Apabila menginjak usia dewasa, pasti minat para gadis terhadap barang kemas mula bercambah. Kilauannya yang bercahaya pasti memukau mata-mata yang memandangnya. Namun, tak ramai yang menitik beratkan soal penjagaannya hingga hilang serinya.
Jangan begitu sis! Kalau nak aksesori yang dipakai itu tahan lama, cuba kita ikuti tips yang diberikan oleh pakar pembuat barang kemas iaitu Muhammad Hazim Wathiq Muhammad Ridzuan ini. Pastinya barang kemas yang kita pakai itu akan kembali ‘lip-lap’ seperti baru dibeli.
Ads
Ini yang perlu para gadis tahu!
Elakkan daripada semburan bahan kimia contohnya minyak wangi. Cecair asid juga perlu dielakkan. Itu kita kena jaga sebab itu kita perlu kerap mencuci barang kemas mengikut jenis materialnya.
Kalau nak beli cincin, pastikan..
Pastikan cincin itu betul-betul ngam dan fit dengan jari kita. Jari kita ada waktu kembang dan kucup dia. Jika nak tempah cincin, di awal pembuatan lagi kita sudah ambil ukuran saiz yang betul supaya dalam apa jua waktu dan cuaca, cincin itu tetap lekat dan terletak elok.
Ads
Cuaca juga mainkan peranan, biasanya waktu hujan atau sejuk jari kita akan mengecut. Lebih-lebih lagi waktu mandi di sungai. Itu lagilah mudah untuk jatuh dan hilang.
Tips supaya cincin tak mudah hilang.
Pastikan alihkannya ke jari di tangan kiri. Tak perlu letak merata. Letak sahaja di jari belah tangan kiri sewaktu hendak makan. Minda kita akan automatik bagitahu rasa tidak selesa nanti jadi kita akan tukarkannya ke posisi yang asal semula. Itu lebih baik daripada kita letak merata atau tambah teruk lagi boleh jatuh dalam lubang singki.
Simpan di tempat bertutup agar kilatannya tidak pudar. Pakai mengikut suasana yang betul. Jangan pakai ketika hendak berkhemah pula. Kita harus ikut kesesuaian tempat yang betul.
Jangan terdedah kepada angin, sentiasa cuci barang kemas. Guna sabun biasa pun boleh. Pastikan sentiasa lap barang kemas itu. Seeloknya gunakan kain khas untuk mengelapnya kerana ianya diperbuat daripada berlainan jenis batuan seperti emas, perak dan lain-lain lagi. Macam manusia, kalau sayang kita jagalah betul-betul!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Idea ini sesuai untuk hijabi yang suka memakai saree. Jadi, Hijabista kongsikan beberapa idea untuk hijabi yang suka memakai saree dan mahu tampak lebih elegan. Saree boleh digayakan dalam pelbagai cara.
Bagi seorang wanita Islam, menutup aurat adalah wajib. Jika anda mahu memakai saree, pastikan seluruh tubuh ditutup dengan baik. Menggayakan saree bukanlah satu perkara yang sukar kerana sudah banyak saree yang sudah siap dijahit dijual di pasaran.
Anda boleh memilih gaya hijab yang sesuai serta melambangkan peribadi tatkala anda menggayakan saree. Malah, pemakaian saree juga akan tampak lebih menarik dengan padanan aksesori yang sesuai.
Padanan saree dan hijab yang tepat akan membuatkan penampilan tampak sempurna. Anda boleh memilih beberapa cetakan pastel atau bunga untuk dipadankan dengan saree anda. Saree juga sesuai digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan atau sebarang pesta.
Berikut merupakan idea yang boleh anda gunakan sekiranya anda mahu memakai saree dengan gaya yang lebih sopan dan sesuai.
Sekiranya adik lelaki, saudara perempuan atau sahabat anda berkahwin maka inilah masa untuk anda gayakan saree. Pakai saree yang ringkas bersama selendang rona yang berbeza. Pastikan warna hijab yang dipakai ada kaitan dengan saree yang dipakai seperti gambar di atas.
Anda boleh lihat di sini bagaimana saree yang sederhana buat gadis Islam. Dia tetap tampak cantik tanpa mendedahkan sebarang bahagian tubuhnya. A Maatha Patti perak telah ditambah untuk memadankan hiasan perak di pallu dan sempadan saree.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on Baju merah jambu dipakai di sini sebagai jaket di atas baju lengan hitam penuh dengan saree. Sekiranya blaus saree anda mempunyai lengan yang terlalu pendek, maka pakai inner yang padan dengan warna saree. Begitu juga, jika blaus saree mempunyai garis leher yang mendalam yang ingin anda tutupi juga, anda boleh menggunakan jaket untuk menutupnya dengan gaya elegan.
A post shared by Ieedah Kadir (@ieedah_kadir) on Untuk majlis perkahwinan, gadis itu boleh memakai leher yang lebih tinggi yang diliputi dengan hijab. Gaya ini sesuai untuk pengantin Muslim juga. Sebenarnya mudah bagi seorang gadis Islam untuk menyusun saree. Apa yang perlu anda lakukan ialah memanjangkan blaus saree sedikit dan memanjangkan lengan baju. Hasilnya akan kelihatan hebat.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on Satu lagi cara yang sangat comel memakai sarees untuk hijabis. Banyak hijabis sekolah dan kolej yang ingin memakai saree untuk aktiviti kokurikulum mereka atau menghadiri majlis seperti majlis perpisahan kolej mereka. Dalam kes sedemikian, gaya saree seperti ini sangat sesuai.
Jika anda ingin tampak lebih tinggi, cuba gaya ini kerana ia akan memberikan ilusi tubuh yang lebih langsing dan panjang. Pakai tudung yang sepadan dengan warna saree.
Ini adalah jenis saree yang sempurna untuk musim bunga kerana cetakan bunga buat anda nampak hebat. Walau bagaimanapun, memakai hijab bercetak dengan saree yang dicetak tidak akan mempunyai kesan yang sama seperti kombinasi yang ditunjukkan di sini.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on Pilih tudung berwarna neon berwarna terang dan tambahkan sempadan padanan pada saree anda. Warna-warna sedemikian akan berfungsi dengan baik pada Musim Sejuk atau luruh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti popular tanah air, Fazura kini bukan sahaja bahagia bergelar isteri dan ibu, malah kariernya kini sudah mula berkembang maju dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja memiliki bakat yang berkualiti dalam bidang lakonan mahupub nyanyian, malah figura popular ini ssemakin rancak aktif mengukuhkan legasi perniagaan jenamanya, Tudung Fazura.
Menghiasi sampul hadapan Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini, Fazura berkongsikan tentang dunia fantasi peniagaannya yang kini menjadi realiti. Pelbagai pahit manis yang dilaluinya dalam menghasilkan produk yang berkualiti memenuhi pemintaan ramai, pelakon filem Dendam Pontianak ini menerimanya sebagai sebuah perkara yang positif.
INSPIRASI DUNIA PERNIAGAAN
Mengukir setiap kejayaan dengan bakat yang dikurniakan bukti figura ini bukan selebriti yang biasa-biasa. Setiap lakonannya sentiasa memberi impak kepada mata yang melihat. Bagi dirinya, dia bukanlah seorang yang suka berdiam diri, Malah, jadual sibuk kerjayanya memberi kepuasan dalam dirinya walaupun memenatkan namun begitulah prinsip teguh seorang yang bernama Fazura. Justeru, dia mencuba nasib dalam dunia fesyen dengan menghasilkan rangkaian rekaan yang serba mewah nan eksklusif yang turut menjadi pujaan ramai. Berbicara tentang fokusnya hari ini dalam dunia peniagaan, Fazura menjelaskan bahawa ia berpunca daripada corak kehidupannya yang sudah bertukar semenjak menjadi seorang isteri dan juga ibu.
“Benar kata orang. Apabila sudah berumah tangga dan bergelar seorang ibu, perjalanan kehidupan akan berubah. Hal ini terjadi dalam diri saya. Fokus saya hari ini lebih kepada keluarga saya. Tidak bermaksud saya meletakkan titik noktah dalam perjalanan karier seni, namun reaitinya, saya lebih selesa berligat lincah dalam dunia baru ini, dunia perniagaan.”
“Alhamdulillah, Fattah juga merupakan seorang suami yang tidak pernah henti memberi sokongan. Jujurnya, ia semuanya bermula dari kata hati saya sendiri. Saya percaya apa yang lahir dari kata hati itu adalah petunjuk dari Allah SWT. Biarpun ia seakan tersirat maksudnya, namun saya bisa memahami dan kerana itulah, hari ini saya selesa dan gembira mengemudi nakhoda legasi sendiri,”
TENTANG ILHAM PRODUK FAZURA
Hadir dengan pelbagai rangkaian jenama dibawah naungannya, Fazura sentiasa obses untuk mencari ilham baru dan menyajikan ‘kejutan’ dalam setiap produknya. FAZURA SKINCARE, FAZURA BEAUTY dan FAZBULOUS simbol kejayaannya hari ini. Tidak megah dan tidak pula mendongak ke langit, bagi dirinya, ia merupakan sebuah kunci pembakar semangat untuk sentiasa mengutamakan definisi kualiti yang terbaik.
“Saya seorang yang sukakan fesyen. Jika menyinkap kembali sejarah perjalanan seni saya, sesungguhnya memang saya dikelilingi oleh rakan-rakan artis serta kelompok yang hebat dalam dunia fesyen. Maka, sedikit-sebanyak mempengaruhi minat saya untuk menghasilkan rekaan pakaian saya sendiri. Namun, jika dahulu saya lebih memfokuskan kepada rekaan yang serba seksi dan moden, tetapi hari ini saya menekankan konsep keserderhanaan dalam berfesyen. Maksunya, ia lebih sopan dan molek bila dilihat. Contohnya seperti skirt labuh, rekaan baju yang lebih longgar dan pastinya yang menutup aurat.
“Semuanya saya kumpulkan dibawah jenama FAZBULOUS. Dari pakaian maka terhasillah rekaan produk aksesori seperti bag tangan dan sebagainya. Saya sentiasa memastikan bahawa setiap produk saya unik dan berbeza kerana saya seorang yang suka berfikir di luar kotak. Semua produk saya terutamanya rekaan tudung mempunyai kisahnya tersendiri yang bersifat peribadi dari segi rekaan sehinggalah kepada coraknya. Bagi saya, itulah simbol bonus yang membuatkan ramai yang ingin memilikinya. Contohnya seperti koleksi tudung Kakak Kita, koleksi merdeka yang menyediakan rekaan tudung seperti Seri Bunga, Cakna Malaysia dan Langit Pertiwi.”
Mengenai dunia kosmetik pula, ilham terhasil apabila ramai yang bertanyakan tentang penjagaan kulitnya. Oleh kerana itu, dengan niat untuk berkongsi rejim kecantikannya, lantas Fazura mengerah keringat hadir dengan pelan terbaik untuk melebarkan sayap perniagaannya dalam dunia penjualan kosmetik yang akhirnya tecetusnya FAZURA SKINCARE.
“FAZURA SKINCARE ini merupakan sebuah perkongsian saya kepada mereka di luar sana mengenai cara penjagaan kulit wajah saya. Bagi saya, ini lebih mendekatkan diri saya dengan peminat-peminat saya di luar sana dimana mereka juga boleh menggunakan produk yang sama dengan apa yang dipakai oleh saya.”
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Fazura juga turut menghasilkan rangkaian produk solekan yang sememangnya menjadi dambaan bagi kaum wanita di luar sana. Sentiasa hadir dengan produk yang sesuai dengan semua jenis kulit wajah, Fazura bijak dalam menarik minat warga tempatan untuk memiliki setiap satu produk solekaannya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Nycta Gina antara salah seorang usahawan selebriti Indonesia yang berjaya mengusahakan perniagaan tudung dan busana Muslimah yang stylish serta berkualiti.
Wanita berstatus isteri dan ibu ini menunjukkan keberanian dan kreativitinya dalam menerokai dunia perniagaan fesyen tudung.
Selain bergelar selebriti dan pengacara, Nycta Gina yang lebih dikenali sebagai Jeng Kelin ini melancarkan jenama tudung peribadinya, Trinycta pada 2018.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.