Banyak stigma yang bermain di fikiran masyarakat tentang kahwin muda. Namun hijabi bernama Irine Nadia ini membuktikan adanya hikmah di sebalik keputusan itu, bahkan kini bakal menimang anak kelima selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga.
Seronok melihat gaya hidup pempengaruh Irine Nadia yang sering muncul dengan content keibubapaan. Cantik dan berjaya, ibu muda kepada empat cahaya mata itu sering menjadi rujukan warga maya.
Setiap anak yang lahir membawa rezeki masing-masing. Baru-baru ini, Irene mengumumkan sedang hamil anak kelima dan berkongsi cabaran berbadan dua.
Apabila sudah masuk trimester kedua baru Irene dan suami maklumkan kepada anak-anak. Sebelum-sebelum itu, anak-anak cuba untuk berteka-teki tetapi still ibu dan ayah sorok sehingga keadaan morning sickness ibu stabil dulu.
Ads
Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit.” Irine Nadia
Ahli perniagaan dan instafamous berusia 31 tahun itu menyifatkan kehamilan kelima sangat berbeza terutama layanan yang diterima daripada anak-anak yang semakin membesar.
Biarpun menyembunyikan kehamilan daripada empat permata hatinya, Irene mengakui tersentuh dengan layanan yang diberikan.
Ads
“Perbezaan ketara kali ni ibu dijaga, dimanjakan dan disayangi anak-anak. Mereka extra care untuk ibu. Kerja-kerja harian di rumah, anak ibu yang bantu.
Ibu sedih tetapi terharu tengok sikap masing-masing. Number five is coming soon. Alhamdulillah.” luahnya.
Usahawan Vivy Yusof cipta lembaran baru, bakal kongsi karya penulisan penuh makna di Sincerely, Vivy.
Setelah melalui pelbagai dugaan, usahawan dan mogul fesyen terkenal, Vivy Yusof, kini mencipta satu lembaran baru dalam hidupnya dengan melancarkan platform penulisan peribadi di Sincerely, Vivy, mengubat kerinduan pengikut setianya.
Vivy, yang juga Pengasas dUCk, tidak asing lagi dengan kejayaan luar biasa dalam dunia perniagaan dan fesyen. Namun di sebalik kemegahan itu, beliau juga menghadapi tekanan dan cabaran besar.
Sejak setahun lalu, Vivy memilih untuk memperlahankan langkah dan menjauhkan diri sementara dari dunia sosial media akibat isu perundangan yang masih berlangsung, meninggalkan kekosongan yang dirasai ramai.
Pengikut yang dahulunya setia mengikuti perkongsian Vivy, termasuk catatan lucu dan gambar #OOTD bersama anak-anaknya, merasa kehilangan.
Kehidupan peribadi Vivy yang dekat di hati rakyat Malaysia membuatkan ramai yang merindui perkongsiannya, malah ramai yang mengakui membesar dengan melihat perjalanan hidupnya.
Waktu yang diambil untuk mencari ketenangan dan menyusun semula hidup, Vivy berkongsi melalui Instagram Stories pesanan positif, menasihati pengikut agar tidak melihat kehidupan dari sudut negatif.
“Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Ini adalah peringatan untuk terus fokus pada perkara baik dalam hidup, dan jangan biarkan yang negatif merosakkan keindahan di sekeliling kita,” katanya.
Vivy, yang kini berusia 37 tahun, juga memperkenalkan projek terbarunya – Sincerely, Vivy – sebuah platform di mana beliau akan berkongsi karya tulisan peribadi melalui buletin atau newsletter pada setiap Selasa.
Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan, “Di sinilah tempat segalanya bermula, Proudduck yang saya mulakan 20 tahun lalu. Kini dalam versi yang sedikit lebih dewasa, atau mungkin tidak. Pautan ada di bio. Sila langgan, jika tidak anda akan terlepas entri pertama terus ke peti masuk anda. Anda pasti nak baca yang pertama…”
Vivy yang juga penulis buku ‘The First Decade’ dan seorang blogger popular semasa era kebangkitan blog, turut bergiat aktif dalam perniagaan fesyen menerusi dua jenama utama beliau iaitu The dUCk Group dan LILIT.
Kini beliau memilih untuk mengutamakan privasi pada akaun sosial media rasmi setelah didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang melibatkan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Dengan Sincerely, Vivy, beliau membuka satu lembaran baru dalam perjalanan hidupnya, membawa pengikutnya menyelami sisi yang lebih peribadi dan bermakna.
Selemah-lemah wanita merekalah sumber kekuatan lelaki, seperti PM yang menjadikan arwah ibu dan isteri sebagai tulang belakang perjuangannya.
Bercakap sempena majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, pada Sabtu di ibu negara, luahan Perdana Menteri Malaysia ini menyentuh hati.
Tarikh 8 Mac setiap tahun bukan sekadar untuk meraikan wanita, tetapi hari ini adalah bukti bahawa pemerkasaan wanita adalah salah satu agenda Kerajaan MADANI yang diberi fokus utama kerana sumbangan wanita dalam membentuk masa depan masyarakat amat besar dan penting.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan pembangunan keluarga dalam kehidupan seharian. Ia tidak harus dipinggirkan, kerana setiap kejayaan yang ditempa bermula dari institusi keluarga yang berpaksikan wanita sebagai inspirasi dalam membina legasi.
Namun paling mengharukan apabila Perdana Menteri berkongsi tentang dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Azizah yang menjadi tulang belakang, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.
“Kalau mahu kita bangunkan negara, kita harus bangunkan keluarga. Maknanya kita mulakan membangun keluarga itu dengan memperkasa wanita sebagai ibu dan pendidik yang meletakkan asas bagi pembinaan generasi. Semua kita yang berhasil kerana didikan tentunya ibu bapa tetapi lebih ramai yang mengatakan pengaruh dan peranan ibu.
Saya termasuk, kerana ibu saya almarhum Puan Che Yan Hamid Hussein di antara yang telah membentuk, mendidik, menunjukkan kasih sayang, erti kehidupan, erti kemanusiaan, erti ehsan, didikan agama dan nilai. Oleh sebab itu, soal pembangunan keluarga itu tidak harus dipinggirkan.
Tentunya bila kita dewasa, berumah tangga bagi saya Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah) menjadi pendamping dan kadang-kadang banyak sangat nasihat tetapi membantu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Beliau turut meluncurkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan usaha wajar dalam mendepani masa depan pemerkasaan wanita dalam negara.
“Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan, dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.
Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” akhirinya.
Sokongan orang ramai terhadap SHWA 2025 ini juga diterjemahkan melalui kehadiran mereka ke program hari ini yang menyajikan pelbagai pengisian menarik antaranya Bual Bicara Wanita, Pelancaran Setem Hari Wanita Antarabangsa 2025, Pameran Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik, Demo Pertahanan Diri dan banyak lagi.
Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah KASIH Wanita Bakti, Anugerah KASIH Wanita Cekal, Anugerah KASIH Wanita Harmoni dan Anugerah KASIH Wanita Komuniti kepada empat wanita hebat atas sumbangan dan usaha yang mereka lakukan bagi membantu memperkasa wanita dan sebagai tanda pengiktirafan kepada kejayaan mereka.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Menteri-menteri Kabinet, Ketua Jabatan dan Agensi serta warga Kementerian dan agensi yang terlibat.
Content dah jadi nafas dalam dunia orang muda kerana itulah sis mesti datang ke event of the year yang menghimpunkan ramai content creator sebenar di MYDCF 2024!
Ya, MYDCF atau Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY ni dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bermula dari 13 hingga 15 September 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Bukan untuk rakyat Malaysia semata, tapi sebagai tuan rumah, acara sambutan ini turut mengangkat kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan seterusnya.
Malah tahun ini juga, MYDCF memperkenalkan jenama baru iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
AKTIVITI
Apa yang membuatkan ramai berpusu-pusu ke MYDCF ni? Untuk sis dan content creator sebenar yang lain, ini antara aktiviti yang tidak boleh dilepaskan:
Amboi, patutlah happening dan jadi event of the year!
Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Sis juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Sambil mengunjungi booth, acara pentas pun tak kurang hebatnya. Jom sis, nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah.
Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta jelajahi pameran komik terbesar dari artisan terkenal tempatan.
Penglibatan dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.
Tiket bagi peserta terawal event MYDCF kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.
Tak cukup menarik lagi? Tunggu dulu.
Sis boleh juga sertai LEVEL UP PLAY iaitu komponen acara Business to Consumer (B2C) bagi Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) bagi meraikan konten digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara dan global.
Acara menarik:
So, save the date dan jumpa hijabista semua di sana! Layari web https://mydcf.my/play/ untuk maklumat lanjut.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.