Kadang kala, kita memang tidak dapat mengelak daripada berlakunya kejadian malang seperti terputus anggota tubuh badan dalam kemalangan.
Jika berlakunya sebegitu, sebenarnya masih ada lagi harapan dan peluang untuk anggota badan yang terputus itu seperti jari, telinga dan sebagainya untuk diselamatkan. Ikuti kaedahnya menerusi perkongsian Public Health Malaysia ini.
Ads
– Untuk jari yang terputus, basuh dengan air bersih. Balut dengan kain/ kapas utk hentikan pendarahan.
– Tinggikan jari dari aras jantung dan bawa ke hospital.
Ads
Ini pula perkara yang anda perlu elakkan daripada melakukannya untuk bahagian anggota yang terputus
Apabila keadaan yang tidak di jangka akan berpanjangan sebegini, banyak peralatan perlindungan diri kehabisan stok. Wabak korona virus 19 mula menular pada 25 Januari yang lalu dan sehingga kini Malaysia mencatat seramai 1518 kes.
Bukan sahaja rakyat kehabisan mask penutup mulut dan hand sanitizer malahan peralatan pelindung untuk frontliners juga berkurangan. Menerusi Facebook Muhsin Abdul Ghani, lelaki ini memberi sumbangan barang kelengkapan diy untuk petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memerlukan alat pelindung muka. Terbaik!
Mag sudah. anda bila lagi! Baru beli kelengkapan diy untuk disponsor kepada hospital hkl. Wife mag adalah x nurse di hkl , jadi tugas kami membantu mereka sebab kelengkapan ini telah terputus utk front liner staf di HKL. jadi DIY jer. Harap dapat membantu mereka yang sanggup berhadapan dengan risiko nyawa.
Kenapa perlu. Kerana perlu melindungi mata dan permukaan muka dari jangkitan. Kalau dapat terus buat dan hantar yang dah siap lagi bagus. Anda boleh jer contact kawan-kawan yang bertugas dan tanyakan apa yang boleh kita bantu. Semudah itu jer.
Menurut Muhsin, dia mengetahui isu bekalan alat pelindung muka di hospital tidak mencukupi selepas isterinya yang merupakan bekas jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan hal tersebut. Tambahnya, sebagai seorang manusia yang menghargai jasa dan pengorbanan petugas perubatan yang berkhidmat, dia telah membeli kelengkapan diy untuk petugas perubatan membuat alat pelindung muka sendiri. Ini kerana, mereka bakal berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa sekiranya tidak memakai alat pelindung tersebut.
Di Facebook juga, viral beberapa foto di mana petugas perubatan mengorbankan masa mereka untuk membuat sendiri alat pelindung muka demi melindungi diri sendiri dan jutaan nyawa dari pelbagai bahan seperti plastik sampah juga menjadi penutup kepala mereka. Allahu bersama kita bertanggunjawab dudulah di rumah dengan kerjasama anda ini banyak impak yang positif dan berkemunkinan akan mengurangkan jumlah jangkitan. Insyallah
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesudian menerima kehadiran Seri Paduka berdua dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas sokongan serta kasih rakyat kepada baginda berdua.
“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Januari 2019.
“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.”
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat.
Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat agar menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat serta kehamonian yang dinikmati di negara ini dengan sepenuh hati.
Al-Sultan Abdullah turut mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan agar rakyat serta negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah, serta dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berpanjangan.
Sumber: Bernama
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah hampir 10 tahun menunggu akhirnya pasangan Adam Corrie Lee dan isteri, Puan Fazeema Mohd Fuad selamat menimang cahaya mata pertama semalam. Ternyata jelas terpancar cahaya kegembiraan di wajah Adam Corrie ketika muat turut status memberitahu isterinya selamat bersalin. Dan lebih menyentuh hati netizen apabila Adam Corrie turut muat turun video mengucapkan zikir puji-pujian kepada Allah sambil menggosok perlahan dada bayinya, #babyLee dengan perasaan cukup sebak.
Sebelum itu, dalam statusnyanya Adam Corrie mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana bidadarinya telah selamat melahirkan anak mereka. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan dia dan isteri.
Walaupun tidak menampakkan wajah sebenar baby berkenaan, tetapi dapat menyelami kegembiraan pasangan ini yang akhirnya dapat menimang cahayamata setelah sekian lama menanti.
@norasiahmdyusof Amboi merahnya kulit babylee, mesti putih melepak