Kerana SUARA Itu AURAT, Wanita Ini DIHALANG Mengacarakan Satu MAJLIS. Ini Penjelasan MUFTI KELANTAN!

Share

Suara sememangnya termasuk di dalam aurat yang perlu dijaga oleh seorang wanita. Kerana fakta itu, seorang wanita bernama Ameera Aida telah dihentikan daripada mengacara satu majlis kanak-kanak di Kota Baru, Kelantan. Menerusi akaun Twitternya, wanita ini mengakui kecewa dengan larangan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya.

Menurutnya, dia sudah mematuhi etika pakaian seperti bertudung dan memakai kemeja-T longgar semasa mengacarakan majlis tersebut. Disebabkan itu, dia terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Tambahnya lagi, dia diberitahu bahawa wanita tidak boleh menggunakan mikrofon untuk bercakap kerana suara wanita adalah aurat.





Ameera juga turut kerugian apabila telah membuat bayaran untuk tiket penerbangan serta bilik hotel selama 5 hari tetapi hanya bekerja selama 2 hari sahaja. Posting Ameera ternyata mendapat perhatian daripada Mufti Kelantan iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Menerusi temu bual bersama The Malay Mail Online, mufti Kelantan berkata Islam tidak melarang wanita tampil bersuara apatah lagi menggunakan mikrofon.
Foto: Sumber Google

Malah, katanya suara wanita dikira sebagai aurat jika dalam solat. Sekiranya di luar solat, ia bukanlah aurat dan wanita bebas bersuara selagi ia tidak mendatangkan fitnah. Ulas lanjut Datuk Mohamad Shukri, insiden ini bukan melibatkan masalah fatwa tetapi lebih kepada isu pentadbiran.  Beliau berpendapat bahawa MPKB mungkin bertindak demikian disebabkan teknikal, salah faham atau berkemungkinan pihak penganjur tidak mematuhi syarat dan sebagainya.

Semoga ulasan mufti Kelantan ini bermanfaat untuk anda semua. Ya, memang suara itu aurat tetapi wanita bebas bersuara selagi ia tidak mendatangkan fitnah dan keburukan.

Sumber: The Malay Mail Online

IKLAN