Kita memang akan selalu nampak kelibat bridesmaids atau pengapit sewaktu di majlis perkahwinan. Kebiasaannya bridesmaids ini terdiri daripada kenalan atau teman rapat pengantin sendiri yang sepatutnya berperanan bagi membantu pengantin di hari istimewanya.
Tapi, betul ke sebenarnya bridesmaids ini kebanyakannya langsung tidak menolong pengantin sebaliknya hanya tahu melaram sahaja?
Baru-baru ini Tasha Manshahar telah memuat naik gambar di laman instagramnya dan meluahkan betapa beruntungnya dia dikurniakan sahabat-sahabat yang menjalankan tanggungjawab sebagai bridesmaids dengan baik.
I had the best bridesmaids for my wedding. Alhamdulillah. Dorg sama-sama ketibas dengan tuan rumah malah lebih teruk ? Dari preparation, berinai, nikah sampai selesai majlis resepsi, they helped me alot! They came early balik lambat. Makesure barang-barang keperluan pengantin cukup. Siap ada checklist. Tolong gosokkan baju yang besar dan berat tu. Remind me to eat, to have a good rest. Tolong family i prepare mana yang patut. Atleast sesiapa of them mesti ada near me masa majlis just incase i needed anything. Jagakan barang. Siap tolong nyahhh kan orang-orang atau perkara-perkara yang boleh buat i moody ? I cuma sediakan baju, tudung utk dorg, yang lain dorang buat sendiri sebab taknak i pening kepala uruskan dorg pulak. Paling penting dorg buat i sentiasa tenang, tak bagi i overthinking pada hari kejadian by saying — “This is your day, cherish every moment. Kita dah plan sebaik mungkin, now you relax. Dont worry, part kau dah setel, sekarang ni kau kahwin je, kitorang pulak buat our part”. Thank you! :’)
Kawan yang baik selalunya akan menawarkan bantuan.
Kita pn sbnrnya tak boleh harapkan bridesmaids utk buat kerja sbb dorg bukan amah. Tp kawan baik selalunya akan offer utk bantu. Sbb dorg nak raikan kita, nak feel moment tu dengan kita. Thats why selalunya bridesmaids adalah dari kalangan kawan baik. Tapi kalau boleh kawan tu pilih yang tak ada komitmen kerja/anak kecil, yg sihat, yg duduk pun area berdekatan atau yg boleh adjust mengikut kesesuaian, sbb kita taknak sampai kita pulak membebankan dorg. So sama2 kena saling memudahkan. _ Tipu la kalau kita buat majlis kita tak nervous. Kot ada apa-apa yang jadi luar jangkaan kan. Tapi doa byk-byk Allah mudahkan, cukupkan. Kita cuba sediakan yang terbaik untuk tetamu ikut kemampuan kita, niat nak jamu nak sedekah makan, nak kongsi berita gembira, inshaAllah majlis akan lancar. Tetamu-tetamu yang hadir pun inshaAllah berlapang hati, happy dan doakan kebahagiaan pengantin. Tu paling utama. Terima kasih tak terhingga kepada @restuayahandaevent@royalepalace dan semua yang terlibat sebab beri kerjasama terbaik dan dah sama-sama usaha utk sediakan yang terbaik untuk majlis saya haritu! ✨
Betullah apa yang Tasha sampaikan itu. Rakan seharusnya menolong memudahkan urusan rakan lain. Jika kita membantu mereka, pasti urusan kita akan dipermudahkan juga nant i!
Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi punca kematian tertinggi di kalangan manusia. Sehingga kini penyelidikan belum dapat menjawab serta mencegah penyakit kanser daripada berlaku, walaupun secara amnya, manusia sudah memahami sebab kenapa kanser berlaku dan bagaimana hendak merawatnya.
Terdapat pelbagai jenis kanser yang telah direkodkan, setiap jenis kanser biasanya dinamakan mengikut organ atau pun tisu. Kanser yang paling popular yang sering hidapi oleh wanita ialah kanser payudara dan kanser servik tetapi jarang kanser tisu atau Sarcoma didedahkan dan dikupas lebih lanjut. Jom hijabista ingin kongsi sedikit tentang kanser tisu yang perlu anda tahu.
Sarcoma adalah kanser yang berlaku pada tisu lembut seperti otot, saraf, lemak, saluran darah, tendon dan cecair dari sendi (synovium). Kanser ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya dan jika tidak dikesan dan dirawat awal boleh mengakibatkan kematian.
Salah satu contoh adalah Kaposi sarcoma dan biasanya berlaku kepada pesakit dengan sistem imun yang lemah seperti AIDS. Walaupun gangguan ini boleh berlaku pada sebarang usia ia biasanya dilihat pada pesakit yang lebih tua.
Risiko terkena sarcoma ini meningkat dengan pendedahan kepada bahan kimia klorida vinil dan dioksin. Pesakit yang pernah terdedah rawatan radiasi untuk rawatan kanser lain juga mempunyai risiko alami penyakit kanser sarcoma ini.
Kanser tisu atau sarcoma boleh berlaku di mana sahaja tetapi yang paling biasa ditemui berlaku di bahagian perut, lengan dan kaki.
Merupakan kanser jenis malignant yang terbentuk pada tisu yang bersambung (connective tissue) seperti tulang dan juga tisu lembut yang ada pada badan manusia, ini termasuklah pada daging, lemak, saluran darah serta saluran kelenjar.
Walaupun diklasifikasikan sebagai kanser yang jarang berlaku, sarcoma mempunyai lebih dari 50 jenis dan biasanya terbahagi kepada dua kategori; jenis yang tumbuh pada tisu lembut seperti daging dan jenis yang tumbuh pada tulang, ketumbuhan pada tulang biasanya dikenali dengan nama Osteosarcoma.
Sarcoma boleh dirawat dan pada kebiasaannya pembedahan akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun jika tiada langkah kawalan diambil.
Tidak ada dokumen atau hujah kukuh mengenai punca sebenar kehadiran sarcoma pada tubuh manusia, namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan, antaranya adalah:
Sarcoma yang menyerang tisu lembut adalah sangat sukar untuk dikenali sehingga ianya membesar pada tahap mampu dikesan, ketumbuhan jenis ini mampu tumbuh pada mana-mana bahagian di dalam badan.
Antara tanda awal kehadiran ketumbuhan ini adalah wujudnya ketulan namun tidak menyakitkan, pada saat ketulan itu telah besar, ianya akan menghimpit saluran darah atau otot sehingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran bernafas jika ia tumbuh pada sekitar paru-paru.
Tidak ada kaedah khas untuk mengesan kehadiran awal ketumbuhan ini sehinggalah simtom kehadirannya dapat dikesan sepenuhnya.
SUMBER: INFOKANSER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah popular dengan lagu Be Mine suatu ketika dahulu, Tasha Manshahar yang kini sudah bergelar seorang isteri dan ibu telah selamat menimang cahaya mata keduanya baru-baru ini.
Selepas genap tujuh hari kelahirannya, Tasha telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat anak lelaki keduanya itu.
Menurut Tasha, majlis itu dibuat secara kecil-kecilan dan ringkas namun sangat bermakna buat dirinya dan keluarga.
Di samping itu, Tasha juga telah mengumumkan nama anaknya pada khalayak iaitu Matten Rizqi bin Fahrur Raqib.
Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi. Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah.
Introducing adik Muammar yang kami namakan…
Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib. 👶🏻
Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin 🤍
Terdahulu, Tasha telah melahirkan Mateen Rizqi pada 15 November yang lalu di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan.
Buat pengetahuan semua, Tasha telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelansungan hidup yang ingin di teruskan bukan semudah yang di jangkakan. Bertapa mudahnya kehidupan ini dengan ada pinjaman bank maka mudah untuk melangsaikan beberapa hutang sehingga ada yang alpa dengan konsep hutang bayar berlebihan boleh jatuh pada riba.
Sebagai orang Islam, kita harus jauhi beberapa jenis riba supaya tidak terjerumus ke lembah dosa. Oleh itu, amat penting untuk tahu berkenaan jenis riba yang ada supaya tidak terlibat dengannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Jangan pula keliru antara rasuah dan riba, dan juga antara jual-beli dan riba. Mungkin ada yang kurang tahu berkenaan riba. Terlibat dengan riba adalah satu dosa besar, malah dikatakan seolah-olah berperang dengan Allah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah dalam ayat 278-279,
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya.”
Pada masa sekarang, banyak produk-produk kewangan yang mempunyai elemen riba terdapat di pasaran, contohnya seperti insurans konvensional, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan kad kredit.
Malah, tanpa kita sedar, perbuatan kita sendiri pun boleh menjerumuskan diri ke dalam lembah riba jika tidak berjaga-jaga.
Jadi, untuk perkongsian kali ini, saya nak berkongsi serba sedikit berkenaan riba dan hutang dalam islam, supaya kita semua dapat berhati-hati agar tidak terlibat dengan amalan haram ini.
Dalam Islam, hutang yang dibenarkan hanyalah pinjaman Al Qard atau turut dikenali dengan nama Al Qardhul Hasan atau pinjaman kebajikan, kepada orang yang sangat memerlukan bantuan tanpa melibatkan bayaran lebih semasa bayaran balik hutang tersebut.
Pinjaman ini baik kerana membantu menyelesaikan masalah kewangan orang lain, bukan untuk mendapatkan keuntungan.
Sebaliknya pula bagi bayaran tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman yang dinamakan sebagai riba’ Ad-Duyuni jenis Al-Qard, iaitu manfaat tambahan yang disyaratkan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam ke atas pemberian jumlah pinjaman asal.
Faedah atau manfaat ini adalah suatu bentuk riba’ dan hukum riba’ itu haram.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275 jelas menyatakan “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’.”
Hadis Rasulullah SAW juga ada menyebut, “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.”
Fahami dahulu apakah maksud riba. Dari segi bahasanya, riba bermaksud pertambahan dan peningkatan. Manakala dari segi istilahnya pula, riba bermaksud sebarang tambahan ke atas hutang akibat tempoh dan tambahan dalam urusan melibatkan item-item tertentu (ribawi).
Item ribawi pula bermaksud item wang seperti matawang, emas dan perak dan juga makanan asasi seperti tamar, beras, garam, gandum dan barli. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa riba boleh terhasil daripada hutang dan juga jual-beli item ribawi.
Riba al-Qardh berlaku apabila sebarang kadar atau manfaat tambahan yang lebih daripada pinjaman pokok dikenakan ke atas pinjaman tersebut dan dipersetujui semasa pinjaman dibuat, sama ada dikenakan oleh pemberi pinjam atau ditawarkan sendiri oleh peminjam.
Dalam erti kata lain, riba al-Qardh melibatkan sebarang pinjaman yang perlu dibayar melebihi pinjaman pokok. Riba jenis ini adalah yang paling popular dan banyak berlaku di kalangan masyarakat sekarang.
Bagaimana hendak elakkan riba al-Qardh?
Pastikan sentiasa berhati-hati apabila memberi pinjam atau meminjam duit atau barang dengan pihak lain.
Kalau nak meminjam dengan bank atau institusi kewangan pula, pastikan pilih pembiayaan Islamik bukan pinjaman konvensional kerana pembiayaan Islamik menggunakan kontrak jual-beli, sewaan atau sebagainya yang berbeza dengan kontrak pinjaman konvensional.
Riba Jahiliah berlaku apabila sebarang manfaat atau kadar tambahan melebihi pinjaman asal dikenakan apabila bayaran pinjaman dilakukan melebihi tempoh yang ditetapkan sama ada disebabkan kelewatan atau penangguhan.
Boleh juga dikatakan riba Jahiliah adalah sebarang denda atau penalti yang dikenakan apabila peminjam lambat atau menangguhkan membayar pinjaman sepertimana tempoh yang ditetapkan.
Riba ini berlaku apabila jual-beli atau pertukaran antara item ribawi berlaku secara bertangguh atau tidak serentak.
Untuk elakkan riba al-Nasak, kena ingat perkara ini; transaksi pertukaran item ribawi mesti dilakukan serentak dalam satu masa atau majlis; kedua-dua penjual dan pembeli mesti menyerahkan item masing-masing sebelum berpisah. Tidak boleh berhutang, tidak boleh bertangguh.
Riba ini melibatkan jual-beli atau pertukaran antara item ribawi yang sama jenis, yang mana berlaku apabila berat dan kuantiti pertukaran tersebut adalah tidak sama.
Untuk elakkan riba al-Fadhl, pertukaran bagi item ribawi sama jenis mesti dilakukan dalam berat atau kuantiti yang sama. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana nak tukar item ribawi yang sama jenis, tetapi berlainan kualiti atau nilai dengan berat yang berbeza.
Contoh: nak tukar 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi. Boleh, kena tukar dengan item ribawi lain jenis dulu seperti matawang. Jual dulu 10kg beras dengan dan dapatkan wang, kemudian beli 5kg beras basmathi dengan wang tersebut.
Dalam konteks pinjaman berunsur riba’, mereka menyangka hukum ini hanya sabit pada pemberi pinjam yang mengenakan faedah, sedangkan hakikatnya bagi pihak yang meminjam juga haram hukumnya.
Hal ini kerana yang meminjam dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba’.
Menurut Riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda, “Si pemberi (riba’) dan si pengambil riba’ adalah sama.”
Bagaimana pula jika pihak yang meminjam rela membayar bunga kepada pinjaman tersebut?
Jika pihak yang meminjam dengan sukarela menawarkan pembayaran semula dengan nilai tambah, hukum haram turut sabit, kerana hukuman riba’ tergolong dalam kategori hak Allah SWT dan Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dengan hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.
Rasional di sebalik penetapan ini ialah pinjaman sepatutnya menjadi suatu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar membantu mereka yang mempunyai keperluan kewangan mendesak. Jika dikenakan faedah atas pinjaman dalam keadaan terdesak itu, bukankah ianya suatu penindasan yang bersifat sebagai mengeksploitasi kesusahan pihak yang meminjam?
Kita lihat daripada aspek sosial pula, bukankah bantu membantu dalam masyarakat itu sepatutnya bersifat ikhlas hati tanpa mengharapkan balasan?
Jika kita mengamalkan pinjaman berunsur faedah ini, secara tidak langsung kita turut menyokong amalan mengharapkan dan mengenakan balasan apabila membantu orang lain, yang seterusnya bakal menghasilkan masyarakat yang hilang sifat tolong-menolong mereka.
Banyak lagi rasional di sebalik pengharaman riba’ bukan sahaja dalam urusan pinjaman tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan. Bagi yang ingin melakukan pinjaman, cuba semampu boleh untuk tidak meletakkan diri anda dalam posisi ditindas, ditekan dan dieksploitasi.
Maknanya, elakkan meminjam daripada pihak yang mengenakan faedah ke atas anda jika anda mempunyai pilihan lain.
Bagaimana pula jika kita dalam keadaan yang begitu terdesak dan terpaksa mendapatkan pinjaman wang berdasarkan riba’ kerana tiada pilihan lain?
Sekiranya kita amat memerlukan wang itu untuk perkara yang dibenarkan Syara’ dan kita telah berusaha sehabis daya untuk mendapatkan pinjaman tanpa riba mengikut hukum Syara’ tetapi gagal, maka adalah harus untuk mengambil pinjaman yang berdasarkan riba.
Contohnya, sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menyambung pelajaran tanpa mengambil pinjaman berunsur faedah dan dia telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah, dia dikira dalam keadaan darurat yang membolehkannya mengambil pinjaman berdasarkan riba’ berkenaan.
Jadi persoalan yang timbul bagi yang telah dan sedang mengambil pinjaman riba ini ialah perlukah faedah yang dikenakan hasil daripada pinjaman ini dilangsaikan memandangkan jelas hukumnya haram?
Jika perkara ini yang menjadi kerisauan anda, bertenanglah kerana Islam itu agama yang syumul, lengkap dan mudah. “Sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Al-Baqarah: 286).
Terdapat tiga pilihan kaedah menguruskan pinjaman berunsur riba’ bagi pihak yang meminjam, seperti berikut:
Kaedah 1: Batalkan terus pinjaman berunsur riba’ jika mampu.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 278).
Jelas riba’ itu haram, dan kita dilarang untuk meneruskan pinjaman riba’.
Oleh itu, jika kita mampu dan boleh membatalkan pinjaman sebegini, maka kita wajib membatalkan terus pinjaman berunsurkan faedah tersebut.
Kaedah 2: Selesaikan jumlah bayaran pinjaman asal dan batalkan faedah jika mampu.
Jika tiada cara untuk kita membatalkan pinjaman sebegini, kita perlu membayar pinjaman itu semula cukup sekadar jumlah asal pinjaman tanpa membayar faedah yang dikenakan.
Kaedah ini terpakai hanya jika kita mampu menghapuskan liabiliti pembayaran faedah tersebut tanpa sebarang kesan negatif melalui perbincangan dengan pemberi pinjam. Pinjaman asal itu wajib dibayar namun faedah dikenakan ke atasnya merupakan riba’ yang haram dan perlu dielakkan jika mampu.
Kaedah 3: Teruskan pembayaran pinjaman dan faedah jika tidak mampu, batalkan.
Jika tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada pinjaman serta pembayaran faedah berkenaan, maka bayarlah pinjaman pada kadar asal termasuk dengan faedah itu sekali. Syaratnya ialah kita perlu telah mencuba sehabis daya terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada membuat pinjaman berunsur riba’.
Setelah itu, bertaubat dan menyesallah atas apa yang kita lakukan.
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25)
Elakkan daripada meminjam atau berhutang.
Walaupun begitu tidak dapat dinafikan keperluan dunia masa kini kadangkala menekan kita untuk melakukan pinjaman, maka pilihlah pinjaman tanpa unsur riba’. Jika telah atau terpaksa mengambil pinjaman dengan unsur riba’, ketahuilah syarat dan kaedah pembayarannya.
“Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53).
Riba boleh wujud dalam banyak keadaan dan situasi, dan kita sendiri boleh terjerumus dengan amalan dosa besar ini jika kita tidak berhati-hati dan kurang ilmu tentangnya.
Pada setiap apa yang diharamkan dalam Islam pasti ada kebaikannya dan mencegahkan kita dari sesuatu yang buruk.
Disclaimer: Artikel ini telah diterbitkan dalam Akuislam dan disumbang oleh Dg Roziekah Binti Ussin. Penulis seorang mahasiswa Fakulti Undang-Undang UKM. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca.
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.