Bukan hanya sepasang kasut, barang kemas mahupun barangan aksesori lain, malah kanta lekap sudah menjadi salah satu ‘fashion statement’ bagi mereka yang tidak mahu memakai cermin mata. Pelbagai warna kanta lekap mampu untuk menaikkan seri gaya anda biarpun hanya kecil nampak di mata!

Sumber gambar: American Optometric Association

Namun, harus berhati-hati kala memakainya! Disebabkan ia dipakai di bahagian mata, pelbagai faktor harus diambil kira untuk memastikan kesihatan mata tidak akan terjejas! Nak tahu apa langkah penjagaan yang rapi? Jom baca!

Sumber gambar: Lens.com

1. Sis tau, banyak warna kanta lekap yang dijual di pasaran. Rambang mata kan? Namun usahlah pilih warna yang terlalu pelik sehingga meninggalkan tanda tanya pada mereka yang memandang anda! Pilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda. Kadangkala, warna biru, hijau atau mungkin ungu tidak sesuai untuk orang Asia. Anda boleh memilih warna seperti kelabu atau hazel yang sangat sesuai untuk orang Asia.

2. Untuk trik seterusnya, anda boleh memilih kanta lekap yang menggabungkan 2 sehingga 3 warna kerana ia boleh menampakkan warnanya jauh lebih natural. Jadi, tidaklah terlalu pelik dan jelik untuk keseluruhan gaya anda!

Baca juga: Elak Mata Menjadi Kering, Rabun Dan Tidak Selesa, Amalkan 5 Langkah Senaman Mata Yang Mudah Ini!

IKLAN

3. Pernah dengar kanta lekap ‘big eyes’? Ha! Kadang-kala kanta lekap jenis ini menjadikan saiz mata anda leibih galak dan seksi. Ada sesetengah orang amat sesuai dengan kanta lekap jenis ini. Namun, ada juga yang tidak sesuai dengan saiz besar ini sehingga menampakkan mereka seperti makhluk asing! Ringkasnya, jangan terlalu keterlaluan dengan memilih diameter lensa yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik.

Sumber gambar: Nataliya

4. Boleh dijadikan sebagai penambah gaya fesyen anda, ada yang memakai kanta lekap sekadar perhiasan semata-mata. Bukan kerana ada masalah rabun jauh, rabun dekat mahupun silau. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah penglihatan tetapi memilih untuk cantik dengan menggunakan kanta lekap, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap dengan betul kerana bimbang jangkitan pada mata boleh merosakkan penglihatan anda.

IKLAN
Sumber gambar: Perfect Lens World

5. Untuk tampak lebih semula jadi, pilih kanta yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luar.

Baca juga: Bosan Dengan Cermin Mata Anda, Ini Jawapan Terbaik Anda Wajib Memilih Jenama COOL AUNTY!

IKLAN

6. Kami tidak menggalakkan anda terus membeli kanta lekap tanpa mencubanya kerana warna yang anda lihat di dalam gambar tidak akan sama dengan warna sebenar setelah anda mengenakannya.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI