Berzikir sememangnya mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa. Walaupun ia amalan yang ringan di mulut tetapi mempunyai ganjaran pahala yang sangat lumayan.
Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepadaNya.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepada-Mu. Bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”
Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)
Begitulah hebatnya kuasa zikir.
Berikut perkongsian amalan zikir daripada Khairul Anuar Basri
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Ads
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
Ads
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Ads
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Diana Rafar, selebriti cantik ini begitu bahagia melayari kehidupan bersama suami dan juga cahaya matanya. Ternyata rezekinya makin murah sebagai seorang isteri dan ibu, Diana juga kelihatan semakin manis dan cantik.
Mengintai perkongsian yang dibuat Diana, isteri kepada Zamarul Hisham ini ada mengamalkan beberapa zikir dalam melayari kehidupan seharian. Dia berkongsi amalan ini yang pernah dimuat naik di laman Instagramnya. Jika zikir ini diamalkan secara konsisten, insya-Allah dengan izinNya rezeki akan datang tanpa disangka-sangka.
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Sebagai seorang Muslim, tidak kira sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, jika diselitkan dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam pasti memberi ketenangan.
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu.
Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
1. Tidur Awal
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu.
Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah.
Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi.
Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas.
Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.