Kejelitaan bekas ratu Malaysia ini sememangnya diakui ramai. Sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara dikenali, di usianya kini yang meningkat kecantikan masih dijaga dan seakan tiada perbezaan berbanding zaman mudanya.
Kini kecantikan Erra Fazira terserlah diwarisi oleh anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat usia remaja. Tular perkongsian primadona ini meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya itu telah mencuri perhatian ramai.
Dalam muat naik itu dipaparkan bahawa Erra Fazira bersama anaknya yang sedondon mengenakan pakaian serba hitam dan putih dan berhijab kelabu. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah penampilan anaknya yang sangat stailo dan berhijab.
Cantik dan jelita persis ibunya juga! Perkongsian rakaman anak Erra Fazira dipuji ini yang dimuat naik menerusi Instagram selebriti jelita itu telah meraih lebih daripada 30 ribu tanda suka. Betullah kata pepatah mengatakan mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ads
Rata-rata warga maya meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen, mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.
“Cantik alesya bertutup sopan dan ayu macam mama..” malah rata-rata Aleesya tak seperti anak muda yang di luar pemalu dan penampilan tidak perlu seksi untuk tarik perhatian ramai.
Doa agar kekal istiqomah
Ads
Engku Aleesya hasil dari perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran ini, tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri. Kita hanya berpeluang mengikuti perkembangan si gadis jelita ini menerusi media sosial ibunya. Ternyata ramai juga yang memuji didikan yang diberi.
Kurang seminggu lagi, bulan Ramadan Al-Mubarak akan membuka tirainya! Bermakna hijabi semua dah boleh merancang untuk berbuka puasa di mana, sepanjang bulan puasa ni!
Tak mungkin selama sebulan hanya iftar di rumah sahaja kan? Tambahan pula, masa berbuka puasa ni lah waktu yang amat tepat untuk kita mengeratkan ukwaah sesama ahli keluarga, rakan taulan, jiran dan juga pasangan.
Jadi sementara masih ada masa lagi, apa kata Hijabi sediakan Wishlist Iftar untuk Ramadan tahun ini, tapi dua destinasi ni ‘wajib’ ada dalam senarai tau, sebab dua destinasi pilihan Hijabista ini, menawarkan juadah iftar yang amat berbaloi dengan tawaran harga berpatutan.
Bermula pada 23 Mac sehingga 21 April nanti, Ormond Hotel yang terleak di Chow Kit bakal menjamu ‘taste buds’ Hijabi dengan juadah berbuka puasa bertemakan ‘Citarasa Malaya’, lebih menarik lagi ia menawarkan variasi hidangan serantau yang popular dan kaya dengan budaya nusantara Malaysia.
Antara hidangan yang bakal membuatkan anda kecur air liur adalah, Nasi Ulam atau Nasi Minyak yang dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuka selera yang terkenal di negeri-negeri sekitar Malaysia seperti Udang Sambal Petai Berlada yang terkenal di Kedah dan Ikan Bakar panggang ala Johor yang diperap menggunakan ramuan istimewa turun temurun.
Selain itu, terdapat juga Gulai daging kentang dan kerisik yang berasal dari Terengganu, serta ayam Percik Madu bersalut kelapa dan kunyit dari Kelantan. Tidak dilupakan juga pelbagai jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Usai menjamu hidangan utama, jika masih lapar, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan sampingan seperti satay ayam, cucur udang, Sup Gear Box Kambing, Roti Bakar ataupun Laksa Johor!
Setelah puas bersantap, boleh lah sis nikmati pemanis mulut pula yang terdiri daripada pelbagai kuih muih tradisional melayu (Seri Muka, Gula Melaka Indulgence and Corn Custard Pudding) atau nikmati dua pencuci mulut terbaik Malaysia iaitu Bubur Pulut Hitam dan Sago Gula Melaka dan basahkan tekak dengan air Milo atau Teh Tarik panas.
Banyak betul juadah yang menyelerakan, tentu harganya mahal! Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk anda nikmati Bufet ‘Citarasa Malaya’ ini amat mampu milik dimana untuk tiga orang, hanyalah bernilai RM420++ sahaja!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi bufet pada bulan Ramadan nanti dan ingin membuat sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang thechowkit.com/eat-drink atau hubungi +603 2778 6688 untuk sebarang pertanyaan.
Bagi Hijabi yang gemarkan makanan kampung sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, Tune Hotel KLIA-KLIA2 adalah tempat yang WAJIB dituju, kerana MAKAN@Tune Hotel menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Hijabista difahamkan bufet ‘Selera Kampung’ ini akan mula menjamu orang ramai bermula 27 Mac ini hingga 16 April nanti.
Antara juadah dan tarikan menarik yang bakal menjadi menu hidangan bufet ini semestinya hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Putih, Sup Ayam Berempah, Ikan Bakar Daun Pisang, Gulai Kawah, Asam Pedas Tenggiri, variasi pelbagai jenis ulam-ulaman segar yang lengkap dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan bermacam lagi yang pasti membuatkan anda rambang mata memilih!
Hidangan sampingan pula terdiri daripada Sate Ayam yang dibakar panas-panas dan Roti John yang dimasak secara terus dihadapan tetamu. Manakala, sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional, Buah-buahan segar, variasi kek dan juga puding untuk dinikmati.
Hijabis juga boleh membasahkan tekak anda dengan menikmati ais Cendol atau Air Batu Campur yang disediakan dengan pelabagai jenis ‘toppings’.
Harga bagi bufet ‘Selera Kampung’ ini adalah seperti berikut:
Dewasa – RM98++ (seorang)
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM48++ (seorang)
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun – Percuma
Lebih menarik lagi sekarang sedang berjalan promosi harga ‘Early Birds’ yang menawarkan harga lebih rendah, jika anda membuat tempahan sebelum 26 Mac ini, iaitu hanya RM88++ bagi seorang individu dewasa.
Anda juga dapat menikmati dikaun tambahan sebanyak 10 peratus sekiranya menempah secara berkumpulan sekurang-kuranya 10 orang dewasa atau lebih.
Jika hijabi berminat untuk membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-87871726 atau emailkan pertanyaan anda di makanminum.klia2@tunehotels.com
Daun Neem cukup dikenali di India atau Azadirachta indica ialah herba semulajadi yang berasal dari benua kecil India. Neem terkenal dengan sifat racun serangga dan racun perosak, tetapi tidak lama kemudian ia mendapat tempat di dunia kecantikan.
Sejak itu, semua orang cuba mendapatkannya! Setiap bahagian pokok neem, seperti daun, kulit kayu dan biji benih digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain itu, minyak yang diekstrak daripada neem digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan kesihatan dan kecantikan. Neem telah didapati mempunyai kesan yang hebat pada rambut dan juga kulit, tetapi hari ini kita akan memberi tumpuan kepada manfaatnya pada kulit dan pelbagai masalah kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mari lihat cara menyediakan pelbagai jenis pek muka neem untuk pelbagai masalah kulit.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Sifat antibakteria neem membantu dalam memerangi bakteria dan mengelakkan jerawat. Manakala daun tulsi adalah herba dengan ciri antimikrob, antikulat dan antibakteria ajaib yang bukan sahaja membantu mengecutkan jerawat tetapi juga membantu dalam menghilangkan parut jerawat.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Jus neem dan kentang mempunyai khasiat perubatan yang membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan menghilangkan cela. Malah yogurt mengandungi acidophilus, unsur makrobiotik halus yang membantu menyegarkan kulit dan dengan itu membantu menghilangkan bintik-bintik gelap.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Sifat pelembap jus daun pisang dan neem akan berfungsi dengan baik untuk kulit kering dan memastikan ia terhidrat untuk tempoh yang lebih lama. Gunakan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang licin dan anjal.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Jus neem dan madu membantu dalam mencerahkan pigmentasi kulit memberikan rupa yang bercahaya. Tanah liat bentonit mempunyai kesan pengelupasan ringan yang membantu dalam membuang sel-sel mati dan serta-merta memberikan rupa berseri pada kulit anda.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
‘Kesan penyejukan’ gel aloe vera bersama dengan sifat menenangkan neem dan air mawar adalah gabungan sempurna untuk membolehkan penyembuhan kulit. Selaran matahari dan ruam matahari biasanya dilihat semasa musim panas dan ubat ini dapat membantu anda dengan sempurna.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Saponin, sebatian semula jadi dalam oat, bertindak sebagai pembersih semula jadi dan membantu dalam menghilangkan minyak dan kotoran yang menyumbat liang-liang. Ia mengelupas kulit dan membantu dalam membuang kulit mati. Skrub ini boleh membantu anda mencapai kulit licin lembut.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Sifat pelembap betik dan neem akan membantu mencerahkan kulit anda dan menambah cahaya segera pada wajah. Kekayaan serbuk cendana mempunyai banyak sifat seperti anti-radang, bertindak sebagai astringen dan penghidratan yang membantu dalam pencerahan kulit.
Anda perlu:
Cara membuat dan menggunakan:
Faedah:
Asid ellagic dalam strawberi berfungsi melawan kerosakan kulit akibat sinaran UV dan enzim yang memusnahkan kolagen. Ini, seterusnya, membantu dalam mencegah pembentukan kedutan. Asid lemak dalam neem dan asid laktik dalam dadih merangsang pengeluaran kolagen dan membantu anda kelihatan lebih muda daripada usia anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Seperti perkongsian gadis ini yang ada pengalaman menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan pada tahun lalu. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan.
Ikuti pengalamannya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
Dalam perkembangan terbaru Amalina, dia telah muat turut posting terbaru memberitahu cyst yang dialami bukanlah kanser. Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Dia juga turut memberitahu, sejak dimuat turut pengalamannya itu di laman sosial facebook, Amalina berkata tidak putus menerima mesej bertanyakan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.