Tempoh PKP bakal berakhir esok, ramai ibu-ibu yang mula bekerja sudah tentu tidak sempat untuk menhidangkan juadah berbuka untuk keluarga. Hilang sudah kenikmatan masak bersama keluarga kerana tututan kerja.

Namun jangan gusar banyak lagi jalan yang memudahkan, apa yang perlu anda lakukan adalah sediakan simpanan bahan tumisan supaya apabila balik kerja anda hanya perlu terus memasak sahaja. Mungkin perkongsian hijabi ini dapat membantu anda meringankan dan mepercepatkan waktu memasak anda.

Apa yang perlu ada buat ialah mengisar bahan tumisan terlebih dahulu. Gusar bahan tumisan tidak tahan lama jom ikuti tip ini. Bahan yang menjadi asa kepada tumisan sesuatu masakan seperti bawang merah, bawang putih dan cili amat di perlukan. Mudah sahaja dengan cara ini untuk bahan kisar ini tahan lama.

IKLAN

Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau mee goreng, bihun goreng dan kue tiaw goreng anda tinggal cedok sahaja..stok untuk seminggu..

Bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…

IKLAN

Cara-cara membuat cili kisar:

  • Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
  • Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
  • Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih
  • Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
  • Bila telah mendidih, tutup api
  • Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
  • Masukkan cili yang sudah dibasuh tadi ke dalam pengisar
  • 100 gm cili kering kisar bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)
  • Kisar bersama air tapisan
  • Bila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
  • Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang merah kisar:

  • 6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
  • Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
  • Kisar bawang bersama minyak masak
  • Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
  • Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar
  • Dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas
  • Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
  • Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang putih kisar:

  • 5 labu bawang putih
  • Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
  • Blender bawang bersama minyak masak
  • Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
  • Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar
  • Dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.
  • Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum disimpan ke dalam peti ais.
  • Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

IKLAN

Jadi ibu-ibu tiada masalah untuk kalut bergegas pulang dari pejabat, kerana baha-bahan menumis telag siap di kisar. Bagi memudahkan lagi, adalah lebih baik bahan mentah disiang terlebih dahulu. Selamat mencuba sis!

Sumber : Ani Zam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI