Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian 22 pelajar tahfiz dan dua orang guru akibat kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.
Hati admin cukup sayu mendengar azan yang berkumandang di surau berdekatan sedang api marak menjilat pusat tahfiz berkenaan.
Litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama dipercayai menjadi punca dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.
“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dari kawasan kebakaran.
“Selain itu, mangsa juga dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Tambahnya, bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut.
IKLAN
Melalui laporan Harian Metro, seorang daripada tahfiz berkenaan sempat memberi surat kepada ibunya semalam.
Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
IKLAN
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”
“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.
“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
IKLAN
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”
Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.
“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
Al-Fatihah buat semua mangsa dan semoga arwah mereka tergolong dalam para mujahid dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE & HARIAN METRO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sering kita dengar seseorang yang meninggal setelah diserang demam berpanjangan. Jangan ambil mudah gejala ini,jika tidak diubat segera boleh membawa maut. Jika badan diserang demam panas, pasti anda akan merasai ketidakselesaan dalam menjalankan aktiviti seharian. Demam ini boleh diklasifikasikan sebagai tindak balas semula jadi badan bagi melawan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ketika suhu badan meningkat, kuman dalam badan kita akan menjadi lemah agar ia mampu mengurangkan pembiakannya dalam sistem badan kita.
Oleh sebab itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu perlu diambil kira supaya serangan demam tersebut tidak menjadi teruk. Kamu tidak digalakkan mengambil ubat secara sembarangan. Ada langkah semula jadi yang boleh kamu amalkan bagi melawan serangannya. Amalkannya tanpa perlu mengambil ubat-ubat yang mengandungi dos-dos yang tidak diperlukan oleh badan.
Minum Banyak Air Masak
Dehidrasi atau kekurangan air mampu menyebabkan suhu badan naik, sakit kepala, kekejangan otot, tekanan darah rendah dan banyak lagi jenis ketidakselesaan. Sekiranya anda mengalami simptom demam, masukkan air ke dalam badan semaksimum yang mungkin. Bagi badan orang dewasa, sebanyak dua liter air masak diperlukan. Elakkan minuman berkafein kerana ketika itu badan amat memerlukan air masak. Minum seberapa banyak yang mampu.
Pakai Baju Material Sejuk
Anda dinasihatkan agar mengenakan baju yang longgar dari material yang sejuk seperti yang berasaskan kapas. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pastikan peredaran udara berjalan lancar agar haba tidak terus terperangkap dalam badan yang boleh mengakibatkan demam semakin melarat.
Kawal Suhu Udara
Suhu udara sekeliling tidak perlu terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan badan mengeluarkan peluh secara berlebihan yang mengakibatkan dehidrasi. Sebaik-baiknya kawal suhu sekeliling dalam suhu bilik (37 darjah celsius).
Mandi Air Separa Panas
Mandi air separa panas mampu membantu menurunkan suhu badan, mengelakkan kekejangan otot dan menjadikan badan lebih relaks. Ia juga membantu daripada berlakunya jangkitan kuman dan bakteria pada badan. Namun perlu diingat, air yang digunakan jangan terlalu panas kerana ia akan meningkatkan lagi suhu badan.
Selain langkah-langkah di atas, istirehat dan tidur yang cukup juga diperlukan bagi mengurangkan demam. Jika demam menjadi semakin teruk, terus berjumpa dengan pakar kesihatan yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat yang selanjutnya.
Rehat Dengan Cukup
Sebaiknya dapatkan rehat secukupnya. Jangan melakukan sebarang aktiviti dan kalau boleh tidur untuk seketika. Matikan telefon bimbit dan jangan biar orang mengganggu. Tapi awas, jangan sesekali kunci bilik kerana bimbang berlaku sebarang perkara tidak diingini. Sekadar pesan pada teman-teman supaya jangan ganggu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa sukar untuk menelan air liur dan rasa sakit sekitar dalam tekak anda? Ada yang sampai demam dan luka di kawasan tekak mereka. Jika pernah, ini bermakna anda sudah terkena jangkitan tonsil atau radang tonsil. Jangan ambil mudah kerana ia boleh membawa maut dan perit sungguh rasanya!
Jadi apa itu tonsil? Rupanya ada juga yang tidak tahu dan hanya memikirkan ianya sakit tekak biasa sahaja. Bukan. Tonsil ini terletak di belakang lidah kita. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan yang akan masuk ke dalam mulut anda. Jika anda mengalami keradangan ia disebut sebagai tonsilitis. Rasa diguris-guris tekak apabila kena tonsilitis. Kadang-kadang sakit tu sampai rasa nak menangis. Kerana terlampau sakit dan sukar untuk menelan air liur anda. Perit tonsilitis ini sakit sehingga boleh menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian.
Jadi ini antara simptom tonsilitis yang boleh terjadi kepada anda mengikut laman sesawang Hellodoktor:
Susah dan rasa sangat sakit semasa menelan. Terutama sekali menelan makanan.
Nod limfa anda di leher membengkak.
Nafas anda akan berbau
Demam dan juga menggigil
Terasa penat dan sakit kepala
Perut akan sakit dan meragam
Tonsil bengkak, merah dan bernanah.
4 sebab yang kerap berlaku bagi tonsilitis.
1. Virus
Virus merupakan punca utama tonsilitis berlaku. Banyak jenis virus yang boleh menyebabkan anda terkena tonsilitis ini, antaranya adalah:
Rhinovirus, ia boleh menyebabkan anda demam.
Virus influenza, ia akan menyebabkan selesema.
Adenovirus, ia akan menyebabkan anda cirit-birit.
Virus Epstein-Barr, ia akan menyebabkan demam kelenjar.
Enterovirus, ia akan menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut.
2. Bakteria
15 peratus daripada tonsilitis adalah disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang kerap terlibat pada tonsilitis ini adalah bakteria streptokokus kumpulan A!
3. Fungus dan Parasit
Fungus dan parasit boleh menyebabkan tonsilitis tetapi ianya sangat jarang berlaku. Ini selalu terjadi kepada mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah.
4. Merokok
Tidak kira wanita atau lelaki kalau anda merokok anda akan berisiko untuk mendapat tonsilitis secara kerap. Merokok sendiri akan mengurangkan air liur anda, jadi ia akan mengurangkan imuniti yang akan dibawa oleh air liur anda. Pada masa yang sama, ia akan menjejaskan keseimbangan bakteria (tidak kira bakteria baik atau jahat) di dalam mulut anda. Jadi keadaan ini akan menyebabkan tonsilitis berlaku dengan lebih kerap.
Walaupun tonsilitis merupakan satu masalah kesihatan yang bersifat jangka masa pendek sahaja tetapi jangan ambil mudah ya. Simptom yang paling popular adalah apabila anda lihat tonsil anda pada cermin dan membuka lampu suluh anda akan melihat tonsil anda akan kelihatan merah cerah bersama bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.
Gambar oleh Hellodoktor ini boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan tonsilitis.
Tonsilitis boleh menyebabkan maut tetapi anda boleh elak dari berlaku. Walaupun jumlah maut itu tidak ramai tetapi jangan ambil mudah. Dapatkan rawatan lanjut dari doktor untuk anda merawatnya. Jangan tunggu sudah teruk berjumpa dengan doktor.
Jika tonsilitis anda bukan dalam keadaan teruk, pengambilan antibiotik boleh membunuh bakteria atau virus yang akan menyebabkan jangkitan. Jika dalam keadaan teruk, pembedahan untuk membuang tonsil perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan lebih teruk. Akhir kata, jangan lupa untuk berjumpa doktor anda. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang telah disenaraikan di atas. Masih belum terlambat.
Beberapa hari lalu viral kes kehilangan seorang ustazah, Nurfarhana Ibrahim yang dikatakan tidak pulang ke rumah setelah habis sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, Pulau Pinang. Dan semalam Nur Farhana telah ditemui selamat apabila muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak. Dia yang hilang selama empat hari dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral serta tidur di beberapa surau dan banyak habiskan masa berjalan kaki.
Kehilangan ustazah berkenaan, Nur Farhana Ibrahim jadi tumpuan kerana suaminya turut memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim, guru agama berkenaan muncul di IPD kira-kira jam 3.15 petang khamis.
Dalam soal siasat dijalankan, wanita ini dikatakan hanya ‘sedar’ ketika berada di Padang Rengas. Dari situ dia kemudiannya menaiki bas ke Kuala Kangsar, turun depan hospital. Dari hospial dia kemudiannya berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar.
Dia yang ditemui kelihatan letih tetapi ceria dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. wanita ini juga tidak sabar untuk balik dan bertemu anaknya.
Tambahnya, ustazah itu juga tidak membawa apa-apa dokumen ketika keluar dari Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau di mana dia mengajar Pendidikan Agama Islam.
Berdasarkan soal siasat, dia hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa.
Nurfarhana diserahkan kepada ahli keluarga sebaik sahaja suaminya tiba untuk membuat pengesahan kira-kira pukul 5.30 petang.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.