Menjawab salam yang diberikan sesama Muslim adalah wajib. Berdosa sekiranya salam diabaikan secara sengaja.
Lalu bagaimana pula hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Adakah salam itu juga wajib untuk dijawab?
SOALAN:
Apakah hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Mohon pencerahan.
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
Ayat di atas menjelaskan, apabila kamu memasuki sebuah rumah, tidak kira rumah tersebut berpenghuni ataupun tidak, maka sebahagian daripada kamu berilah salam kepada sebahagian yang lain dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ atau “السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ” sekiranya tiada seorang pun di dalam rumah itu. Ucapan salam ini telah disyariatkan oleh Allah SWT dan ia merupakan ucapan yang diberkati, yang menumbuhkan rasa kasih sayang dan cinta. Apatah lagi, ia disukai oleh orang yang mendengar.
Bukan itu sahaja, malah Ibn Juzai al-Kalbi menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat ia tidak terhad hanya kepada rumah-rumah atau kediaman tetapi juga masjid-masjid. Kita diperintahkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang ada di dalamnya. Sekiranya tiada sesiapa di dalamnya, berilah salam kepada Nabi SAW, para malaikat dan hamba-hamba Allah yang soleh.
HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Pada asalnya, hukum memberi salam adalah sunat muakkad — yang sangat dituntut. Manakala hukum menjawabnya pula adalah wajib.
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi perkara ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitabnya bahawa hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkad. Manakala hukum menjawab salam pula adalah fardhu atau wajib secara ijmak (sepakat para ulama). Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain, maka orang yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardhu ain. Jika diberi salam kepada sekelompok manusia, maka hukum menjawabnya pula menjadi fardhu kifayah. Jika salah seorang menjawabnya, maka sudah cukup dan gugur kewajipan menjawabnya bagi mereka yang lain, dan jika semua orang menjawabnya, maka semuanya dikira sebagai menunaikan perkara yang fardhu, sama ada mereka menjawabnya secara serentak ataupun tidak. Jika tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menjawabnya, maka mereka semua dikira berdosa.
IKLAN
Penjelasan lanjut berkenaan hal ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #202 Memberi Salam.
CARA MENULIS DAN MEMENDEKKAN LAFAZ SALAM KETIKA BERMESEJ
Secara umumnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Ada yang membenarkannya dan ada juga yang melarang. Mereka yang tidak membenarkan untuk memendekkannya berhujah kerana ia adalah ibadah sepertimana yang disebutkan oleh Abu al-Hasan al-‘Adawi dalam hasyiahnya.
Manakala sebahagian ulama yang lain pula, mengharuskan lafaz salam diringkaskan hanya kepada “السَّلَامُ” atau “سَلَامٌ” sama ada ketika memberi salam atau menjawabnya. Bahkah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyebutkan bahawa tidak mengapa memendekkan lafaz salam menjadi “السَّلَامُ” kerana Nabi Ibrahim A.S, ketika menjawab salam para malaikat Baginda menjawabnya dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “عَلَيْكُمْ سَلَامٌ” yang bermaksud “Ke atas kamu kesejahteraan”. Begitulah juga ketika memberi salam, tidak mengapa, jika seseorang memberi salam dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “سَلَامٌ عَلَيْكُم” yang bermaksud “Salam sejahtera ke atas kamu” atau dengan lafaz “السَّلَامُ” iaitu dengan makna “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ” (Salam sejahtera ke atas kamu).
Pendapat mereka yang membolehkannya ini, dikuatkan lagi dengan sebuah hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Amalan-amalan itu adalah berdasarkan kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.”
Justeru, tidak mengapa jika seseorang itu memendekkan lafaz salam dalam penulisannya di aplikasi whatsapp dan seumpamanya. Hal ini kerana dia tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud mahu memberi salam. Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis maksudkan sebagai memberi salam. Namun, jika lafaz salam tersebut dapat ditulis dengan penuh seperti ‘assalamualaikum’, maka itu adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf. Penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #522 Memendekkan Lafaz Salam ketika Bermesej.
HUKUM MENJAWAB SALAM YANG BERTULIS
IKLAN
Berbalik kepada persoalan yang telah ditanyakan, kami nyatakan bahawa seseorang yang mendapat mesej mahupun pesanan ringkas yang mengandungi lafaz salam, wajib menjawabnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).”[10]
Selain itu, Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang telah sampai padanya salam daripada seseorang yang lain, hendaklah dia menjawabnya dan menjawab salam itu, hukumnya adalah wajib ke atas dirinya dengan segera. Begitu juga jika dia menerima salam menerusi kertas — yakni surat — daripada orang yang berada di jauh, maka hukumnya adalah wajib untuk dia menjawab salam tersebut secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kaedah fiqh yang menyatakan:
IKLAN
الكِتَابُ كَالخِطَابِ
Maksudnya: “Penulisan sama kedudukannya seperti percakapan.”
Dr. Muhammad al-Zuhaili ketika mensyarahkan kaedah ini menyebutkan, penulisan antara orang yang tidak hadir sama seperti pertuturan sesama orang yang hadir. Hal ini kerana pen (atau alat-alat tulis lain) merupakan salah satu alat bicara — yakni untuk menyampaikan. Sesungguhnya Nabi SAW telah diperintahkan untuk menyampaikan risalah (yakni agama ini) kepada manusia seluruhnya. Ada kalanya Baginda SAW telah menyampaikan kepada mereka melalui penulisan (yakni perutusan surat) dan ada kalanya melalui pertuturan.
KESIMPULANNYA
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum yang sama terpakai kepada mereka yang menerima pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp, SMS dan seumpamanya, atau membaca surat atau lain-lain, yang mana terkandung di dalamnya lafaz salam (yang ditujukan buat pembacanya), hendaklah dia menjawabnya kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan. Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib, maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan juga adalah wajib.
Selain itu mereka boleh memilih untuk menjawabnya secara lisan yakni sekadar menjawabnya secara lisan sahaja, tanpa membalas kembali lafaz salam itu, maka ia sudah memadai. Namun, afdhalnya adalah membalas kembali lafaz salam itu (yakni menjawabnya) dengan mengirimnya kembali melalui pesanan ringkas tersebut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber kredit: Maktabah al-Bakri Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor menarik nafas lega apabila adiknya Nur Ameera Khan atau lebih dikenali dengan jolokan Little Miss Khan (LMK) kini sudah kembali aktif semula di laman Instagram miliknya.
Model jelita, Ameera Khan itu kembali mengubati segala kerinduan para peminat terhadap dirinya setelah hampir setengah tahun menyepi dan mendiamkan diri dari laman sosial.
Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya LMK memuat naik beberapa keping foto dan video dirinya ketika sedang melaksanakan ibadah umrah, serta sambutan hari lahirnya yang ke-22 tahun di Dubai menerusi Instagram miliknya.
Pada hantaran hari lahir Ameera yang ke 22 tahun itu, komen yang ditinggalkan Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail dan ummi kepada Muhamad Bilal telah menarik perhatian wargamaya.
Neelofa, dalam nada berseloroh mengakui bahawa dia turut merasa lega apabila kini, dia tidak perlu lagi menjawab pertanyaan dan persoalan yang ditimbulkan media berhubung perkembangan terkini LMK berserta ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Ameera.
“Happy birthday baby. Dan akhirnya tak payah nak jawab dah bila media tanya,” komen Neelofa disertakan bersama emoji ketawa.
Meninjau ke ruangkan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati rata-rata rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat model muda yang berjaya menempah nama kepersada antarabangsa itu.
Malah, mereka turut menzahirkan perasaan teruja terhadap perkongsian LMK selepas lima bulan mendiamkan diri dari laman sosial.
Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Sudah sebulan pasangan sama cantik sama padan, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran bergelar sebagai pasangan suami isteri yag sah. Kedua-duanya selamat diijabkabul berwalikan ayah Bella di sebuah hotel terkemuka di ibu kota awal September lalu.
Turut memeriahkan majlis pernikahan ini adalah teman-teman rapat dari Malaysia dan Indonesia. Ketika majlis pernikahan, penampilan Bella mendapat kritikan netizen yang menganggap solekan pada wajah Bella tidak menarik hingga menampakkan wajahnya sedikit tua.
@islamiyahkurnia Kenapa jadi gini make up nya kak bela.. Sedih liatx
@alisya911 Orang cantik dibuat jelek
@mashitoh13 Difoto tmen2nya kak bella jelas banget tebel dan item,jadi ngeri sndiri
Walaupun dikritik netizen, tetapi Bella tidak cepat melatah sebaliknya menyelusuri momen bahagia bersama suami dan anak Engku Emran, Aleesya. Dapat dilihat daripada foto yang dimuat turutn dalam laman instagram Bella dan juga Engku Emran.
Dan semalam genap sebulan majlis pernikahan pasangan ini. Jika sebelum ini majlis merai kedua mempelai di adakan di sini, tetapi kali ini Bella dan Engku Emran telah diraikan pula di Indonesia. Ternyata kali ini penampilan Bella termasuk busana dan solekan yang digayakan sangat cantik dan perfect.
Kali ini penampilan Bella mendapat pujian netizen yang sukakan caranya yang sederhana tetapi tetap menyerlahkan sisi anggun Bella. Bella memilih dressrona pastel rekaan seakan seluar berpotongan longgar dengan sentuhan manik mewah, juga hijab dililid ringkas sahaja. Sementara Engku Emran pula cukup segak menggayakan sut rona coklat berpadanan dengan Bella.
Begitu juga dengan solekan di wajah Bella. Sentuhan cukup natural dan menyerlahkan lagi kejeitaan wajah Bella. Rata-rata netizen bersetuju dengan solekan yang Bella kenakan pada malam itu. Memang tak puas mata memandang.
@septisepti Pake makeup yg ini Bella cantik buangeettt
@oyenchaplin perfect makeup
@kitykatki Kalau ini baru bagus,
@supiati8734 Cantiknya kak Bella dgn Mek up natural gini lebih anggun
Majlis resepsi bertemakan garden wedding ini turut dihadiri rakan artis dari Malaysia seperti Amy Search, Nora Danish dan suami serta beberapa lagi. Juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dari Indonesia seperti Melly Goeslow, Bunga Cinta Lestari dan suami, Marcell dan rakan-rakan kedua mempelai.
Dalam majlis ini Engku Emran telah membuat surprise pada isteri tercinta dengan menjemput Amy Search untuk hadir serta menghiburkan tetamu dengan lagu ‘Isabella’. Menurut ceritanya, ibu Bella menjadikan Amy Search sebagai idola lantas menamakan Bella dari inspirasi lagu berkenaan. Bella yang terkejut dengan surprise itu terus memeluk suaminya. So sweet.
Admin ucapkan semoga perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah dan cepat-cepat menimang cahayamata seperti yang didoakan oleh peminat keduanya.
Ayuh, kita saksikan foto-foto sekitar majlis resepsi keduanya!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.