Wajah yang tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Dewi Sandra kini sukses sebagai usahawan jenama fesyen Muslimah. Figura jelita yang merupakan kacukan Inggeris-Betawi ini lebih menumpukan perhatiannya terhadap keluarga dan bisnesnya yang kian maju itu.
Dewi Sandra juga pemegang watak utama dalam fielm Ayat-ayat Cinta 2.
Memulakan kariernya dalam dunia hiburan sebagai model ketika berusia belasan tahun, artis yang dilahirkan pada 3 April 1980 ini kemudiannya menceburi dunia nyanyian dengan mengeluarkan album dan berjaya sebagai penyanyi.
Sejak berhijrah pada 2012, Dewi Sandra telah mengurangkan aktiviti seninya. Selebriti yang terkenal dengan imej seksi suatu ketika dulu, kini sibuk menguruskan keluarga dan hal rumahtangga.
Setahun selepas berkahwin, Dewi mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab. Imejnya berubah perlahan-lahan dan kerap muncul di program televisyen Islamik.
Dewi mula selektif memilih watak untuk projek lakonannya. Dewi tidak akan teragak-agak untuk menolak tawaran yang memerlukannya menanggalkan hijabnya.
Kali terakhir Dewi membintangi drama bersiri ialah dalam Nota Hati Isteri pada 2016.
Sejak filem Ayat-ayat Cinta 2 yang ditayangkan pada 2017, Dewi tidak lagi menerima tawaran berlakon. Artis lulusan Gandhi International School ini hanya terlibat dalam kerja belakang tabir iaitu sebagai pelakon suara dalam filem animasi Nussa.
Dewi kini sibuk menguruskan jenama fesyen khusus untuk muslimah iaitu DOA. Selain sebagai pemilik, Dewi turut menjadi model bagi mempromosikan barangan fesyen jenamanya.
Dewi kelihatan fleksibel apabila mengiklankan pakaian dan koleksi tudung daripada jenama yang diasaskannya sendiri. Pesona Dewi sebagai model tidak berkurangan sama sekali!
Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meluahkan rasa sebaknya apabila melihat petugas-petugas di bahagian hadapan yang berusaha dengan kuat bagi mencegah wabak covid-19 ini.
Selain itu, beliau juga berharap rakyat Malaysia dapat sama-sama membantu mereka dengan mengikut perintah kerajaan supaya duduk di rumah agar dapat mengelakkan penularan virus ini daripada menjadi lebih besar.
Allahuakhbar… Besarnya pengorbanan mereka yang berusaha keras menolong kita semua perangi wabak COVIC_19 sehingga tak cukup tidur dan rehat , sedangkan ada SEGELINTIR dari kita yang komplen BORING kat rumah..makan tidur, makan tidur.. Tapi MEREKA? BUKALAH MATA KITA LUAS -LUAS dengan pengorbanan yang mereka lakukan demi NEGARA TERCINTA.. . . Marilah kita sama-sama perangi wabak ini dengan ikut perintah KERAJAAN supaya STAY HOME agar wira-wira kita semua juga boleh tarik nafas LEGA dan punya masa untuk berehat 😥 . . Jangan keluar rumah jika tak perlu.. Ikut nasihat KKM untuk menjaga kesihatan kita. JANGAN DEGIL!!! Jangan pentingkan diri sendiri, jangan pandang remeh tentang wabak yang BAHAYA ini.. Setiap hari kita terima khabar yang mendukacitakan 😩😩😩 . Jangan sampai orang yang tersayang dan orang-orang keliling menjadi mangsa sebab sikap NEGATIVE kita ..🙏🙏🙏 . . Atau kita nak WABAK ni berlarutan dan makin ramai yang akan tinggalkan kita dan kita akan hilang punca pendapatan dan kehidupan? Sempat tak kita sambut RAMADAN yang bakal tiba? 😭😭😭😭 . . Semoga mereka yang di landa musibbah, di berikan kekuatan untuk berjuang SEBELUM AJAL TIBA .. Pada kita yang masih di pelihara kesihatan, TOLONG JAGA KESIHATAN!!! TAKZIAH pada mereka yang pulang menemui penciptaNYA.. Semoga mereka di berikan HUSNUL KHATIMAH dan di tempatkan di syurgaNYA tanpa HISAB. Jangan putus berdoa supaya ALLAH hilangkan WABAK ini supaya kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal tiba dengan sempurna 😥 . . ALLAH MAHA BESAR.. #covid_19#musibah#allahsebaikpelindung#allahmahakuasa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.
Ternyata walaupun gementar menanti detik untuk melahirkan anaknya, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.
Melalui gambar yang dikongsi oleh pengurusnya Rozi sebelum bersalin, Siti dilihat menutup aurat walaupun hanya dengan mengenakan tudung sarung segera yang memang mudah untuk digayakan. Beliau hanya sekadar mengenakan tudung segera dan wajahnya juga terampil polos tanpa sebarang calitan alat mekap seperti yang biasa kita lihat penampilannya sebelum ini. Namun Siti tetap comel dan kekal jelita seperti selalu.
Ramai cukup teruja menanti detik kelahiranyan puteri ini yang memang dirai kerana melihat dekorasi bilik yang dihias cukup indah.
Bertemakan warna pink, dengan kelambu putih dengan kemasan reben menyerikan lagi tempat istirehat sementara Siti di Hospital Gleneangles, Kuala Lumpur. Menerusi akaun Ig Nurul Zahid, dilihat bagaimana persiapan mereka dengan menyediakan kain rentang bertulis ‘welcome to the world little princess’.
Ternyata bukan sahaja ahli keluarga terdekat teruja malam peminat juga turut terharu menerima berita kehadiran puteri sulung Siti. Sebaik mendengar berita kelahirannya, puteri yang masih belum ada nama ini tidak putus-putus menerima hadiah dari peminat ibunya yang merupakan penyanyi tersohor negara.
Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa memilih hari Isnin yang bersamaan 1 Rejab ini sebagai hari kelahiran puteri mereka.
Mereka dikatakan memilih hari ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah SAW) selain ia jatuh pada 1 Rejab. Sebelum itu Mufti Menk juga turut menzahirkan kata-kata semangat dan mendoakan proses melahirkan kepada penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar.
Pastinya peminat Siti tidak sabar untuk melihat wajah puteri mereka ini kerana memang selama ini mereka menantikan detik penuh bersejarah buat kedua-duanya. Namun menurut kenyataan Rozi juga, Siti dan keluarga memohon ruang untuk diberi masa berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, keduanya juga turut meminta diberi masa sebelum mengumumkannya kepada umum.
Sementara itu Rozi juga sebentar tadi dalam instagramnya memuat turun status memberitahu segalanya berjalabn lancar dan berterima kasih atas ucapan dan doa serta perkongsian kegembiraan dari pelbagai pihak. Mewakili Siti sendiri, Rozi memberitahu bahawa Siti sendiri begitu menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyanyi ini.
Personaliti media sosial yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin berkongsikan kisahnya sewaktu bergelar pelajar dahulu. Jelasnya, dia telah gagal dalam mata pelajaran matematik dahulu sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun begitu, Syifa yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik, ‘Kekasih’ bersama adik-beradiknya tidak pernah patah semangat dalam mengejar cita-citanya.
“Okaylah Syifa ceritalah satu rahsia ni okay, since harini kami saja melawat tempat kenangan kami utk next content kami. Syifa bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, dari form 1- form 5.
“Form 1-3 duduk dekat kelas nombor dua okay la not bad total ada 4 kelas, masuk form 4-5 Syifa pilih aliran sastera sebab Syifa suka membaca dan menulis. Alhamdulillah sampai sekarang suka menulis.
“Masuk form 4 Syifa dah start jadi pemalas malas gila nak belajar,banyak main je sekolah pun asyik doa hujan pagi pagi sebab malas nak pi sebab pergi kelas naik basikalkan.
“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling excited nak jawab paper agama, bahasa melayu dan sastera sebab itu je yang aku mahir.
“Mai paper math sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk! PMR pun tak cemerlang. Math aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa.
“Masalahnya aku yang benak. Cikgu tu ajar elok ja. Weh SPM aku failed math tau. Sumpah tak tipu. Ada A pun tak guna dah math gagal.
“Dah lama aku simpan aib ni tak semua orang tahu. Memang harapan aku nak dapat belajar UITM. Dah math pun tak kredit, itu yang sambung belajar dekat swasta. Tapi Alhamdulillah math ja bodoh kira duit tak bodoh,” luah Syifa di Instagramnya.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.