Perhatian peminat drama kini tertumpu pada kehidupan isteri Faizal Hussein atau ‘Walid’, rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.

Bukan sekadar seorang wanita yang cantik, tetapi juga memiliki peribadi yang sangat mengagumkan.

Sepanjang hampir dua dekad perkahwinan bersama Faizal Hussein, tiada sebarang cerita kurang enak yang kedengaran mengenai Suhaila Sulaiman.

Seorang yang jelita dan tinggi lampai, kecantikan hijabi ini biarpun tanpa secalit solekan mengundang pujian. Orangnya murah senyuman, terserlah keayuan wajah Suhaila yang berkulit putih kemerahan.

Malah, hijabi yang gemar bergaya santai sekadar mengenakan kemeja dan jeans ini juga begitu menjaga privasi rumah tangga. Suhaila enggan membiarkan kehidupan peribadi mereka menjadi bahan bualan umum.

Isteri Faizal Hussein ‘Walid’ Tinggal Dunia Lakonan, Suhaila Sulaiman Bahagia Tanpa Kontroversi
Instagram @suhailasulaiman76
Isteri Faizal Hussein ‘Walid’ Tinggal Dunia Lakonan, Suhaila Sulaiman Bahagia Tanpa Kontroversi
Instagram @suhailasulaiman76
Isteri Faizal Hussein ‘Walid’ Tinggal Dunia Lakonan, Suhaila Sulaiman Bahagia Tanpa Kontroversi
Instagram @suhailasulaiman76

Kehidupan isteri Faizal Hussein atau ‘Walid’, rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.

Ads

Kini pada usia 49 tahun, Suhaila lebih dikenali sebagai seorang hijabi yang bukan sahaja cantik luar dalam, tetapi juga penuh dengan dedikasi terhadap keluarga.

Walaupun pernah terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon, beliau lebih memilih untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada suami dan anak-anak selepas mendirikan rumah tangga.

Suhaila dan Faizal mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan pementasan teater Ayu Cendana pada tahun 1999, dan sejak itu hubungan mereka berkembang menjadi sebuah ikatan yang penuh kasih sayang.

Ads
Isteri Faizal Hussein ‘Walid’ Tinggal Dunia Lakonan, Suhaila Sulaiman Bahagia Tanpa Kontroversi
Instagram @suhailasulaiman76

Faizal yang kini menjadi bualan ramai dengan lakonannya dalam drama Bidaah sangat memahami keputusan Suhaila untuk memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.

Suhaila pernah membintangi beberapa drama popular seperti Sayang Puteri dan Zon 606 pada era 90-an. Kini, meskipun aktif di media sosial, beliau tetap memilih untuk berkongsi momen-momen indah bersama keluarga, termasuk perayaan Hari Raya yang selalu disambut dengan penuh meriah.

Suhaila dan Faizal melangsungkan perkahwinan pada 3 Julai 2004 dan dikurniakan dua orang anak, Fazryn yang kini berusia 20 tahun, dan Fazrick yang baru sahaja mencapai usia 16 tahun pada awal April lalu.

Ads

Kecemerlangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum membuktikan bahawa pengorbanan Suhaila sebagai ibu sangat berbaloi. Contohnya, anak lelaki mereka, Fazrick, aktif menyertai pasukan pancaragam di Victoria Institution, mengikut jejak langkah ayahnya yang turut aktif dalam dunia seni.

Isteri Faizal Hussein ‘Walid’ Tinggal Dunia Lakonan, Suhaila Sulaiman Bahagia Tanpa Kontroversi
Instagram @suhailasulaiman76

Kehidupan rumah tangga mereka adalah contoh pasangan selebriti yang tidak pernah lupa untuk merendah diri. Walaupun sudah hampir dua dekad bersama, kemesraan Suhaila dan Faizal sentiasa menarik perhatian ramai.

Setiap kali mereka berdua mempunyai masa lapang, pasti mereka akan meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak, menjalani aktiviti riadah yang mempereratkan ikatan keluarga mereka.

Suhaila Sulaiman bukan sahaja isteri yang setia, tetapi juga ibu yang bijak mendidik anak-anak, memberikan mereka contoh kehidupan yang penuh kasih sayang, dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga yang menjadi nadi kehidupannya.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/vivy-yusof-cipta-lembaran-baru-kongsi-karya-penulisan-penuh-makna-di-sincerely-vivy/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI