Alhamdulillah adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.
Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.
Hidup tidak selalu indah seperti yang manusia ingin. Tetapi, dalam ketidakindahan itu ada indahnya jika manusia redha, sabar dan tidak putus-putus bersyukur. Syukur dan sabar adalah perisai untuk berhadapan dengan roda kehidupan. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadaMu”~(Surah Ibrahim:7)
Ads
Jadi sahabat, jangan berdoa sebelum bersyukur. Kerana doa tak akan mampu merubah hidup orang yang tidak bersyukur. Hidup ini terasa menderita bukan kerana kurang kurnia tapi kurang syukur. Kurnia ALLAH ada disetiap saat. Bersyukur bukan hanya sebatas ucapan “Alhamdulillah”. Bersyukur adalah sikap, gaya hidup dan cara berfikir.
Ads
Syukuri nikmat ALLAH. Lihatlah kepada orang yang dibawah kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas. Melihat yang di atas akan membuat kalian tidak menghargai nikmat ALLAH. Buka dan ikatlah kebahagian dengan rasa syukur. Syukur adalah awal kebahagian. Syukur adalah awal dari kelimpahan hidup. Kadangkala ALLAH membuat hambaNYA tersungkur, agar ia akrab dengan rasa syukur.
Bila anda ditimpa musibah, jangan beri ruang di hati anda untuk mengeluh. Bandingkan nikmat2 yang telah anda terima dari ALLAH. Syukuri hidup ini, jangan menyesal apa yang terjadi. Masih ada waktu memperbaiki diri.
Ads
TIGA TANDA SYUKUR:
1.Syukur dengan hati. Hati sentiasa ingat kepada ALLAH di atas segala kurnian nikmatNYA.
2.Syukur dengan lidah dengan berzikir memuji ALLAH.
3.Syukur dengan perbuatan dengan bersedekah dan melakukan amal soleh. Setiap hari semuanya teramat indah jika kita pandai bersyukur.
Sebagai seorang Islam, solat lima waktu setiap hari merupakan kewajipan kita pada Allah Taala dan setiap kali selepas solat, pasti kita akan berdoa memohon keampunan serta meminta apa sahaja yang dihajati pada Allah Taala. Namun, tidak semestinya apa yang kita doa akan dimakbulkan segera oleh Allah.
Sekiranya doa tidak dimakbulkan oleh Allah, jangan bersedih. Teruskan berdoa. Seperti pengalaman seorang wanita bernama Liyana Akmal, dia turut kecewa dan stress kerana doanya tidak dimakbulkan Allah. Apatah lagi bila ia berkait rapat dengan zuriat, setiap wanita pastinya mengimpikan kehadiran si comel sebagai penyeri rumah tangga.
Pada awalnya, memang kecewa kerana zuriat yang ditunggu tidak juga muncul. Namun, segala-galanya berubah apabila Liyana diajarkan doa yang luar biasa oleh seorang ustaz hingga menyebabkan dia nekad untuk ‘alter’ doanya. Alhamdulillah, dia kini jadi lebih tenang, redha dan ikhlas.
Ikuti perkongsian Liyana Akmal di Facebooknya tentang ‘alter’ doa ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya.
Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
Dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Biarpun bapa tersayang, pelakon popular tahun 90-an, arwah Azmil Mustapha sudah hampir empat bulan menghadap Illahi, namun ketiadaanya tetap dirasai oleh anak perempuan yang memang selama ini rapat dengan beliau, Nur Alya Iman, 17 tahun. Lebih dirasai apabila sambutan hari bapa tahun ini disambut tanpa kehadiran insan yang paling disayangi itu. Alya meluahkan rasa rindu dan sedih di laman sosial instagramnya sempena sambutan hari bapa yang lalu.
Menurut Alya jika kebiasannya sempena hari penuh bermakna itu mereka berdua akan pergi ke kedai kopi untuk mendapatkan kek kegemaran bapanya, Cheese Cake ataupun makan sushi. Biasanya juga selepas menikmati makanan kegemaran bapanya itu mereka berdua akan keluar berjalan-jalan.
Dan tahun ini sambutan hari bapa yang juga jatuh pada Syawal menyaksikan dia buat pertama kali tidak meraikan bersama arwah bapanya. Diam tak diam sudah hampir 4 bulan bapa tersayang meninggal dunia akibat sakit jantung.
Alya juga memberitahu dia sebenarnya sering menampakkan wajah ceria dan gembira suapaya orang menyangka dirinya adalah kuat. Tetapi tiada sehari pun hari yang dilaluinya itu tidak pernah tak rasa sedih setiap kali memikirkan ayahnya itu tiada lagi di sisi.1st Raya, 1st Fathers day & 4th month without you daddy! Ill always put a happy mask on my face so that people know that Im strong but not a day goes by that Im not sad knowing that you’re not here anymore.
Ini kerana semasa hayat, arwah memamgn cukup rapat dengan anak perempuannya ini. Malah dia juga tidak segan dan sering mengikut Alya bekerja yang mana dia juga merupakan seorang model Muslimah.
Statusnya ini turut mendapat respon dari followernya. Rata-rata turut bersimpati dengan gadis ini dan memberi kata-kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan. Malah netizen turut mengandaikan Alya seorang gadis yang kuat.
Tanah Suci Makkah adalah tempat yang memperlihatkan peribadi yang sebenar. Sebelum menjadi tetamu Allah, hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat dihati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, panas baran, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Melalui satu perkongsian di Facebooknya, Hairolnizam Mat Erol berkongsi persediaan-persediaan rohani yang perlu dilakukan sebelum menjadi tetamu Allah.
Di sini saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah. Mungkin anda juga seperti saya yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya dapat dan praktikkan ini adalah daripada tips-tip daripada sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
Insya Allah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki Kualiti Solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau. Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan Solat-solat Sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah.
Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar Dan Reda
Mulakan berlatih bersabar dan reda dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
5. Belajar Berbaik Sangka
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Berselawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan Hati, Rasa Diri Banyak Dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri menjadi hambaNya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya. Dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
Sumber kredit: FB: Hairolnizam Mat Erol via Kenangan Haji & Umrah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aksesori dan wanita sememangnya amat sinonim sebagai pelengkap gaya, terutamanya jika aksesori berkenaan diperbuat daripada emas dan permata yang pasti membuatkan hijabi kelihatan...