2023 Dengan Umrah
Selepas berbulan madu di Bali baru-baru ini, BCL dan Tiko memilih untuk menunaikan ibadah umrah pada ambang tahun baharu 2024.
Mereka menghabiskan hujung tahun 2023 dengan beribadat di tanah suci sebagai pasangan suami isteri.
Mereka kelihatan gembira menjalankan ibadah tersebut pada malam tahun baharu.
Ads
Tunai Impian Allahyarham Ashraf Sinclair Yang Tak Kesampaian
Pada masa sama, Tiko berjaya merealisasikan impian Allahyarham Ashraf Sinclair untuk membawa BCL menunaikan ibadah umrah.
Ternyata usaha Tiko itu telah menyentuh hati wargamaya yang kemudiannya mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
BCL berkahwin dengan Tiko Aryawardhana di Amankila Resort, Kabupaten Karangasem, Bali pada 2 Disember 2023. Tiko mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Untuk rekod, BCL mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Ashraf Sinclair pada November 2008.
Namun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan yang kini berusia 14 tahun.
Kredit Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Neelofa sambut hari lahir ke-37 dengan penuh makna apabila ucapan istimewa daripada ibu tercinta, Datin Noor Kartini Noor Mohammed, mencuri perhatian peminat selepas dimuat naik di media sosial hari ini.
Usahawan terkenal itu menitipkan luahan penuh kasih dan doa buat anak perempuannya, Noor Neelofa, sempena ulang tahun kelahiran selebriti dan usahawan berjaya tersebut. Perkongsian beremosi itu bukan sahaja menyentuh hati Neelofa, malah turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut serta peminat.
Menerusi hantaran di Instagram, Noor Kartini memuat naik sekeping foto bersama Neelofa sambil menzahirkan rasa syukur dan bangga melihat perjalanan hidup anaknya yang kini semakin matang, berprinsip serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Ucapan tersebut sarat dengan doa, kasih sayang dan harapan seorang ibu yang tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan serta kejayaan anaknya di dunia dan akhirat.
“Happy Birthday wahai anakku sayang ❤️ Sekuntum bunga indah yang tumbuh di taman hati mama dengan penuh rasa syukur dan kasih yang dihadiri dengan doa-doa yang istimewa berpanjangan untuk melihat anakku Neelofa menjadi seorang insan yang menabur benih kebaikan ke seluruh pelusuk alam.
Allah Maha Indah aturannya. Mama bangga melihat anakku di pentas berkongsi penuh semangat untuk memberi manfaat kepada ummah. Allah terima kasih Allah.
Ya Allah angkatlah darjatnya dan keturunannya dan capai segala cita-cita dan qabulkan doa-doa anakku Neelofa,” tulis Kartini.
Luahan tersebut jelas menggambarkan rasa bangga seorang ibu melihat anaknya berdiri di hadapan khalayak, berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada ramai.
Hantaran itu pantas dibanjiri ribuan komen daripada peminat dan pengikut Neelofa. Ramai yang tersentuh membaca doa seorang ibu yang ikhlas, malah ada yang meluahkan rasa terharu kerana Neelofa masih menerima doa dan restu ibunya pada usia 37 tahun.
Ucapan tersebut dianggap bukan sekadar sambutan hari lahir, malah menjadi peringatan tentang besarnya nilai doa seorang ibu yang tiada hijab di sisi Allah SWT.
Untuk rekod, Noor Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti, Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Kini, Neelofa dilihat lebih aktif berkongsi tentang kehidupan berkeluarga, keusahawanan serta pengisian rohani yang memberi inspirasi kepada ramai wanita Muslimah.
Semoga usia 37 tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kejayaan buat Neelofa, serta terus menjadi sumber inspirasi kepada ummah dengan doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penularan wabak covid-19 memang merisaukan semua masyarakat dunia. Malaysia juga telah mengumumkan Perintah Pengawalan Pergerakan bagi membendung masalah ini daripada terus melarat.
Selain itu, ramai juga pasangan mempelai yang mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana risau dengan situasi yang terjadi ketika ini.
Namun baru baru ini, tular foto megenai pasangan pengantin yang mengadakan majlis persandingan mereka dengan konsep yang begitu unik sekali iaitu drive-thru! Menariknya, para jemputan tidak perlu turun daripada kenderaan mereka malah bungkusan makanan juga sudah tersedia buat mereka.
MAJLIS KAHWIN DRIVE THRU 2020.
Bersempena Isu Covid 19
1) Isyarat Tangan Sebagai Tanda Salam. 2)Tabung Sumbangan Pengganti Salam Keruk 3)Pihak Pengantin Hulur Makanan 4)Tetamu Ambil Makanan,Isyarat tangan Kembali Tanda Terima Kasih.
Kurangkan ke tempat terbuka dan bersentuhan.Kerana kami Prihatin.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.