Instafamous Beby Tora Tora Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati, Manis Dalam Persalinan Putih

Share

Instafamous yang terkenal dengan video dan gayanya yang menarik dalam mempromosikan makanan iaitu @beby_toratora atapun nama sebenarnya Atierah Zulfatie telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Apit Johari.

Difahamkan, Atierah atau lebih mesra dipanggil Tirah telah melangsungkan pernikahannya pada 1 Mac yang lalu.

Sweetnya dan cantik sekali dalam busana berwarna putih!

Jelas terlihat seri pengantin di wajahnya. Hijabista doakan agar kedua-dua mempelai diberkati dan perkahwinan mereka akan kekal sampai ke syurga.

sumber: instagram @beby_toratora

 

IKLAN