Sebut sahaja tentang hutang, ingatan penulis terarah kepada kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya.
Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.”
Lalu baginda bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani)
Berdasarkan hadis itu, perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat ‘main’. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Apakah hukum berhutang? Benarkah roh orang yang tidak melunaskan hutang akan tergantung? Adakah hutang itu akan dituntut di akhirat kelak?
Ikuti penjelasan daripada pendakwah Dr Mohd Farid Ravi Abdullah
Ujar beliau, tindakan itu sebenarnya ‘menjebakkan’ diri jauh daripada syurga ALLAH. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmidzi disebut bahawa apabila manusia meninggal dunia, dia bebas untuk masuk syurga selagi mana tiada tiga perkara yang mengikatnya iaitu bongkak, hutang dan mencuri harta awam.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)
LARI BAYAR HUTANG SEMPITKAN REZEKI
Ads
Justeru, Dr Mohd Farid mengingatkan kita agar jangan ‘bermain’ dengan hutang.
“Kalau seseorang itu berhutang, dia kerja dan bayar balik, ia sebenarnya jadi ibadah. Malah, ALLAH SWT akan murahkan lagi rezekinya untuk dia membayar hutang berkenaan.
“Namun, jika seseorang ‘lari’ itu daripada hutang itu, maka kita akan lihat ALLAH akan menyempitkan lagi rezekinya dan pelbagai musibah akan menimpanya. Dia juga menjadi manusia yang tidak pandai berterima kasih dengan satu kelonggaran yang Islam beri.
.
“Secara asasnya, orang (yang memberi hutang) boleh sahaja memilih untuk tidak membantu sebab itu ialah harta dia. Namun, atas dasar kemanusiaan, silaturahim dan persaudaraan, dia hulur (bantuan hutang) juga,” katanya.
Benarkah si pemberi hutang akan mencari semula peminjam di akhirat untuk menuntut semula hutangnya jika tidak dibayar? Kata Dr Mohd Farid: “Betul. Untuk melunaskan hutang orang yang berhutang tadi, barangkali dia ada beberapa amalan (kebaikan) yang dibawanya. Jadi, dengan amalan itulah ia akan ‘dipindahkan’ kepada orang yang dia berhutang tadi. Maka, muflislah amalan orang yang gagal melunaskan hutang berkenaan.”
Ads
USAHA BAYAR HUTANG
Apapun jelas Dr Mohd Farid, kita perlu ada usaha untuk membayar hutang berkenaan. Ujar Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor itu, jika tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dijanjikan, maklumkan kepada si pemberi hutang tadi tentang kekangan tersebut.
“Katakan kita berhutang RM1,000 dan berjanji untuk membayarnya pada bulan depan selepas mendapat gaji. Namun, apabila tiba masanya, mungkin kita ada komitmen lain seperti kereta terlibat kemalangan atau anak sakit yang memaksa duit berkenaan didahulukan untuk komitmen tersebut, berundinglah dengan pemberi hutang.
“Sebaiknya, berlaku jujurlah kepada pemberi hutang dalam membayar balik hutang berkenaan. Bagaimapun, orang yang berhutang itu tadi kena rasa itu ialah hutang, bukan duit orang dan sebagainya. Jika dia perlu kerja sampingan, dia perlu lakukan untuk cari duit dan bayar hutang berkenaan.
.
“Sebab itu, selepas solat jenazah, imam ataupun ahli waris arwah akan beritahu, jika ada sesiapa yang mahu menuntut hutang arwah, boleh menuntutnya pada waris,” katanya.
Ads
Seperkara lagi, Dr Mohd Farid turut menegur sikap masyarakat yang lazimnya membuat pengumuman berkenaan tuntutan hutang tersebut selepas solat jenazah ditunaikan.
“Sepatutnya ia ditanya atau diberitahu sebelum solat jenazah. Nabi Muhammad SAW juga tanya sebelum solat jenazah. Ini kerana, orang yang hendak solatkan jenazah itu perlu memastikan hati mereka tiada apa-apa (yang terpendam) dengan arwah,” jelasnya.
Kepada satu soalan, agamawan itu turut mengingatkan kita agar jangan langsung terlintas enggan membayar hutang sekalipun si pemberi hutang tadi orang yang kaya.
“Jangan sekalipun dalam kepala terlintas “Alah, RM1,000 je pun pinjam, kalau tak bayar, dia (pemberi hutang) bukannya miskin”.
“Ingat! Dia kaya, jutawan mahupun hartawan sekalipun, itu bukan soal kita. Soal kita yang berhutang ialah cari jalan (bagaimana) hendak bayar hutang. Itu saja. Jangankan RM1,000 saja. Sekalipun nilainya hanya RM1 (kita hutang), itu tetap hak dia (pemberi hutang). Dia berhak tuntut balik. Jadi jangan cari alasan untuk tidak bayar hutang atau melengah-lengahkannya,” jelas beliau.
ELAK HUTANG KALAU TAK MAMPU BAYAR
Pinjaman bank juga termasuk dalam hutang yang wajib dibayar dan ‘diancam’ dengan ancaman berat sepertimana disebutkan dalam beberapa hadis jika ia sengaja tidak dibayar.
Antara ancaman berkenaan ialah jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagi ia tidak melunaskan hutangnya, selain hutang tersebut akan dibayar kepada pemiutang dengan pahala amal kebajikan si penghutang di akhirat kelak.
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah HIJABISTA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
Jom telusuri kisah penghijrahannya. Dalam masa sama, ia boleh menjadi inspirasi dan motivasi untuk wanita diluar sana kekal istiqamah seperti Sarah.
“Pernah Rasa Give Up Tapi Hati Tetap Kuat Kerana Allah SWT” – Puteri Sarah
Sewaktu di temu ramah, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting tak pernah non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
“Allah Masih Menguji Diri Ini..” – Puteri Sarah
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi. Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga bermain peranan.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Siapa yang tidak mengenali pengasas bersama jenama fesyen online terkemuka, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof. Kecemerlangan wanita kecil molek yang juga pemilik dUCk Group ini di peringkat antarabangsa memang tidak boleh dinafikan. Malah sekitar tahun 2017, beliau juga telah disenaraikan sebagai Forbes 30 Under 30 di Asia.
Dan beberapa hari sebelum menjelang Syawal, Vivy Yusof berita cukup manis apabila dilantik sebagai sebahagian ahli lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) semalam.
Dalam posting dimuat turun di laman Instagram mliknya, Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof melahirkan kesyukuran diamanahkan dengan tanggungjawab besar sebagai ahli lembaga pengarah termuda UiTM.
“Meremang apabila saya melihat ini. Alhamdulillah, saya diberikan tugas yang besar daripada Kementerian pendidikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang paling muda, universiti yang sangat disayangi di Malaysia.
“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.
“Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang,” katanya menerusi akaun Instagramnya.
Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.
Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.
Imej yang dimuat naik itu merupakan ucapan tahniah daripada UiTM yang merangkumi Pengerusi, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan barisan ahli lembaga pengarah serta pengurusan eksekutif universiti itu.
Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu juga dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada selebriti serta netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.
nadnisaa Wowww congratulations vivy! Im sure the students akan lebih bersemangat untuk bercita-cita tinggi dengan ada nya young & fresh figure like u on board
Keutamaan Membaca Surat Al-Baqarah, Anda Perlu Tahu! Surah Al-Baqarah adalah bahagian Al-Quran yang sangat panjang, dengan banyak perkataan dan huruf. Ia adalah bahagian kedua Al-Quran dan mempunyai 286 ayat.
Ia bermula dengan beberapa huruf khas yang harus dibaca secara individu. Bahagian al-Quran ini sangat penting kerana ia mempunyai beberapa peraturan yang tidak terdapat di bahagian lain. Ia juga mempunyai beberapa ayat terkenal yang orang suka baca.
Al-Quran mempunyai beberapa surah unik yang berbeza daripada yang lain, tetapi ini tidak bermakna bahawa surah yang lain juga tidak penting. Terdapat bahagian khas Al-Quran yang dipanggil Suarat Al-Baqarah.
Ayat Pilihan dalam Surah Al-Baqarah
Ayat ini mengandungi banyak variasi tentang subjek seperti hukum serta kisah Nabi Adam AS, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS.
Surah Madaniya dipercayai telah diturunkan di Madinah lama selepas Hijrah, kecuali ayat Riba yang dikatakan diturunkan semasa haji, haji terakhir Nabi Muhammad SAW.
Umumnya dipercayai bahawa ayat 281 surah ini adalah ayat terakhir yang diturunkan pada 10 Zulhijjah 10H ketika Nabi melakukan haji terakhir 80 atau 90 hari sebelum kewafatan baginda.
Surah ini dinamakan al-Baqarah, yang bermaksud “lembu”, kerana dalam surah ini terdapat kisah tentang pembunuhan seekor lembu betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67-74).
Di bawah ini adalah ayat-ayat pilihan dari QS Al-Baqarah dari NU Online Jabar dan maknanya.
Kepentingan membaca ayat-ayat pilihan dari Sura al-Baqara pernah dijelaskan oleh Ibn Mas’ud. Dalam kisah ini, Rasul Allah saw bersabda:
“Siapa saja yang membaca empat ayat pertama surat al-Baqarah, kemudian ayat Kursi, kemudian dua ayat setelah ayat Kursi, kemudian tiga ayat terakhir surat al-Baqarah, maka dia dan keluarganya tidak akan didekati pada hari itu oleh setan. Tidak pula didekati oleh sesuatu yang tidak disukainya. Dan tidaklah dua ayat dibacakan pada orang tunagrahita kecuali akan sadar (atas izin Allah),” (HR. Ad-Darimi).
Satu lagi ayat pilihan ialah membaca dua ayat terakhir Surah al-Baqarah. Cukuplah membacanya pada suatu petang untuk mendapat pahala melakukan Qiyamulail pada petang itu. “Sesiapa yang membaca akhir Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka cukuplah bacaan akhir Surah ini sebagai pahala solat malam itu.” Demikian yang diriwayatkan oleh Abdur Razzaq.
Khusus Surah al-Baqarah dalam dua ayat terakhir, yang menurut riwayat Ahmad membentuk kesimpulan, dihantar dari gudang di bawah takhta.Secara khusus, keunikan kedua-dua ayat itu juga banyak diungkapkan dalam banyak riwayat.
“Sesungguhnya Allah telah menulis kitab seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Dari kitab itu, Allah menurunkan dua ayat dan dipakai untuk mengakhiri surat al-Baqarah. Maka tidaklah dua ayat itu dibaca di suatu rumah selama tiga malam, kemudian setan mendekati rumah tersebut,” (HR. Ahmad).
Manakala riwayat lain menyebut, “Seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka kedudukan orang itu seperti orang yang berjuang membela nabi-nabi Allah sehingga dia mati syahid” (H.R. Ibnu as-Sunni) .
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perhatian peminat drama kini tertumpu pada kehidupan isteri Faizal Hussein atau 'Walid', rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.Bukan sekadar...