Penjagaan serta rawatan kuku menjadi keutamaan buat ramai orang. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan beratus-ratus hanya untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik semata-mata untuk memuaskan hati melihat tanganyang sempurna.
Walaupun begitu, penjagaan kuku bukan sahaja tertumpu kepada warna atau berkilatnya kuku tersebut, malah, panjang kuku juga di ambil kira. Setiap minggu kita pasti akan potong kuku untuk memastikan ia pendek. Sambil asyik memotong kuku, anda pasti perasan terdapat serpihan ‘kulit’ di sekitar kuku ‘terkeluar’, sudah pasti anda potong bukan?
Tak boleh potong ‘kulit’ sekitar kuku walaupun menjengkelkan
Sumber gambar dari Canva.
Sudah pasti anda akan rasa menjengkelkan apabila melihat ‘kulit’ yang terkeluar di sekitar tepi kuku. Bila di tarik dan cabut sakit pulak. Jadi persoalannya di sini adalah bolehkah ia di potong dan apakah pula cara untuk menjaga ‘kulit’ di sekitar itu tanpa jadi luka dan berdarah?
‘Kulit’ di sekitar tepi kuku itu di panggil sebagai Cuticle ataupun Kutikula. Lapisan kulit ini ada pada pangkal hujung kuku dan ia biasanya akan di potong jika anda pergi membuat sesi manicure dan pedicure. Namun, memotong kutikula ini hanya mendedahkan anda pada jangkitan kuman dan kulat. Salah satu penyakit yang boleh di jangkiti adalah paronychia (kuku menjadi sakit dan bengkak).
Paronychia ini di serang oleh bakteria Staphylococcus aureus dan jika ia kronik boleh di sebabkan oleh jangkitan kulit. Terdapat beberapa gejala utama paronychia, iaitu:-
Bengkak dan menjadi radang di sekitar keliling kuku
Muncul benjolan berisi nanah di sekeliling kuku
Perubahan bentuk, warna, dan tekstur kuku
Kuku mudah tercabut
Kutikula berfungsi untuk melindungi kuku yang akan tumbuh dari jangkitan kuman. Walaupun begitu, kutikula merupakan lapisan kulit yang agak halus, jadi ia mudah terdedah kepada kerosakan dan jangkitan kuman. Bagi mengekalkan kutikula yang sihat, sememangnya anda di nasihati untuk tidak memotong atau mengoyakkan kutikula secara sengaja ataupun tidak.
Anda kena faham bahawa penjagaan kutikula bukan sahaja untuk cantik, malah, untuk menjaga kesihatan kuku daripada terjangkiti masalah yang tidak di ingini. Jadi di Alodokter, terdapat beberapa cara yang di sarankan untuk merawat kutikula, antaranya:-
Gunakan penanggal pengilat kuku yang tidak mengandungi aseton supaya ia tidak kering
Gunakan pengikir kuku untuk menghaluskan tepi kuku yang kasar
Sapukan pengeras kuku (nail strengthen) untuk menguatkan kuku
Sapukan pelembap seperti krim atau jel petroleum untuk berikan kelembapan pada kutikula
Jangan menggigit kuku
Jadi bila anda ke salon untuk membuat rawatan manicure atau pedicure, anda boleh sahaja memberitahu mereka untuk tidak memotong kutikula dan hanya menyuruh mereka untuk melembutkan lapisan itu sahaja. Namun, jika anda ingin juga untuk memotong kutikula, ada beberapa tip yang boleh di lakukan agar kuku tidak rosak dan terhindar dari jangkitan, iaitu:-
Ads
Rendamkan kuku dalam air suam
Sapukan pelembap apabila kutikula kelihatan kering
Tolak kutikula secara perlahan menggunakan penolak kutikula di sepanjang dasar kuku
Pastikan salun yang anda pergi mempunyai lesen yang sah supaya anda tidak tertipu. Jika barangkali anda terkena jangkitan paronychia, ia akan mengambil masa selama beberapa minggu sehingga bulan untuk sembuh. Amalkan untuk merendam kuku ke dalam air suam satu kali sehari. Jika keadaan jadi semakin buruk, anda boleh dapatkan rawatan pada doktor dan anda akan di beri antibiotik atau ubat antikulat atas saranan doktor.
Trend fesyen sentiasa akan berputar dan berulang kembali. Kata orang, ‘What goes around comes around!’ Gaya dan trend yang pada awalnya dianggap moden dan ‘stylish’ akan menjadi lama dan kemudiannya lenyap.
Di saat trend-trend 90an diduga akan lapuk dek zaman, it comes back to life! Sudah pastinya item fesyen yang mengalami perubahan gaya ini akan dihidupkan semula dan menjadi lebih ‘stylish’ dari sebelumnya. Berikut adalah beberapa item fesyen yang dijangka akan membuat ‘comeback’ tahun ini:
Aksesori rambut memainkan peranan penting dalam trend fesyen tahun 90-an. Zaman 90-an dahulu, wanita sering mengenakan cekak rambut tapi jenis yang bergerigi. Menurut Beautynesia, trend cekak kepala akan dihidupkan semula pada tahun ini.
Terdahulu, cekak rambut menjadi sensasi seluruh dunia setelah populariti drama rantaian ‘Gossip Girl’ berada di puncak, apabila watak Blair Waldorf sering mengenakan cekak kepala.
Bezanya, cekak rambut kali ini akan tampil dengan penampilan yang lebih pelbagai, bukan sahaja dari segi warna dan corak tetapi juga materialnya. Lebih besar dan tebal, banyak perhiasan dan berkilau gitu! Gaya ini sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan stailo tanpa mahu kelihatan terlalu mencuba atau overdo.
Kalau anda sering menonton VMA tahun 90-an terdahulu, bintang pop seperti Aaliyah, TLC dan Spice Girls sering menggayakan item ini. Kini, seluar kargo mempunyai banyak variasi, ada yang datang dalam seluar pendek, overall dan juga sweatpants. Memang mustahil lah tak ‘in love’ dengan trend pakaian ini!
Seluar kargo menjadi kesukaan ramai kerana mempunyai banyak poket. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membawa dompet atau barang-barang lain. Biasalah perempuan, kalau boleh semua nak bawa bersama ya! Selain itu, seluar ni juga nampak bergaya dan selesa dipakai. Kalau hijabi nak cuba gayakan seluar ini, jangan lupa tengok Tiktok(di atas) ok!
Ikon fesyen seperti Whitney Houston, Julia Roberts dan Winona Ryder sudah menggayakan blazer ini pada tahun 90-an, tetapi hari ini blazer bersaiz besar sudah menjadi pakaian harian. Kalau malas nak bergaya, padankan blazer bersaiz besar dengan t-shirt sahaja!
Dalam masa yang sama, ia mudah, tidak terlihat “berlebihan” dan senang untuk dipadankan dengan slip dresses, athleisure jeans and denim klasik. Hijabi juga boleh padankan dengan dress labuh tau! Oversize blazer ini sesuai dipakai dalam acara formal dan juga kasual! Hanya perlu bijak mix and match sahaja.
Aksesori penyepit rambut ini berakar umbi pada tahun 90-an apabila watak Jennifer Aniston dalam sitkom Friends ditayangkan dan ramai mula mengikutinya. Ramai gadis yang memintal rambut dan digulung menggunakan sepit rambut. Lebih 20 tahun kemudian, sepit rambut itu nampaknya membuat kemunculan semula yang tidak dapat dinafikan!
Kendall Jenner dan Bella Hadid sering dilihat menggayakan ‘claw clip’ tersebut. Mereka juga melengkapkan gaya dengan anting-anting gelung emas dan digayakan dengan kaca mata.
Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Membaca Surah Al-Ikhlas iaitu merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara terusan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan insyallah ada rezekinya pada hari itu.Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat:
“Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali bererti ia telah menebus dirinya dari neraka.” Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”
Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja pekerjaan kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a. bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya.
Sabda Baginda s.a.w:
“Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Nota: Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut :(untuk menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.
“Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwatailla billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.
Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh. Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur.
Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.
Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balas hinggalah ke Jumaat yang berikutnya. Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.” Daripada Ibnu Abbas r.a.,
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.” Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.”
Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S.
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S .
“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S.
Maka barang siapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Hairankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami hairan.”
Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq.
“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq.
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain.
Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad” tertulis dikening Ali As-Sakhiy.
Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya:
“Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara :
Selesai Solat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda :
“Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau bererti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya.
Beliau bertanya : “Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : “Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : “Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Solatkan kamulah dia. “Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata :
“Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, solatkan dia kerana dia sudah diampuni Allah dan barang siapa yang ikut menyembahyangkannya, nescaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya:
“Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini?” Jibril menjawab: “Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barang siapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.
Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barang siapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda :
“Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati.
Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati.Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :
“Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :
“Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”Sekian, Wallahu’alam bisshawab.
Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda mungkin pernah melihat ledakan artikel yang disiarkan di internet dalam beberapa tahun terakhir mengenai ” 10 langkah rutin penjagaan kulit Korea” dan bertanya-tanya adakah anda ketinggalan.
Namun masih ada yang mempersoalkan bagaimana hijabi Korea menjalani rutin dan terbukti berkesan dan menampakkan hasil yang tidak dijangka. Adakah ianya sesuai untuk anda yang bereada di Kawasan monsoon khatulistiwa ini? Jom semak soalan-soalan paling popular mengenai K-Beauty mungkin persoalan itu salah satu kemusyikilan anda.
Tidak, tetapi jenama Korea lebih sesuai untuk rutin ini. Sebahagian besar pilihan Barat sesuai dengan rutin jenis K-Beauty pada harga tengah dan harga tinggi daripada di drugstore. Jenama Korea mempunyai banyak produk untuk dipilih dengan dengan bajet anda.
Risiko utamanya ialah individu yang menggunakan produk yang tidak sesuai dengan keperluan mereka. Sebilangan besar vendor menjual kit rutin penjagaan kulit pasang siap, dengan mendakwa bahawa mereka telah memilih rutin yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit atau masalah, tetapi tidak begitu mudah atau sesuai untuk semua. Sekali lagi, lebih baik bagi untuk mengatur rutin anda langkah demi langkah. Dengan cara itu anda boleh berhenti di tempat yang tepat untuk kulit anda sendiri. ”
Anda yang menggunakan rutin yang panjang biasanya waktu malam, ketika anda mempunyai waktu! Rutin pagi cenderung lebih ringkas dan tertumpu pada asas-asas perlindungan kelembapan dan cahaya matahari.
Itulah tujuan rutin panjang dan berlapis-lapis. Mengemas lapisan penghidratan ke dalam kulit akan menghasilkan tekstur yang lebih halus dan peningkatan kandungan air di kulit menangkap cahaya yang berbeza, memberikan cahaya berkaca yang anda gemari.
Hasilnya bergantung pada individu, produk apa yang anda gunakan dan bagaimana kulit anda mulakan, tetapi individu yang meluangkan masa untuk menyusun rutin yang baik secara teratur untuk kulit mereka umumnya akan melihat peningkatan besar dalam cahaya dan tekstur kulit mereka!
Penghidratan dan kelembapan menunjukkan hasil dengan cepat, dalam beberapa minggu hingga sebulan, sementara produk yang bertujuan untuk memperbaiki struktur dan fungsi kulit seperti vitamin C, retinoid, dan apa sahaja yang mensasarkan hiperpigmentasi atau pengeluaran kolagen akan memakan waktu beberapa bulan.
Tujuan dan faedah
Ini adalah langkah pertama kaedah pembersihan berganda yang terkenal oleh K-beauty. Percaya atau tidak, minyak boleh bertindak sebagai pembersih yang kuat. Mereka akan mengeluarkan dan melarutkan lebihan minyak, kotoran, solekan,dan apa sahaja yang mungkin terdapat di wajah anda.
Pembersihan adalah bahagian penting untuk menjaga kulit bersih dan bercahaya, dan anda ingin memulakannya dengan clean slate sebelum beralih ke langkah seterusnya!
Langkau jika…
Kulit anda terlalu sensitif untuk mencuci dua kali atau kulit anda kurang bertindak balas terhadap minyak.
Kulit rawan jerawat: Anda yang mudah berjerawat yang benar-benar ingin mengelakkan minyak berlebihan, Paula’s Choice Perfect Cleansing Oil sesuai dengan namanya dengan mencuci muka sepenuhnya tanpa kesan sisa. Pembungkusan yang jelas juga terasa sangat mewah di kaunter anda.
Tujuan dan faedah
Langkah ini memastikan kulit anda bersih sebelum meneruskan rutin yang lain. Periksa pH pembersih ini untuk memastikan ia tidak melucutkan kulit anda, adalah kebalikan dari apa yang ingin kita capai dengan rutin ini!
Langkau jika…
Anda mempunyai kulit yang sangat kering dan anda hanya mahu menggunakan pembersih berasaskan minyak.
Kulit rawan jerawat:Clinique Acne Solutions Cleansing Gel diformulasikan khas dengan kulit rawan jerawat. Ringan dan mempunyai asid salisilik untuk menyasarkan sebarang pelarian aktif.
Tujuan dan faedah
Membebaskan diri dari sel-sel kulit mati sekali atau dua kali seminggu dapat membantu parut jerawat pudar lebih cepat, produk menyerap lebih baik dan kulit anda terasa lebih halus. Sekiranya anda ingin mengelak dari melucutkan kulit, anda boleh mempertimbangkan untuk mengganti salah satu pembersih anda dengan lulur wajah yang lembut pada langkah mengelupas.
Langkau jika…
Anda mempunyai kulit sensitif, bahan aktif, atau kulit terbuka atau mengelupas sehari sebelumnya.
Produk cadangan langkah 3:
Semua jenis kulit:Tatcha The Deep Cleanse adalah pengelupasan lembut yang akan membuang sel kulit mati tanpa merosakkan kulit berharga anda.
Kulit rawan jerawat: Clinique Blackhead Solutions 7 Day Deep Pore Cleanse & Scrub disasarkan ke komedo, tetapi ia adalah multitasker sejati. Anda juga boleh menggunakannya sebagai masker jika anda merasa pori-pori anda memerlukan rendaman. Walaupun produk ini dibingkai sebagai pembersih harian, anda disarankan agar menggunakannya beberapa kali seminggu untuk mengelakkan kerengsaan yang tidak perlu.
Tujuan dan faedah
Ini akan menyiapkan kulit anda untuk Langkah seterusnya. Perlu diingat bahawa jika anda membeli jenama Asia, banyak menggunakan perkataan “lotion” untuk menggambarkan apa yang disebut oleh jenama Barat sebagai “toner”. Jangan keliru!
Langkau jika…
Anda mempunyai anggaran yang ketat atau hampir habis pada waktunya.
Produk cadangan langkah 4:
Semua jenis kulit: COSRX Hydrium Watery Toner, memastikan kulit anda seimbang dan terhidrat selepas rutin pembersihan.
Rutin 10 langkah bermula dengan produk nipis dan berfungsi hingga produk yang lebih tebal, menambahkan lapisan makanan sepanjang perjalanan. Intipati anda adalah langkah pertama khasiat semasa membina pelembap anda.
Langkau jika…
Anda kekurangan masa.
Produk cadangan untuk langkah 5:
Semua jenis kulit: COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (mukin dikumpulkan dari siput yang diperlakukan secara manusiawi) untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari kerengsaan dan kerosakan.
Tujuan dan faedah
Serum adalah sos rahsia yang benar-benar akan membawa anda ke arah cahaya yang anda cari. Ini adalah rawatan pekat yang dapat mensasarkan masalah kulit tertentu yang mungkin anda alami. Ampul seperti versi serum yang dipam.
Langkau jika…
Anda menggunakan toner pengelupasan. Anda mesti berpegang pada serum yang menghidratkan dan mengelakkan penggunaan pengelupasan atau pengelupasan kimia tambahan. Elakkan menggandakan ramuan yang lebih keras dalam rutin anda.
Ampul biasanya disimpan sama ada dalam bungkusan dropper atau dalam bungkusan kaca atau plastik individu untuk memastikan bahawa anda mengeluarkan jumlah produk yang sempurna setiap kali dan produk anda mempunyai keberkesanan maksimum tanpa pendedahan oksigen sebelumnya.
Kerana potensi produk ini, anda pasti ingin menggunakannya sebagai rawatan khas untuk rejim harian. Anda boleh menggunakannya selama beberapa hari menjelang acara khas atau memperlakukannya seperti pengelupasan dan menerapkannya ke dalam rutin anda sekali atau dua kali seminggu.
Produk cadangan langkah 6:
Semua jenis kulit:Sulwhasoo First Care Activating Serum adalah gel ringan yang sebenarnya boleh anda gunakan selepas pembersihan. Penggunaan selepas pembersihan kulit untuk menyerap lebih banyak produk, dan anda akan dapati kulit bersinar secara semula jadi dan cerah dari masa ke masa.
Serum untuk kulit yang rawan jerawat:COSRX AHA 7 Whitehead Power Liquid, mempunyai asid glikolat serta lebih banyak bahan penghidrat dan antioksidan untuk melindungi dan menyeimbangkan kulit.
Tujuan dan faedah
Sheet mask adalah cara unik kerana sifat aplikasi bermaksud jumlah maksimum produk akan dimasukkan ke dalam kulit anda daripada menguap ke udara. Anda mungkin melihat bahawa bungkusan itu akan mempunyai banyak serum tambahan di bahagian bawah. Jangan simpan untuk kemudian sapukan pada leher, dada, dan belakang tangan anda untuk cahaya maksima.
Langkau jika…
Anda bimbang tentang jenis pembungkusan sekali guna atau anda mengalami masalah pada masa.
Produk cadangan untuk langkah 7:
Semua jenis kulit:Apieu Green Tea Soothing Daily Sheet Mask mempunyai pemikiran orang-orang yang peka dengan anggaran dan eko. Anda mendapat 33 topeng yang menghidrat, menenangkan, antioksidan semuanya dalam satu pakej.
Kulit rawan jerawat: Mediheal Tea Tree Essential Blemish Control Sheet Mask mempunyai bahan pencegah jerawat yang cukup untuk memukul jerawat dari setiap sudut. Tee tree, rosemary, willow bark, chamomile, dan Asiatic pennywort akan menjadikan kulit anda tenang dan bebas dari cela.
Tujuan dan faedah
Walaupun anda tidak semestinya memerlukan krim mata yang ditentukan, jika mempunyai mata yang sangat sensitif atau tujuan yang sangat spesifik untuk kawasan mata, anda mungkin ingin melembapkan atau mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Langkau jika…
Pelembap anda selamat untuk kawasan mata atau anda tidak mempunyai tujuan khusus untuk mata anda yang terpisah dari keseluruhan tujuan kulit anda.
Melembapkan agar kulit anda tetap terhidrat dan penghalang kulit anda seimbang.
Langkau jika…
Jangan sesekali melangkau pelembap anda!
Produk cadangan untuk langkah 9:
Semua jenis kulit:Tarte Baba Bomb Moisturizer direka untuk memadamkan kulit anda dengan babassu, avokado dan teh hijau. Sebagai tambahan, pembungkusan menggabungkan kemewahan balang dengan kebersihan pam.
Kulit yang rawan jerawat: Selain menghidratkan, Klairs Midnight Blue Calming Cream menenangkan kulit, jadi ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang menghadapi jerawat, kemerahan, atau kerengsaan.
Tujuan dan faedah
Matahari adalah kriptonit untuk kulit anda, jadi melindungi walaupun berapa harganya. Paparan sinar matahari juga dapat mempercepat tanda-tanda penuaan, memperlambat penyembuhan parut jerawat, dan, ya, menyebabkan barah kulit jadi lindungi kulit anda.
Langkau jika…
Sudah malam dan anda akan tidur.
Produk cadangan untuk langkah 10:
Semua jenis kulit:Farmer Sun Project Water Sun Cream. K-Beauty terkenal kerana mempunyai pelindung matahari yang terbaik dan formula ini tidak mengecewakan. Menghidrat dan berembun dan tidak meninggalkan warna putih.
Kulit rawan jerawat: Neogen Day-Light Sunscreen / SPF 50 PA +++ membuat anda terlindung sepenuhnya dari cahaya matahari, tetapi formula ringannya tidak akan membuat anda merasa berminyak atau lekit.
Walaupun anda mungkin tidak mengetahui asal usul rutin 10 langkah, K-Beauty telah mengubah landskap penjagaan kulit selama-lamanya di seluruh dunia. Hijabi berbelanjalah pada ramuan dan formulasi yang tepat agar dapat hasil kulit wajah yang diidam-idamkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.