Kafe ikonik EL&N London yang terkenal dari London, secara rasminya membuka cawangan pertama di Asia Tenggara.
Kafe EL&N London terkenal dengan jenama gaya hidup yang khususnya dengan konsep suasana merah jambu yang indah, reka bentuk dalaman yang unik, dan menghidangkan makanan, sajian pencuci mulut yang istimewa, dan kopi adunan khas.
Pembukaan kafe terbaru ini turut menyerikan lagi Pavilion Kuala Lumpur sebagai destinasi libur dan pusat membeli belah dengan rekaan dalaman yang menonjol, penggunaan pepohon bunga sakura merah jambu sebagai hiasan serata kafe, di dalam dan kiosk luar. Konsep mesra-instagram ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung mengambil swafoto selain dari menjamu selera.
Ads
Selain dari membawa hidangan ikonik dari London, Kafe ini telah mencipta semula hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam terlaris mereka untuk dinikmati oleh penduduk tempatan Malaysia, serta hidangan terhad, eksklusif untuk cawangan Kuala Lumpur, seperti Nasi Lemak Arancino, suatu keunikan yang diolah daripada Nasi Lemak tradisional, serta Rose Spritz berwarna merah jambu yang dibuat dengan cincau.
Lokasi bakal menjadi tumpuan ramai
Lokasi kafe ini adalah impian yang menjadi kenyataan dan kami yakin bahawa pelanggan Malaysia kami akan menyukai segala yang kami tawarkan, dari konsep reka bentuk dalaman yang unik hinggalah kepada olahan menu Eropah dengan sedikit sentuhan tempatan.
Menurut Alexandria Miller, Pengasas EL&N London berkata, “Kami sangat gembira akhirnya membuka cawangan pertama kami di Malaysia, Kuala Lumpur. Hari ini merupakan detik bersejarah untuk Kafe EL&N pertama di Asia Tenggara dan kami amat berbangga dan sukacita untuk membawa jenama ini ke kawasan yang luar biasa ini.
Pada majlis pembukaan yang penuh meriah, menjadi tumpuan pengunjung di Pavillion, apabila ramai selebriti terkenal dan pempengaruh media sosial turut hadir bagi memeriahkan majlis pembukaan.
Rata-rata yang pernah berkunjung kafe ini di London, teruja dan gembira dapat menikmati hidangan dan suasana kafe ini di Malaysia.
Ads
Menurut pihak pengurusan EL&N juga kerjasama yang baik dengan pasukan di Kuala Lumpur selama hampir tiga tahun menjadikan pembukaan ini suatu impian jadi kenyataan akhirnya! EL&N secara rasmi membuka perniagaan pada hari Selasa, 18 Julai, terletak di Tingkat 3 Pavilion Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buntu dengan gaya yang biasa? Untuk kelainan hijabi boleh cuba gaya hijab lain daripada yang lain. Tetapi buat hijabi yang sukakan gaya hijab yang simple tapi masih mahu nampak stailo, anda boleh cuba gaya ini. Tidak memerlukan masa yang lama, kurang dari 5 minit sahaja, terus siap. Percayalah penampilan anda nanti akan mendapat pujian rakan lain.
Selain sesuai untuk digayakan ketika majlis yang formal, anda juga boleh cuba gaya hijab ini pada hari kasual untuk tampak lebih bergaya.
Melahirkan anak adalah momen paling indah dalam hidup seorang wanita. Segala kesakitan hilang bila melihat si kecil yang baru dilahirkan. Walaupun terpaksa menjalani tempoh berpantang mengikut waktu ditetapkan. Berpantang juga dikatakan sesi untuk seseorang wanita itu ‘berehat’ dari segala aktiviti dan hanya menumpukan perhatian pada si kecil.
Malah berpantang ini adalah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat yang ideal seperti sebelum hamil.
Bukan sahaja dari segi menjaga pemakanan, tetapi amalan lain seperti bertungku, sauna dan urut akan membolehkan badan seseorang itu turun dengan cepat.
Seperti perkongsisn influencer atau instafamous Asyalliee yang baru sahaja melahirkan anak keduanya baru-baru ini.
Biarpun hidup dalam arus kemodenan, namun Asyallie masih lagi mengekalkan cara orang lama iaitiu menjalani tempoh berpantang, terutama bab amalan yang dilakukan serta pemakanan.
Baru masuk hari ke 10 dia berpantang, berat badan sudah berjaya turun sebanyak 9 kg. Ini adalah disebabkan amalan berurut, bersauna, mandian herba dan makanan makanan sihat dan juga turut memakai bengkung.
Dia juga turut mensasarkan untuk mendapat berat sehingga 50 kg untuk kembali kepada fizikal sebelumnya.
Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9kg Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat sihat sahaja and pakai bengkung . Thank you to my CL kak ida dari @natalismothercareyang menjaga saya . Ada 34hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50kg balik ni
Bukan itu sahaja, Asyalliee juga turut menjaga pemakanan sewaktu betpantang. Sepanjang tempoh itu, dia yang menggunakan khidmat @natalismothecare ini turut menyediakan makanan pantang yang sihat, sedap dan berkhasiat.
Walaupun ramai beranggapan makanan pantang itu tidak berapa enak dan menu yang simple, tetapi sebenarnya ia adalah makanan paling berkhasiat buat ibu-ibu selepas melahirkan.
Dalam posting dimuat turun, instafamous yang punya follower lebih sejuta ini memberitahu kebaikan berpantang dengan mengambil pemakanan berasaskan sumber protein dan savuran.
Menurutnya dengan hanya mengambil makanan untuk ibu berpantang ini yang simple tetapi ia merupakan makanan pantang paling sedap. Malah berat badan juga akan turun, badan kembali sihat dan paling punting susu badan menjadi banyak.
Walaupun nampak simple tapi percayalah , makanan pantang la paling sedap . Berat badan turun, badan pun sihat and yang paling penting susu badan banyak Thank you my CL kak ida dari @natalismothercaremasak sedap sedap setiap hari selama berpantang ni
Dalam posting lain juga Asyalliee ada muat turut hidangan lain untuknya sepanjang berpantang. Salah satu adalah peria. Walaupun sebelum ini tidak pernah makan peria, terapi menurut orang yang menjaganya sepanjang tempoh berpantang, peria boleh buat kita jadi awet muda menyebabkan dia terus makan peria yang dimasak berkenaan.
Day 5 pantang menu Act peria asya tak pernah makan pun sebelum ni tau, tapi kak ida bagitahu yang peria bagus untuk awet muda terus ngap masuk mulut Memang best betul masakan kak ida dari @natalismothercare dengan hiasan macam dekat hotel okkk
Sepanjang tempoh berpantang bagi instafamous yang cukup popular denga tageline ‘Macam cantik je Macam comel je’ ini, perkhidmatan @natalismothercare bukan sahaja menjaga dirinya tetapi juga menguruskan keperluan babynya Siti Halena Adrianna dari hari pertama kelahiran.
Tahukah anda, terlalu banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan setiap hari. Jika bukan setiap hari, mungkin boleh dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali. Terlalu indah amalan Rasululallah yang rugi sekiranya anda lepaskan.
Amalan sunnah ini adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sama ada melalui perlakuan, perbuatan, percakapan dan ikrar Baginda. Sunnah juga bermaksud, sesiapa yang melaksanakannya beroleh pahala dan tiada dosa bagi yang meninggalkannya.
Berikut merupakan 10 amalan sunnah yang mudah dan boleh dijadikan sebagai amalan seharian kita, iaitu;
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.
Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan). – Hadis Riwayat Bukhari
Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa ;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).”
Hadis Riwayat An-Nasa’ie
Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca “Bismillah” ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.
Doa memakai baju/pakaian;
“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.
Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.
Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim.
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.”
Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.
Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.
Hal ini seperti sabda Baginda saw;
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.”
Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.
Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
Hadis Riwayat At-Tirmizi
Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu. Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.
Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.”
Ar- Ra’d : 28
Demikianlah beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan boleh kita contohi serta amalkan dalam kehidupan seharian. Di samping mengikuti perlakuan Baginda, amalan sunnah juga mampu menampung segala kekurangan pada amalan wajib yang kita lakukan setiap hari.
Siapa tahu, berkat kesungguhan kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw sepenuh jiwa dan penuh keikhlasan ini, kita akan beroleh syaafat Baginda di akhirat kelak.
SUMBER:TZKRH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.