Ramai di antara kita yang masih kurang peka mengenai serangan panik. Bukan isu yang remeh, serangan ini mampu menjadi luar biasa jika kita memandang ringan akan hal ini. Takut rasanya.
Jika anda tiba-tiba rasa sesak nafas dan berdebar, anda mungkin sudah terkena panic/anxiety attack ini. Untuk mengetahui ciri-ciri yang lebih tepat, jom ketahuinya dengan membaca perkongsian daripada Dr. Rostam ini.
gambar sekadar hiasan
10 FAKTA TENTANG SERANGAN PANIK
1.Serangan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penyebab atau penyebab itu terlalu ‘trivial
2.Serangan memuncak dalam tempoh sekelip mata (+-1 minit) dan hilang juga dalam tempoh sekejapan (tak lebih 20minit)
Ads
3.Perlu ada sekurangnya 4 dari 12 simptom baru dikatakan ada serangan panik. Simptom: rasa pening nak pitam, mata berpinar/kabur, nafas tak lancar/laju, berdebar, rasa tercekik, rasa nak mati, dada sesak, seram sejuk, menggeletar, rasa lembut kaki tangan, perut rasa tak selesa
4.Serangan panik yang kerap diikuti kerisauan melampau mengenainya dalam tempoh sekurangnya sebulan akan didiagnosa penyakit panic disorder
5.Boleh ada agoraphobia: fobia terhadap situasi di mana penghidap takut dirinya akan terperangkap: kenduri, gi masjid, shopping mall
Ads
6.Boleh menjadi salah satu penyakit sampingan kepada depression, anxiety disorder, ptsd etc
7.Simptom panik boleh menyerupai penyakit perubatan lain seperti masalah ritma jantung, masalah thyroid, penggunaan bahan terlarang etc. So kena check tahap kesihatan keseluruhan
8.Keadaan penyakit yang teruk boleh menyebabkan hilang kefungsian dalam situasi sosial, pekerjaan dan personaliti diri
Ads
9.Amalkan teknik relaksasi seperti relaxation breathing, progressive muscle relaxation, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal merawat
10.Jumpa doktor anda untuk mengesahkan simptom dan mendapatkan rawatan yang tepat
Sedang asyik buat kerja yang banyak di pejabat, tiba-tiba, gigi geraham sakit dan berdenyut-denyut! Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit dan peritnya keadaan itu.
Tetapi bila periksa di cermin, tiada lubang atau tanda-tanda secara fizikal pun yang menunjukkan gigi geraham itu tidak sihat. Jadi apa punca yang boleh berlaku dan ia sakit sangat?
Sakit gigi adalah salah satu sakit atau bahasa kasarnya ‘azab’ yang ramai tidak mahu ia berlaku. Tambahan pula, kita perlu lakukan aktiviti harian tetapi fokus terganggu dek kerana sakit dan perit yang melampau.
Sudah tentu, bila gigi sakit kita akan periksa secara fizikal di cermin–tetapi tiada apa yang berlubang atau penampakkan perubahan secara fizikal. Jadi kenapa ia boleh beri rasa sakit yang melampau sangat?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi geraham sakit meski pun tiada lubang atau perubahan fizikal pada gigi. Di Hellodoktor, ada penerangan lanjut mengenai keadaan ini.
Basuh gigi 3 kali sehari, floss gigi, kumur-kumur selepas makan, apa sahaja yang anda lakukan tetapi gigi masih lagi sakit. Meski pun penjagaan rutin gigi anda bagus dan teliti, banyak perkara yang boleh pengaruhi permasalahan ini.
Musuh utama dalam masalah gigi adalah kaviti, kaviti akan ada jika penjagaan mulut tidak bagus dan cermat. Tetapi, ada jua masalah lain seperti sinus, jangkitan gusi atau gigi yang retak boleh menyebabkan kesakitan yang sama!
Jadi ada banyak perkara yang boleh terjadi yang membuatkan gigi terasa sakit yang perit. Anda harus tahu faktor-faktor lain yang membuatkan masalah ini ganggu kehidupan seharian anda, antaranya:
Nanah boleh terkumpul di dalam gigi, gusi atau juga tulang yang memegang gigi di tempatnya, kondisi ini di panggil sebagai abses gigi. Apa punca utamanya? Jangkitan bakteria.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita makan dan lupa untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Oleh dengan itu, lama-kelamaan, ia akan jadi mereput dan menyebabkan jangkitan. Jadi rawatan segera perlu di buat supaya anda cepat sembuh!
Jika gigi retak atau lebih teruk pecah, ia boleh menjadi punca kesakitan kepada gigi. Gigi bukanlah alat untuk anda buka pek keropok atau buka apa-apa yang memerlukan kekuatan, gigi yang retak hanya membuatkan anda lebih sakit dan mencacatkan lagi keadaan. Jika anda alami masalah ini, rawatan seperti implan atau bentuk korona (dental crown) perlu di lakukan untuk baiki gigi.
Gigi geraham yang sakit juga boleh di sebabkan oleh penumbuhan baru gigi bongsu. Meski pun tiada lubang, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul boleh menyebabkan lagi kesakitan yang berganda!
Oleh itu, ramai yang telah menjalani pembedahan bagi membuang gigi bongsu. Tetapi ada juga kes di mana pembedahan tidak di perlukan. Nasib anda juga jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan yang normal.
Dalam tidak sedar, ramai yang menjadi habit mengetap gigi terutama sekali ketika malam. Mereka yang kerap lakukan ini akan mengalami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan juga sakit mulut.
Jika anda mengetap gigi dengan terlalu kuat, kemungkinan besar gigi anda akan menjadi haus dan patah. Mereka yang sering mengetap gigi ini akan rasa sakit pada seluruh kawasan rahang dan bukan pada satu batang gigi sahaja. Terus dapatkan rawatan doktor jika anda alami masalah ini.
Gigi yang sudah bertampal boleh juga tercabut dan menjadi punca mengapa gigi geraham menjadi sakit. Jika anda makan makanan yang terlalu keras, tampalan itu boleh pecah dan menyebabkan kesakitan buat gigi anda. Bukan sahaja itu, ia akan berikan sensasi ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.
Sebolehnya anda dapatkan terus rawatan bersama doktor gigi kerana ia lebih selamat dan memudahkan lagi urusan untuk menyembuh. Jangan ikuti beberapa tip yang boleh memudaratkan lagi gigi anda, mungkin lega buat seketika waktu, tetapi bakal bagi kesan yang berpanjangan.
Kejadian bunuh yang berlaku terhadap Siti Nur Surya Ismail,19, yang berlaku semalam di Kuala Terengganu semalam amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Mangsa sebelum ini dipercayai disamun selepas rumah dipecah masuk selepas ditemui maut dalam keadaan tertiarap berlumuran darah serta putus pergelangan tangan.
Kecederaan juga turut berlaku di bahagian badan dan muka akibat daripada pergelutan yang terjadi.
Sehubungan dengan itu, polis telah menahan seorang remaja perempuan tingkatan enam bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.
Jelas Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, suspek berusia 19 yang juga kenalan kepada manga itu ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada jam 8.15 pagi tadi.
Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
“Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu.
Tambahnya, polis juga turut menemui barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa di rumah suspek.
Jelasnya, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal sebelum kejadian.
“Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.
“Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” ujarnya.
Suspek kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki.
Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.
Pulih dari kanser prostat, Datuk Sri Nazir Razak ingin memberi kesedaran pada semua rakyat Malaysia mengenai kanser ini kerana masih ramai yang kurang pengetahuan mengenainya selain malu untuk bercakap tentangnya secara terbuka.
“Saya dididik untuk membesar dalam environment yang tak bias. Ketika usia 13 tahun bapa (Tun Abdul Razak) hantar masuk boarding school di United Kingdom (UK).
“Lepas 10 tahun, saya pulang ke Kuala Lumpur untuk kerja. Industri perbankan sangat competitive waktu itu. Pagi malam kerja 16 jam di pejabat. 6-7 hari seminggu. Jadi teruk kerja. Sekarang bila fkir balik, kerana tak balance macam tu lah boleh jadi satu fakta kenapa saya dapat penyakit ini.
“Sangat bahaya kerana kita boleh kena kanser prostat ini tapi tiada simptom langsung, tiada gejala langsung yang seperti saya,” jelas beliau yang sangat aktif bersukan pada zaman remajanya.
MULANYA HANYA MAHU MEMBELI INSURANS
“Saya ingat masa tu, saya cuma nak beli produk insurans. Relationship Manager dari CIMB kata patutnya you beli insurans ni. Tapi kalau nak beli kenalah buat medical test,” jelasnya.
Dari situlah beliau mendapat tahu mengenai kanser yang dihadapinya apabila mendapati ada tumor yang membesar dalam prostatnya setelah melakukan ujian MRI.
“Isteri saya, Azlina, handle dengan tenang, cakap terus terang pada anak-anak tapi tidak emosi. Kerana tak nak rakan-rakan lain emosi, saya hanya bagitahu pada yang rapat sahaja dan minta mereka tidak sebarkan pada yang lain.
MAHU TOLONG ORANG LAIN YANG LALUI MASALAH YANG SAMA
“Bila sudah selesai pembedahan dan recover sepenuhnya, saya bagitahu doktor saya bahawa saya rasa saya ini lucky dan kita kena tolong orang kitalah. Kita ni orang lelaki macho, jadi malulah untuk bercakap pasal prostat tu.
“Saya dapat peluang hidup yang kedua, saya harap ramai orang bertuah seperti saya. Jadi pesan saya, ambil tindakan awal. Inilah kanser yang paling senang untuk dapat rawatan. Namun, jika lambat ia akan menjadi sukar,” ujarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.