Viral sewaktu ketika dahulu mengenai tabiat pelik iaitu makan beras mentah. Seringkali juga kita tahu kebanyakkan orang yang suka makan beras mentah ini adalah ibu-ibu yang hamil, tetapi ada juga dari kalangan orang yang bukan hamil.
Selalu yang kita tahu, snek ringan berbentuk seperti keropok mahupun kerepek, tetapi bagi sesetengah orang, snek ringan buat mereka adalah beras mentah. Namun begitu, setiap pemakanan itu membawa kesan juga.
Beras mentah enak di kunyah tetapi bahaya buat kesihatan
Beras merupakan satu bahan yang wajib buat kebanyakkan negara di dunia. Makanan ruji ini sudah sinonim tambahan lagi buat negara asia yang sering menjamu nasi sebagai makanan utama mereka.
Tetapi kebiasaan orang akan makan nasi berbanding beras. Ya, dua benda yang berbeza kerana nasi di hasilkan daripada beras yang di kukus. Bagi mereka yang sering jadikan beras mentah sebagai snek perlu tahu bahawa ia boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.
Ads
Menurut perkongsian healthline, pengambilan beras mentah telah di kaitkan sebagai faktor beberapa masalah kesihatan. Ini kerana beras mentah mengandungi bakteria berbahaya seperti Bacillus Cereus. Kajian juga telah mendapati bahawa bakteria Bacillus Cereus ini terdapat pada sampel beras dalam kebanyakan beras komersial.
Bakteria ini selalu di jumpai salam tanah dan boleh mencemari beras mentah. Bakteria yang berbentuk spora ini boleh teruskan hidup dengan lama kerana melindungi dirinya dengan ‘perisai’ oleh kerana bentuknya.
Namun, anda jangan takut makan nasi oleh disebabkan bakteria ini yang terkandung dalam kebanyakan beras. Bakteria ini boleh di bunuh jika di masak dan cara penyimpanan beras yang betul bagi mengelakkan pembiakan bakteria ini.
Rata-rata pesakit dari keracunan makanan akibat makan beras mentah ini selalunya akan mengalami loya, muntah, kekejangan pada perut atau cirit-birit dalam masa 15 hingga 30 minit. Jadi buat anda semua, pastikan tidak terlalu rakus dan alpa dalam segi pemakanan kerana khuatiri apa yang sering kita fikirkan tidak bahaya akan mendatangkan risiko buat diri.
Esok kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Sama seperti hari raya Aidilfitri, tentunya masing-masing ingin melaram dengan baju raya. Inilah masanya juga untuk kita tampil cantik dan menarik kerana akan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.
Bukan sahaja busana indah digayakan, wajah juga kena lebih flawless dan glowing. Salah satu cara untuk tampil cantik adalah dengan menggunakan petua alami.
Perkongsian wanita ini Nanie Ripin di Facebook memberitahu cara membuat masker untuk merawat masalah kulit wajah. Menurutnya kena rajin membuat diy masker menggunakan tomato dengan bajet tak sampan RM5, lebih-lebih lagi menjelang Syawal tak lama lagi.
Katanya lagi kena konsisten mengamalkannya sepanjang Ramadan ini untuk pastikan wajah manis berseri waktu raya.
DIY MASKER UNTUK RAWAT MASALAH KULIT WAJAH.
Memang ramai yang dah tau kan khasiat Tomato untuk kulit wajah kita.
Tapi tak ramai dri kita yang konsisten buat tiap hari kan.
Alaaaa awak tu, kata nak kulit syantik tanpa sebarang celah. Kene la rajin kan. Nak nak lagi dekat raya nih. Mesti ada yang di jemput bakal Mertua beraya ke rumah .
Takpe. Meh try tips Diy kak N nih. Sempat lagi nak bagi kulit wajah manis berseri. Hikhik.
Mudah je. Kos pun tak mahal. Jum kita intai bahan dan cara buat.
Bahan diperlukan.
1. Tomato 2. Jus Lemon 3. Madu
Cara buat.
Hancurkan tomato. Nak kisar pun boleh. Tapi kak N suka bijik bijik tomato tu. Nanti jadi ala ala scrub kat muka. Campur kan jus lemon dan madu. Kacau sebati.
Boleh lah gosok gosok kat wajah. Biar dalam 15 minit. Baru bilas dengan air suam.
Taraaaaa. Konsisten buat tau sepanjang Ramadan nih. Haaa raya nanti wajah dah manis berseri. Auchh.
Bergelar isteri adalah saat paling bermakna buat seorang wanita. Sebaik sah ijab kabul, menjadi tanggungjawab isteri untuk patuh dan taat dengan segala arahan suaminya.
Begitu juga suami yang perlu percaya kehadiran seorang itu juga boleh dianggap sebagai penambah rezeki. Ini antara sikap isteri yang dikatakan boleh membawa rezeki berlipat ganda pada suaminya.
Isteri Yang Sentiasa Bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
Isteri Yang Bertawakal Kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
Isteri Yang Gemar Bersedekah
Istri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
Isteri Yang Mengamalkan Solat Dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
Isteri Yang Basah Lidahnya Dengan Istighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
Sebuah lagi perkongsian tentang perjalanan menurunkan berat badan yang dapat memberikan inspirasi kepada semua mata yang membaca. Sungguh, penulisan artikel ini bukanlah sebuah bahan untuk mengatakan kurus itu cantik. Tetapi, ia merupakan sebuah bingkisan yang ingin mengajak anda semua berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
Siti Syahira Abdul Halim atau lebih selesa dipanggil Syera, 30, tidak kekok menceritakan tentang perjalanannya dalam menurunkan berat badan. Berjaya menghilangkan berat sebanyak 13 kg selama 4 tahun, bukanlah sebuah proses yang mudah. Ia memerlukan semangat yang kental dan prinsip diri yang teguh untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Eksklusif bersama Majalah Hijabista, Syera berkongsikan tentang kisah saiz badannya.
Misi saiz M
Pastinya setiap perubahan itu berlaku ada sebabnya. Sama juga dengan Syera yang merupakan seorang cikgu serta instruktor zumba, misi menurunkan berat badannya bermula apabila dia dan saudara-maranya berbual mengenai berat badan mereka.
Menurutnya, pada tahun 2016, ketika itu dia dan saudara-maranya yang lain membincangkan mengenai bentuk badan mereka yang bersaiz besar. Tidak selesa dengan saiz yang dimiliki ketika itu, mereka terus berazam untuk menjayakan ‘Misi Saiz M’. Akhirnya, Syera berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg!
Langkah pertama, senaman untuk kurus!
Bertanyakan mengenai senaman yang dilakukan saat mula-mula menurunkan berat badan, senaman zumba serta aerobik menjadi pilihan dirinya. Tidak berkeseorangan, dia ditemani oleh saudara rapatnya menghadiri kelas zumba dan aerobik di Kompleks Paralimpik, Ampang. Pun begitu, oleh kerana saat itu tubuh badannya besar, senaman zumba memberi sedikit masalah kerana pergerakan senaman yang laju. Tidak menjadikan itu sebagai noktah dalam misi mencapai saiz M, dia cuba beralih fokus kepada senaman aerobik selama sebulan. Selepas berjaya menurunkan sedikit berat badan, dia kembali mencuba melakukan senaman zumba sehinggalah dirinya jatuh hati pada senaman itu.
Langkah diatur, pada tahun 2017, dia mengambil sijil untuk menjadi seorang instruktor zumba. Sehingga hari ini, rasa cintanya pada dunia zumba tidak pernah padam dan menjadi salah satu motivasi bagi dirinya untuk kekal sihat, cergas dan aktif! Malah, untuk dirinya mendapat tubuh yang fit, Syera juga turut menyertai sesi ‘personal training’ secara berkumpulan di One More Step Gymnasium, Sri Serdang.
Dari 85 kg turun sehingga 72 kg!
Berbicara mengenai senaman yang dilakukan ketika mula-mula melakukan proses menurunkan berat badan, Syera melakukan senaman zumba sebagai salah sebuah senaman jenis kardio dalam rutin hariannya. Tambahan pula, sebagai instruktor zumba, jadual hariannya tidak pernah henti dengan zumba. Untuk menjadikan rutin senamannya lebih berkualiti, dia juga melakukan ‘weight training’ bersama pelatihnya selama 4 kali seminggu.
Kini, dia meletakkan misi yang baru untuk mencapai berat sebanyak 67 kg!
Memiliki ‘shape’ yang menarik, punca inspirasi diri..
Genggam bara biar sampai menjadi arang. Memulakan sesuatu itu haruslah dilakukan sehingga tamat dan disulami dengan usaha dan semangat yang kental, supaya kejayaan boleh diraih dan membuatkan kita tersenyum di akhir nanti.
Sama seperti Syera, sepanjang proses mencapai misinya, pastinya rasa culas, malas dan kurang bermotivasi hadir dalam diri. Namun, saat dia melihat semula gambar-gambar lama dan mula merasakan dirinya sudah sedikit berisi, menjadi salah satu faktor untuk kekal berdisiplin. Malah, kadang-kala, dia rasa tidak selesa ketika memakai baju. Itu juga salah satu petanda untuk dirinya bersemangat melakukan rutin hariannya yang sihat!
Sempat juga penulis bertanyakan tentang perkara yang membuatkan dia suka apabila berjaya mencapai misinya. Jawapannya;
“Dapat memakai pakaian tanpa risau tentang saiz. Selain itu, saya gembira apabila melihat bentuk badan yang sudah memiliki ‘shape’ yang menarik dan fit! Dari aspek dalaman pula, saya tidak mudah berasa penat seperti dahulu dan boleh melakukan kerja dalam tempoh yang lebih lama.”
“Jangan paksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit..”
Menutupi ruang penulisan ini, Syera berpesan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal berdisiplin untuk meraih berat badan yang diimpikan.
“Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, tidak mengapa jika ada kalanya, anda kurang bermotivasi. Namun, carilah punca inspirasi untuk bangkit kembali dan terus kekal sihat dan fit. Fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sesungguhnya, senaman yang kita lakukan itu untuk memberi kebaikan hingga ke hari tua. Percaya ataupun tidak, saya selalu jadikan anak murid yang menyertai kelas zumba saya sebagai contoh. Ada diantara mereka yang sudahpun mencecah usia 50 tahun dan ada juga yang hampir 60 tahun. Namun, mereka masih kelihatan muda dan bertenaga! Ia juga antara salah satu motivasi saya untuk terus melakukan senaman. Apa yang penting, jangan terlampau memaksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit. Ada baiknya anda luangkan masa untuk kaji dan fahami kehendak tubuh badan anda. Percayalah, ia mungkin sakit di permulaan saat ingin berubah, namun manis di hujungnya apabila kita berjaya mencapai apa yang diimpikan. Oleh itu, jangan pernah berputus asa!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar...