Mendengar nyanyian penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU). Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik. Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyian Tuhan Jagakan Dia menjadi viral dan mendapat tempat di kalangan penggemarnya. Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.
Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.
Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 2.6 juta tontonan di laman youtube.
“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.
“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.
“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.
“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.
“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu.
“Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.
“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.
Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.
“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.
“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.
Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.
“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.
Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.
“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.
“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.
“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.
Tambah gadis berusia 18 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.
Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.
Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.
Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.
Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.
Farhatul Fairuzah selebriti media sosial, meluahkan kesyukuran apabila menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
Menyarungkan busana berwarna biru firus rekaan Eja Shahril, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu berkongsi beberapa gambarnya dan momen bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain menerusi laman Instagramnya.
Nor Farhatul Fairuzah Panut merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin, dia juga bekas pelajar Sekolah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan. Mula belajar taranum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah padausia tuhuj tahun. Menariknya mengenai hijabi ini, kesemua adik-beradiknya aktif menyertai pertandingan tilawah, ini baru betul Quran buat Ummah.
Pernah dapat jolokan Umm Kulthum Malaysia dalam kalangan peminat, kerana gemar menyanyi lagu Arab. Penyanyi Umm Kulthum pencipta lagu dan aktres popular Mesir yang terkenal dengan lagu klasik Arab.
Fenomena baharu remaja islam di Malaysia
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini dan mendorong ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menjadikan tilawah al quran totonan wajib.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada generasi muda dan buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran bukan sahaja di Negara ini malah di serata dunia.
Momen Dikurniakan Darjah Kebesaran
Ditemani ibu tercinta, qariah berusia 23 tahun itu turut merakam gambar kenang-kenangan dan momen-momen bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Seringkali berdepan dengan masalah kesukaran untuk tidur (insomnia) meskipun badan merasa penat dan letih bukanlah masalah yanh harus dipandang enteng kerana ia bakal menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan.
Ini kerana, sekiranya anda berdepan masalah sukar untuk tidur, sekaligus menjadikan fikiran tidak tenteram maka ketenangan diri serta waktu tidur akan terjejas.
Kesannya, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Amalkan Doa Seperti Saranan Rasulullah
Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam.
Ada satu doa yang ingin Hijabista kongsikan khusus buat anda yang mengalami masalah sukar untuk tidur, seperti saranan Rasulullah S.A.W.
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau Insomnia, bacalah doa ini supaya diberi ketenangan di malam hari, mendapatkan tidur yang lena serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah yang maha esa.
Baru-Baru ini, tular di tiktok video mekap Tunku Aminah yang dimuat naik oleh akaun @babarabeer yang telah berjaya mencuri perhatian para netizen dengan kecantikannya.
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Terkejut dengan maklum balas
Dalam video yang dimuatnaik, Babarabeer juga terkejut dengan maklumbalas yang di terima di ruangan komen. Wajah Tunku Aminah terlihat begitu cantik dan anggun hasil sentuhannya. Di ruangan komen tersebut, rata-rata netizen memuji kecantikan Tunku dan ada juga yang mengatakan wajahnya persis wanita Thailand.
Warga maya turut teruja melihatnya setelah sekian lama tidak tahu perkembangan Tunku, selepas Tunku menghapuskan media sosialnya.
“Sejak Tunku Aminah ni takde Instagram, susah nak tau perkembangan dia. So bila ada muka dia naik kat mana-mana sosial media excited weh!”
Tak perlu banyak produk
Sentuhan yang minimalis pada wajah Tunku Aminah, juru solek ini tidak perlu banyak produk solek memandangkan Tunku sendiri mempunyai kulit wajah yang bersih dan sihat. Jom lihat beberapa alat solek yang digunakan oleh Babarabeer. Sentuhannya wow!
First Cream babarabeer.official
Cream & Foundation Brush babarabeer.official
Concealer hourglasscosmetics
Bedak asas Guerlain & Charlottetilbury
Eyeshadow Patricktabeauty
Eyebrows Anastasiabeverlyhills
Lipstick No.69 touch me babarabeer.official
Menerima pelbagai pujian, ramai yang yang inginkan juru solek ini membuka kelas solekan di Malaysia. Sekadar info, Tunku Aminah telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”.
Produk ini dicetuskan oleh baginda sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...